Bila DAP Akan Lakukan Pengistiharan Harta Pemimpin  Mereka, Setelah Dua Penggal Memerintah Pulau Pinang


Oleh rmf

Image result for Dap pkr

Berlumba lumba pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan yang berhubung kait dengan isu tangkapan yang dibuat oleh SPRM terhadap tiga orang berpangkat Datuk baru baru ini dilaman laman media.

Ini merupakan peluang bagi mereka untuk melakukan tekanan terhadap kerajaan dan terus menghasut rakyat agar memberikan tekanan kepada kerajaan sedia ada. Untuk makluman  tangkapan tersebut adalah menunjukkan bahawa kerajaan kepimpinan BN adalh telus dan akan mendakwa sesiapa sahaja yang terlibat dalam jenayah.

Berlainan pula dengan DAP apabila Guan Eng didakwa oleh SPRM maka sewenang wenangnya mereka menuduh kerajaan sedang menjalankan konspirasi tanpa mahu melihat kesalahan yang dilakukan oleh Guan Eng  merupakan kesalahn dibawah undang undang Negara.

Tiada desakan dilakukan, ini lah DAP yang hanya  bercakap jika sesuatu isu memberi faedah kepada mereka. Tiada desakan untuk Guan Eng meletakkan jawatan atau menyerahkan semua siri dakwaan tersebut kepada pihak berkuasa.

Kerajaan UMNO sepatutnya melaksanakan dasar bagi mewajibkan setiap individu yang berkhidmat dengan kementerian dan agensi kerajaan untuk mengisytiharkan harta kepada pihak berkuasa sejak dahulu lagi.

Perkara yang sama juga telah dibuat oleh kerajaan DAP satu ketika dahulu yang mana setiap pemimpin mereka mengistiharkan harta  mereka kepada umum, Sudahkah perkara ini dilakukan.

Setelah dua penggal berlalu  bukan sahaja tiada pengistiharan harta malah rompakan hasil negeri dilakukan tanpa ada had dan  kekangan. Sehingga kini tiada seorang pun pemimpin DAP yang telah mengistiharkan harta mereka kepada rakyat.

Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng seharusnya mencadangkan kepada DAP agar , dasar pengistiharan harta juga seharusnya tidak terhad kepada penjawat awam yang masih memegang jawatan dalam sektor kerajaan, malah sewajarnya diperluaskan kepada bekas-bekas penjawat awam, termasuk pemimpin DAP serta syarikat yang berkaitan urusniaga dengan kerajaan negeri.

Pengisytiharan harta oleh pegawai kerajaan DAP mesti juga melibatkan Ketua Menteri, Exco, Adun serta Ahli Parlimen DAP yang kini dilihat mempunyai kekayaan luar biasa dari pendapatan yang sebenarnya.

Ini kerana persoalan timbul sama ada mereka telah membeli hartanah dan kenderaan mewah selepas mereka bersara dan semasa didalam tugas sebagai wakil rakyat, Lihat sahaja Zuraidah Ampang yang dikatakan memiliki 9 buah kenderaan dan belum lagi disiasat harta harta yang lain..

Sebagai permulaan Lip Eng yang juga Ahli Parlimen Segambut seharusnya melakukan pengistiharan harta beliau disusuli dengan Nga Kor Ming , mat Sabu serta lain lain Adun serta  Ahli Parlimen dan keseluruhan pemimpin DAP yang telah gagal menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat.

Lip Eng harus sedar bahawa ini adalah dasar yang  sepatutnya dilaksanakan beberapa tahun lalu bagi semua kepimpinan DAP semenjak menerajui Pulau Pinang. Tetapi setelah dua penggal berlalu, semua janji dan kata kata manis DAP hanya dijadikan halwa telinga sahaja.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) seperti yang dilaporkan semalam, mengarahkan semua pegawai DBKL menyerahkan borang pengisytiharan harta terkini.

Langkah itu diambil Ku Nan susulan kes penahanan pegawai kanan DBKL bergelar “Datuk Seri” oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikaitkan dengan jenayah rasuah pada Isnin lepas.

Lip Eng seharusnya mengemukakan usul pengistiharan harta ini kepada  kepimpinan DAP  dan Pakatan Harapan sebagai tanda ketelusan dan membenarkan siasatan dilakukan terhadap kesemua kepimpinan DAP  yang sedang berkhidmat atau telah bersara dari perkhidmatan.

http://www.pru14.tv/2016/08/24/bila-dap-akan-lakukan-pengistiharan-harta-pemimpin-mereka/

Image | This entry was posted in Setelah Dua Penggal Memerintah Pulau Pinang and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s