Kerajaan Peruntukan RM150 Juta Untuk 30 ribu Pemandu Teksi Keluar Dari Sistem Pajakan


Oleh rmf

Dijangkakan seramai 30,000 teksi yang mahu keluar dari bebanan konsep pajakan teksi mungkin akan menikmati permit individu apabila kerajaan memperuntukan sebanyak RM150 juta sebagai langkah untuk membantu pemandu teksi dalam Negara ini.

Sistem pajakan yang dikatakan amat membebankan pemandu teksi telah mendapat perhatian kerajaan dan juga SPAD. Justeru itu satu inisiatif untuk membantu pemandu teksi ini diambil oleh kerajaan dalam usaha untuk meringankan beban yang ditanggung selama ini.

Untuk menuju kearah itu, kerajaan  akan mengeluarkan geran sebanyak RM5,000 tunai untuk pemandu teksi dapat membeli kenderaan baru.  Untuk melayakkan  pemandu berkenaan menerima geran sebanyak RM5,000 ianya tertakluk kepada beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pe­ngangkutan Awam Darat (SPAD).

Pengerusi, Suruhanjaya Pe­ngangkutan Awam Darat (SPAD)TS Syed Hamid Albar berkata, kerajaan akan mengeluarkan geran tersebut bermula 1 September 2016. Dengan peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan pusat ini diharapkan akan mengubah status pemandu teksi agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik tanpa dibelenggu dengan kesan sewa pajakan teksi,

SPAD dalam menjalankan transfomasi yang diamanahkan oleh kerajaan sentiasa akan melakukan kajian  demi kajian untuk mengenalpasti permasalahan yang ditanggung oleh sebilangan besar  pemandu teksi. Penambahbaikan berperingkat akan dilakukan  demi memastikan  setiap usaha dilakukan akan mendatangkan hasil yang menepati matlamat kerajaan dan SPAD dalam pengangkutan awam.

Pengerusi, Suruhanjaya Pe­ngangkutan Awam Darat (SPAD)TS Syed Hamid Albar berkata SPAD akan memberikan peluang kepada  pemandu teksi pajakan  kepada  lessen individu serta dengan bantuan sebanyak RM5.000 untuk digunakan sebagai deposit untuk mendapatkan kenderaan baru seperti Myvi atau Proton Exora.

“Pemandu teksi yang mahu keluar daripada sistem pajakan akan menerima geran berjumlah RM5,000 seorang itu daripada kerajaan sebagai subsidi kos membeli kenderaan baharu.

“Pemohon juga mesti bebas daripada rekod jenayah,saman lalu lintas dan tidak muflis.

Tan Sri Syed Hamid Albar berkata dalam mengumumkan  intipati bagi 11 program yang diluluskan oleh kerajaan dibawah  Program Transformasi Industri Teksi (TTIP) yang mana akan dilaksanakan secara berperingkat peringkat di seluruh Negara.

Antara program TTIP lain ialah mengawal selia aplikasi e-hailing sebagai perkhidmatan perantara di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD), membuka pilihan model bagi kegunaan teksi, piawaian kontrak sewa teksi dengan terma-terma kontrak di bawah undang-undang, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) wajib bagi pengendali teksi dan mengenakan proses saringan yang ketat.

Justeru Syed Hamid berkata, pemandu teksi harus menerima perubahan sistem untuk mengunakan aplikasi sebagaimana yang digunapakai dalam perkhidmatan GrabCar dan Uber

“Kerajaan telah mengiktiraf perkhidmatan e-hailing ini, kita perlu akur dengan perubahan teknologi seperti aplikasi ini berdasarkan kehendak pengguna dan peredaran zaman.

TITP juga dijangka me­ning­katkan piawaian perkhidmat­an menggunakan sistem merit dan demerit, menyelaraskan struk­tur tambang bermeter, menyelaraskan kadar tambang berdasarkan zon, membenarkan kadar tambang dinamik bagi teksi bermeter yang menggunakan ap­likasi e-hailing dan memperke­nalkan program bagi meningkatkan pres­tasi pemandu teksi. Ini sekali gus akan menyaksikan perkhidmatan teksi bakal menyaksikan perubahan dari segi kaedah operasinya.

Tan Sri Syed Hamid Albar dalam pada itu berkata semua perkhidmatan teksi di negara ini disaran menggunakan teknologi perkhid­matan panggilan elektronik (e-hailing) seperti yang diguna pakai oleh perkhidmatan Uber dan Grabcar. Katanya, dengan pengenalan sistem e-hailing selepas ini, pemandu teksi boleh membuat pilihan sendiri sama ada mahu menggunakan sistem baharu itu atau sistem meter seperti sebelum ini.

” Dalam perkhidmatan e-hailing ini semua pemandu diwajibkan untuk ditemuduga dalam memastikan kebolehpercayaan dalam tempoh peralihan syarikat pengendali dan pemandu yang akan didaftarkan di bawah SPAD.

“Antara program yang akan dilaksanakan adalah mengawal selia aplikasi e-hailing sebagai perkhidmatan pengantara di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD),” katanya.

SPAD telah mengadakan pertemuan tertutup dengan persatuan teksi untuk menjelaskan program TTIP ini di Bukit Kiara sebelah pagi sebelum mengadakan sidang media di bangunan SPAD petang tadi.

SPAD dalam TTIP yang dikemukakan baru-baru ini antaras lain menjelaskan keperluan membenarkan Uber dan GrabCar serta menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi.

Bagaimanapun ia tidak mendapat sambutan dikalangan pemandu teksi yang beranggpan Uber dan Grabcar menganggu periuk nasi 70,000 pemandu teksi seluruh negara.

Dalam hal ini, Syed Hamid menjelaskan demi kepentingan pemandu dan syarikat pengendali serta manfaat rakyat dan pindaan beberapa undang-undang dijangka akan dibentangkan pada sidang parlimen November ini.

 

Image | This entry was posted in Kerajaan Peruntukan RM150 Juta Untuk 30 ribu Pemandu Teksi Keluar Dari Sistem Pajakan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s