Tiong Lai -Kesederhanaan Teras Perpaduan Dan Keharmonian Hidup Berbilang Kaum


Oleh rmf

Image result for Tiong Lai

Pepatah Inggeris ada mengatakan “Kota Rom tidak dibina dalam sehari.” Ada baiknya jika pepatah tersebut dijadikan peringatan kepada kita semua. Sesungguhnya, perpaduan dan keharmonian negara memakan masa untuk dipupuk namun ia boleh musnah dalam sekelip mata.

Kesederhanaan dalam semua segi membolehkan rakyat berbilang kaum di negara ini untuk hidup dengan harmoni tanpa sebarang syak-wasangka. Masing-masing bebas menganut agama, mengamal budaya masing-masing serta menggunakan bahasa ibunda mereka.

Dalam keghairahan untuk mengejar pembangunan dan kekayaan material, konsep kesederhanaan yang menjadi tunjang dalam kalangan rakyat Malaysia selama ini, kian luntur.

Kebelakangan ini, ada sahaja isu-isu sensitif dibangkitkan dengan tujuan untuk mencetus kemarahan pihak lain. Daripada golongan anarkis yang mahu memporak-perandakan negara kepada kumpulan nasionalis yang cuba mempertikaikan kesetiaan sesebuah kaum hanya kerana tidak menyokong kerajaan pemerintah – semuanya memperlihatkan satu trend yang cukup membimbangkan.

Kesantunan serta kesederhanaan yang wujud dalam diri setiap rakyat Malaysia. Yang pastinya, pemikiran ekstrem tidak seharusnya mendapat tempat dalam masyarakat kita. Ia juga tidak boleh dibiarkan bercambah ke satu tahap yang tidak terkawal umpama virus yang menular.

Atas kesedaran ini MCA telah mengambil pendekatan  yang seiring dengan kerajaan iaitu mengamlkan sikap kesederhanaan  dal;am apa juga kaedah  berhubung atau berkomunikasi dengan pihak yang lain.

Pendirian yang sedemikian  telah dijelaskan oleh Presiden MCA sendiri  dan sekali gus menolak fahaman extriem yang boleh menganggu gugat  keharmonian Negara.

Datuk Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata kerajaan Pusat bertekad didalam pendirian nya untuk menegakkan satu kerajaan yang mengamalkan kesederhanaan dan juga kepelbagaian budaya didalam pentadibiran nya.

Maka Datuk Liow berpendapat sebarang cubaan dan usaha untuk merobohkan lambang ikonic Burung Helang di Pulau Langkawi amat tidak wajar.

Datuk Seri Liow merujuk kepada pendapat yang datang dari cetusan ilham Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim dari laporan sebuah akhbar.

Untuk rekod , Timbalan Mufti berpendapat bahawa sebarang rupa bentuk patung atau yang sebagai nya ada lah haram di sisi Islam

“Ia hanya pandangan peribadi beliau dan untuk maklum dia bukan pun datang dari negeri kedah” ujar Liow.

Untuk mengelak kecelaruan amat elok kerajaan negeri Kedah untuk terus tidak mengungkit hal seperti ini lagi, kata Liow.

“Kedah sudah berada di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional, dan kerajaan Barisan Nasional tidak mengamalkan politik sempit seperti taliban” kata Liow.

Kerajaan negeri Terengganu ketika mula mendapat mandat mentadbir negeri Terengganu pada tahun 1995 telah melakukan perkara yang lebih kurang sama iaitu merobohkan replika penyu kerana menganggap ia nya satu bentuk penyembahan idol.

PAS juga , menurut Liow telah menukar nama Pantai Cinta Berahi (Beach of Passionate Love) kepada Pantai Cahaya Bulan.

“Walaupun pelbagai perundangan ketat termasuk pengasingan jantina , juga saman yang dikenakan pada peniaga bukan Islam keatas kedai campur jantina nya serta pada pengiklanan yang ada gambar peragawati yang tidak berhijab , kita semua tahu PAS tetap tidak dapat menjawap kepada permaslahan jangkitan AIDS dan penyalahgunaan dadah” kata Liow.

Liow berpendapat DAP telah berkempen dengan penuh kesungguhan pada tahun 2013 bersama PAS dan mereka perlu bertanggung jawap kerana membantu pihak yang condong kepada ektrimism untuk kian tumbuh,

Malaysia menurut kata Liow , tiada tempat untuk extremism politik dan agama

 

Image | This entry was posted in Tiong Lai -Kesederhanaan Teras Perpaduan Dan Keharmonian Hidup Berbilang Kaum and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s