Pemimpin DAP Mengaku, Perbodohkan Melayu Untuk Membohongi Melayu


Oleh rmf

Kini kita telah sedar dan telah mendengar sendiri bagaimana  rasisnya  pemimpin DAP menggunakan bangsa Melayu untuk menjatuhkan Melayu. Kenyataan yang telah dikeluarkan melalui satu video  telah tersebar di media sosial.

Selama ini, kita telah dimomokkan  dengan berbagai  ungkapan bahawa DAP adalah parti yang tidak mengamalkan perkauman, Namun setelah video  tersebut dikeluarkan nyata  dan jelas bahawa DAP mengajak bangsa Melayu menyertai DAP hanya untuk dijadikan peluru semata mata.

Apakah orang Melayu tidak sedar lagi agenda DAP yang amat rasis untuk memecah belahkan bangsa melayu demi untuk mencapai matlamat mereka menjadikan agenda Malaysian Malaysia tercapai.

Hew Kuan Yew dalam ucapannya secara jelas menerangkan bahawa  DAP mempergunakan  anak muda Melayu hanya semata mata untuk mempergunakan mereka  untuk memecah belahkan Melayu. Kenyataan ini, bukan bersifat satu kesilapan , namun ianya sememangnya satu agenda.

Walaupun dalam satu kenyataan untuk melindungi situasi , Lim Kit Siang terus menempelak pemimpin bermulut celupar dari DAP, Hew Kuan Yew susulan pemilihan kata-katanya semasa berceramah dalam kempen parti itu semasa pilihan raya negeri Sarawak baru baru ini.

Bagaimanapun, pemimpin veteran DAP itu cuba tidak menganggap kenyataan Hew sebagai bersifat perkauman seperti yang didakwa oleh pengkritiknya. Tetapi hakikatnya DAP sememangnya sebuah parti perkauman yang amat tegar dan sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita cita politik mereka.

Untuk melindungi kerosakan kredibiliti DAP , Lim mempersoalkan bahawa kenyataan perkauman adalah bertentangan dengan prinsip yang didokong oleh DAP, dan Hew menggunakan analogi yang sama tidak mengira kaum.

Dalam satu terjemahan yang dibuat melalui video tersebut amat jelas perancangan DAP untuk menggunakan Melayu sebagai peluru politik mereka. Sebagaimana kita ketahui bahawa DAP sanggup melakukan perlaburan politik  dalam apa juga bentuk asalkan  matlamat mereka tercapai.

Dalam terjemahan tersebut, Hew mendakwa terjemahan yang tepat ialah : “Ayuh kita hantarkan Aziz masuk dalam Dewan Undangan Negeri demi skru bangsa Melayunya, yakni politikus besar yang korup, screw “pokai” di PBB. Inilah babak yang paling menarik. Yang setuju, berikan tepukan”.

Nampakkan, jadi jangan lah Melayu leka lagi dengan mimpi indah yang dijanjikan oleh DAP. Mimpi mimpi indah tersebut akan menjadi malapetaka yang maha dasyat jika  kita terperangkap dengan  janji manis yang  entah dimana.

Selepas kenyataan ini , yang dikeluarkan sendiri oleh pemimpin DAP , diharapkan orang Melayu  sedar bahawa ini bukan satu permainan yang boleh diulang. Kesilapan kita menyokong DAP bakal mengadaikan segalanya yang kita ada.

Apa yang telah berlaku di Pulau Pinang seharusnya menjadi pengajaran untuk kita semua. Jangan lakukan kesilapan yang kedua sehingga negara ini dijajah dalam bentuk penjajahan alaf baru yang mana semua yang dimiliki tiada lagi.

Image | This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s