Cermin Diri- Nasihat Wee Ka Siong Kepada Dua Pemimpin Parti Bersatu.


Oleh rmf

Image result for wee ka siong

Kini sudah 59 tahun Negara kita Malaysia merdeka sejak  terlerainya dari cengkaman penjajahan dari banyak pihak yang menginginkan kuasa dalam Negara yang berdaulat ini.

Selama 500 tahun sejak penjajahan Portugis di Melaka sehingga  1957 maka lahirnya sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat.

Sejarah kehidupan yang amat jerih dicengkam penjajahan seharusnya menjadi iktibar kepada generasi sekarang agar proses penjajahan tidak akan berlaku kembali. Nilai nilai kecintaan kepada Negara seharusnya diterapdan disemai kepada golongan muda seusia tadika lagi.

Generasi muda masa kini, ada segelintir daripada mereka melihat bahawa proses penjajahan silam hanya sebuah sejarah dan beranggapan bahawa ianya adalah pelerngkap kepada peradaban pembangunan sesabuah bangsa.

Tetapi, menyedari bahawa pengorbanan pejuang Negara untuk menjadikan Negara Malaysia sebagaimana sekarang seharusnya dikenang dan diterapkan dengan penuh kesedaran. Semangat kecintaan kepada Negara pada masa kini  oleh generasi muda amat luntur sekali, banyak diantara mereka ini beranggapan bahawa sejarah hanya sejarah dan ianya tidak melibatkan perjuangan mereka.

Penjajahan alaf baru bukan berbentuk  persenjataan yang meragutkan nyawa , akan tetapi penjajahan alaf baru yang hebat dilakukan pada masa kini ialah penguasaan minda dengan ideology songsang yang mana menjurus kepada penjajahan dalam bentuk yang lebih halus lagi.

Penjajahan alaf baru lebih kepada satu system yang dipercayai dan mendesak agar sesabuah Negara lain mempraktikkan system yang menjadi amalan Negara yang berkuasa , dengan cara ini amalan penjajahan akan mudah dilaksanakan .

Menurut Wee, sebelum Tanah Melayu diberi kemerdekaan dari pihak British, salah satu syarat utama ialah menerima pendatang Cina dan India sebagai warganegara dan di antara bangsa-bangsa ini perlu memenangi pilihanraya pertama Negara.

Perjanjian yang dipersetujui ini dinamakan kontrak social yang mana ianya dilindungi oleh perlembagaan Negara. Hak hak yang dipersetujui ini tidak boleh dipertikaikan sama sekali oleh bangsa lain malah ianya harus menghormati .

Di sinilah bermulanya parti UMNO yang memperjuangkan Melayu, MCA untuk Cina, MIC untuk India dan bergabung di bawah Parti Perikatan dan seterusnya di bawah Barisan Nasional menggabungkan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak.

Konsep kerjasama tiga bangsa dalam satu gabungan ini adalah pengukuh kepada kekuatan politik dalam Negara ini. Bangsa lain bebas memegang jawatan dalam  kerajaan serta membawa misi dan visi rakyat untuk dilaksanakan.

Wee dalam satu kenytaan telah  menyelar perjuangan parti pembangkang kerana tidak dapat bersatu dalam mentadbir negeri-negeri  dan menjaga kebajikan rakyat  serta amat lalai dalam mengetengahkan keperluan rakyta.  Hal ini dapat dibuktikan bagaimana  kisah tragis yang menimpa kaum Melayu dan India di Pulau Pinang. DAP yang mentadbir Penang hanya mementingkan hala tuju parti serta keuntungan  individu setelah mendapat kuasa.

Menurut Wee lagi , parti Bersatu yang baru ditubuhkan ini hanya untuk satu bangsa sahaja dan menganggap bangsa lain sebagai kelas kedua adalah  satu pegangan mereka yang berkepentingan dalam agenda mereka tersendiri.

Sifat hasad dengki kerana ingin berkuasa telah membelakangkan perjuangan yang mana sebelum ini. Pihak ini sanggup berpaling tadah bersatu dengan musuh kerajaan BN asalkan matlamat tercapai.

Tun M dan Muhyiddin harus malu kepada diri sendiri atas tindakannya yang mengutuk BN secara melulu dengan mengatakan tidak mengamalkan demokrasi yang menjadi amalam politik Negara.Tindakan sedemikian telah mendapat reaksi kurang senang daripada beberapa pemimpin Negara  termasuk  Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong.

Dalam pada itu, YAB Perdana Menteri, DS Najib turut menyelar tindakan tidak bertamadun bekas pemimpin BN Tun dan Muhyiddin yang rela bersekongkol dengan kuasa asing semata-mata mahu mengalahkannya.

“Kalau kita buka perlembagaan UMNO, salah satu asas perjuangan adalah untuk menjaga dan mempertahankan kemerdekaan negara, UMNO ini sejarahnya dibentuk oleh sebuah bangsa berdaulat. Generasi ayahanda saya membentuk dan mengasaskan negara ini. Saya merupakan generasi kedua. Ini adalah harta pusaka yang perlu kita jaga bersama” jelas Najib ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Tasek Gelugor hari ini.

 

Image | This entry was posted in Cermin Diri- Nasihat Wee Ka Siong Kepada Dua Pemimpin Parti Bersatu. and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s