SPAD, KTM -Dato’ Seri Nazri Aziz Rasmikan Perkhidmatan Komuter Padang Rengas Ke Kuala Kangsar


Oleh rmf

SPAD dalam kepelbagaian usaha melihat keperluan rakyat dalam system pengangkutan awam darat terus melakukan kajian keperluan diserata tempat di Malaysia yang mana mempunyai masalah pengangkutan dan menjadi  halangan kepada gerakan ekonomi menjadi lembab dan terhalang.

Dalam mengembangkan usaha peningkatan mutu pengangkutan SPAD menjelajah jauh maklumat bukan sahaja di Bandar Bandar malah di persisir Bandar serta pecan kecil juga menjadi  tunpuan kajian untuk meningkatkan  mutu pengangkutan untuk rakyat.

Setiap keputusan yang diambil dan perlaksanaan dilakaukan adalah berdasarkan keperluan dan kajian yang telah dibuat.  Setelah melihat dari kepelbagaian sudut SPAD yang telah dipertanggungjawabkan melakukan perlaksanaan terus menyalurkan peruntukan untuk meningkatkan keperluan pengangkutan di sesuatu tempat.

Komuter merupakan pengangkutan jarak dekat yang banyak telah dilancarkan di beberapa buah tempat di beberapa negeri telah memberikan nafas baru dalam system pengangkutan diantara pekan kecil ke Bandar besar yang mana bertujuan untuk mempercepatkan perjalanan.

Kehadiran pengangkutan Komuter dilihat memberikan kesan positif  dalam usaha kerajaan untuk mengembangkan ekonomi setempat. Dengan kehadiran system ini pergerakan pengangkutan dilihat banyak memberikan faedah kepada penduduk setempat.

Komuter yang beroperasi secara rasmi pada 1 September lalu telah membuka lembaran baru dalam industri pelancongan tempatan..ini bermakna penduduk setempat akan menikmati perkhidmatan KTM Komuter dari Bukit Mertajam ke Padang Rengas dan Kuala Kangsar  serta Padang Besar.

img-20160903-wa0005

KTM telah melihat potensi pembangunan pelancongan domestik di dua daerah ini Padang Rengas dan Kuala Kangsar dengan melihat Rancangan Tempatan Daerah Kuala Kangsar 2020 dengan berfokuskan bandar Bandar Kuala Kangsar Bandar Diraja yang disokong oleh Perancangan Pembangunan Ekonomi dan Sosial yang mampan serta permintaan daripada YB DS Nazri Aziz sendiri sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dan Ahli Parlimen Padang Rengas

Menurut Nazri “Sudah pasti dengan adanya perkhidmatan KTM Komuter di Padang Rengas, ia adalah satu rahmat dan kebaikan kepada semua penduduk di kawasan ini dan juga penduduk dari daerah berdekatan seperti Kuala Kangsar, dengan adanya perkhidmatan KTM Komuter di daerah ini ia akan merancakkan lagi pembangunan ekonomi dan aktiviti sosial”.

Dengan kadar bayaran serendah RM 17.20 adalah amat berbaloi jika dibandingkan menggunakan kenderaan sendiri yang mana terdapat perbelanjaan sampingan yang terpaksa dibayar. Bukan itu sahaja kadar tambang 50% diskaun akan diberikan kepada kanak-kanak berumur 4 tahun hingga 12 tahun, Warga Emas dan OKU dan tiada kadar tambang dikenakan  untuk  kanak-kanak bawah 2 tahun .

Perkhidmatan Komuter di Padang Rengas  ke Kuala Kangsar telah  dirasmikan oleh Ahli Parlimen Padang Rengas, DS Nazri Abdul Aziz  yang mana telah berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan di Daerah Padang rengas yang amat diperlukan oleh rakyat disana.

Sekalung tahniah di ucapkan kepada KTM Komuter,  Menteri Pelancongan dan SPAD kerana inisiatif meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di negara kita tidak kira dimana sahaja demi kepentingan rakyat dan masyarkat luar Bandar.

Berikut adalah jadual perkhidmatan Komuter yang beroperasi diantara Padang Rengas ke Kuala Kangsar serta Padang Besar untuk masyrakat Daerah Padang Rengas.

Image | This entry was posted in KTM -Dato' Seri Nazri Aziz Rasmikan Perkhidmatan Komuter Padang Rengas Ke Kuala Kangsar and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s