Tiong Lai Kecewa Kosmo Papar Tajuk Yang Negatif Terhadap Pemain Negara Di Sukan Olimpik Rio


Oleh rmf

Kejayaan pasukan badminton Negara dalam kategori beregu campuran yang telah meraih pingat perak untuk Malaysia di Sukan Olimpik  di Rio merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan rkayat Malaysia. Pencapaian terbaik ini  adalah hasil kesungguhan pemain untuk mengharumkan nama Negara.

Presiden MCA DS Liow Tiong Lai telah memberikan penghormatan  kepasa pemain pemain yang telah meraih pingat didalam kejohanan Olimpik di Rio. Turut diberikan penghormatan selain dari pasuakan badminton ialah  pelumba basikal Azizulhasni yang telah menambah pingat gangsa untuk Malaysia dalam acara keirin.

Dalam pada masa yang sama, laporan sebuah akhbar yang negative terhadap pencapaian cemerlan atlit kita di Rio telah menimbulkan kemarahan  rakyat Malaysia yang mana beranggapan bahawa akhbar tersebut langsung tyidak mempunyai semangat kesukanan dan patriotic dalam usaha menyokong  usaha yang dilakukan oleh atlit untuk mendapatkan pingat.

DS Liow Tiong Lai juga  melahirkan rasa kecewa beliau terhadap laporan  tidak adil yang telah dikeluarkan akhbar berkenaan terhadap atlit Negara Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon, dalam pada masa yang sama beliau turut mengulas dan berkata bahawa  beregu campuranb tersebut telah melakukan usaha sedaya upaya untuk meraih pingat.

Didalam sukan , kalah dan menang itu merupakan adat bertanding, kelebihan dan kekurangan serta pengalaman adalah  factor yang menjanjikan kemenangan. Begitu juga beregu Negara  yang telah melakukan sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan sama sekali dengan menghadapi pasaukan yang mempunyai ranking teratas dunia di perlawanan akhir.

Kosmo seharusnya bersikap professional dalam menyiarkan berita dan memperlihatkan sikap semangat kesukanan dan patriotic  kepada pasukan Negara. Kita sedar dengan tajuk yang negative Kosmo mungkin akan dapat mensasarkan jualan yang meningkat.

Walau apa pun alasan perkara ini tidak seharusnya berlaku , dan rakyat Malaysia akur dengan keputusan yang diberikan oleh pasangan beregu ini dan amat memahami keadaan  pertandingan serta lawan yang dihadapi oleh kedua pemain Negara.

Seharusnya, editor Kosmo lebih peka dalam hal ini, dan bukan menjadi seperti pembangkang  yang akan mengkritik apa sahaja asalahkan memberikan faedah kepada mereka. Bersikap terbuka dan  mengambil kira  perasaan rakyat Malaysia dan penyokong Negara akan lebih menunjukkan editor Kosmo lebih matang dan professional.

Pasangan beregu campuran Malaysia yang berkedudukan ranking ke 11 telah berusaha sedaya upaya untuk menentang pasangan Indonesia yang menduduki ranking ke 3 dunia. Mereka telah mencatat sejarah apabila menjadi beregu campuran pertama dari Malaysia yang meraih pingat di dalam sukan Olimpik.

Sebagai tanda penghargaan MCA terhadap pengorbanan atlit Negara , DS Tiong Lai akan melakukan satu perbincangan untuk memberikan ganjaran kepada pasangan beregu campuran Negara dan juga pelumba basikal Negara Azizulhasni.

Kegemerlapan pingat emas dalam  badminton menjadi harapan rakyat Malaysia dalam usaha yang bakal diteruskan oleh Pemain badminton No. 1 dunia Datuk Lee Chong We yang bakal menentang Lin Dan dari China.

Rakyat Malaysia keseluruhannya berdoa agar kegemerlapan sinar emas akan  memancar untuk Malaysia. Sokongan padu rakyat Malaysia tetap utuh bersama Datuk Lee Chong Wei

Image | This entry was posted in Tiong Lai Kecewa Kosmo Papar Tajuk Yang Negatif Terhadap Pemain Negara Di Sukan Olimpik Rio and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s