Kejayaan MyBas Di Ipoh- SPAD Di Jangka Memperluaskan MyBas Ke Johor Baharu Dan Kula Terengganu


Oleh rmf

1 September merupakan satu hari yang amat bersejarah bagi penguna perkhidmatan pengangkutan awam di Ipoh Perak dimana  pada tarikh ini bermulanya  perkhidmatan MyBas yang memulakan operasi di Bandar Ipoh .

Sehingga hari ini seramai 50 ribu orang telah menggunakan perkhidmatan MyBas  dibandar Ipoh dengan  beberapa laluan yang telah ditetapkan. Sebanyak 6 laluan baru yang telah diperkenalkan untuk MyBas memberikan perkhidmatannya kepada rakyat.

Sehingga kini Julai 2016 MyBas telah mencapai sasaran penguna yang menggunakan perkhidmatan MyBas sebanyak 47,147 orang sejak perlancarannya. Sasaran dan peningkatan penggunaan MyBas dijangkakan akan terus meningkat dimasa akan datang.

Selama 2 bulan dari tempoh perlancarannya MyBas telah mencatatkan satu kemajuan penggunaan yang  diperlukan oleh rakyat marhaen. Kejayaan dan peningkatan penggunaan perkhidmatan MyBas ini merupakan satu kejayaan transformasi yang dilakukan oleh SPAD dalam memastikan  system pengangkutan awam darat  terus  setaraf dengan keperluan yang diingini oleh rakyat.

MyBas Ipoh menawarkan pengguna satu sistem pengangkutan yang lebih bersepadu dan jaringan bas yang lebih menyeluruh merentasi 19 laluan yang meliputi 314 km. Jaringan laluan yang meliputi beberapa kawasan yang amat diperlukan oleh rakyat.

Sehingga kini MyBas telah beroperasi dibeberapa buah negeri di Malaysia dengan melihat keperluan asas pengangkutan yang diperlukan oleh rakyat. Sehingga kini MYBas telah beroperasi di Kangar, Seremban dan juga Ipoh.

Pada masa akan datang SPAD akan melihat dan mengkaji keperluan  perkhidmatan MyBas ini dibeberapa buah negeri lagi seperti Johor Bahru dan juga Kuala Terengganu.

Kerajaan melalui SPAD  sedang mempertimbangkan memperuntukkan RM100 juta akan dilaburkan untuk memastikan satu sitem pengangkutan awam darat yang berkualiti serta memenuhi permintaan masyarakat dan juga  rakyat setempat.

Kerajaan dalam usaha melakukan transformasi dalam sitem pengangkutan awam darat akan terus melakukan kajian dan penambahbaikan untuk meningkatkan mobility dan ekses kepada rakyat. Dalam kepelbagaian usaha yang dilakukan perkhidmatan MyBas akan  terus diperkembangkan sehingga ke pecan pecan kecil.

Kerajaan melalui SPAD telah melancarkan program Trasformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) dengan menggunakan perkhidmatan MyBas. Perkhidmatan ini telah dilihat  amat bersistematik melalui penjenamaan baru dan wajah baru serta mutu perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

SPAD turut menetapkan KPI yang perlu dipatuhi oleh pemandu dan jaringan MyBas yang mana menumpukan tahap keselesaan, ketepatan waktu, kebolehpercayaan, spesifikasi kenderaan dan kepuasan pengguna..apa yang penting para pengendali tidak perlu lagi risau dengan laluan yang tidak menguntungkan kerana dana suntikan telah diberikan bagi memastikan laluan yang tidak menjamin keuntungan tetap mempunyai jaringan pengangkutan awam.

Dalam memastikan transformasi pengangkutan awam  darat terus berada ditahap yang memuaskan , SPAD akan terus melakukan penambah baikan dalam memastikan  saranan kerajaan akan terus dicapai .

Image | This entry was posted in Kejayaan MyBas Di Ipoh- SPAD Di Jangka Memperluaskan MyBas Ke Johor Baharu Dan Kula Terengganu and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s