Beranikah Kepimpinan Muda DAP Melakukan Jika mereka Matang politik


Oleh rmf

Ketua DAPSY Selangor Teh Hoong Keat dan Pengarah Hal Ehwal Varsiti DAPSY Kebangsaan Leong Yu Sheng dalam satu kenyataan bersama, berkata sikap berdiam diri dalam situasi kezaliman hanya akan mengukuhkan lagi pemerintah zalim.

Sememangnya tepat dan benar kenyataan yang dikeluarkan oleh kepimpinan muda DAP ini, Sikap mendiamkan diri yang menjadi amalan pemimpin DAP terhadap tindakan zalim yang dilakukan oleh  Guan Eng dan pemimpin lain mesti di suarakan.

Penindasan yang dilakukan oleh DAP terhadap kaum lain  di Pulau Pinang selama ini tidak pernah disuarakan oleh kepimpinan DAP, malah mereka seakan  bersetuju dengan tindakan merobohkan penempatan serta menutup warong kepunyaan kaum lain adalah melampau.

Anak muda semua golongan dari semua kaum seharusnya wajib tampil ke barisan hadapan dan turun melawan rejim pemerintahan yang rasuah dan menelan wang rakyat tanpa mengendahkan hidup mati rakyat jelata.

Seharusnya sebagai pemerintah di Pulau Pinang  DAP mesti mengutama kan kebajikan rakyat dan bukan melakukan kezaliman dan penindasan sebagaimana dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional dalam  menrencanakan pelbagai usaha untuk membantu rakyat.

Pada masa ini, semua rakyat telah fahama dan melihat secara jelas bagaimana rakusnya kepimpinan DAP yang diketuai oleh Guan Eng  telah melakukan pelbagai penyelewengan wang rakyat  dengan meluluskan projek yang tidak manfaat.

Rompakan  yang terancang ini bukan sahaja dalam bentuk pembangunan malahan ianya dilakukan terhadap alam sekitar. Banjir sudah  semakin kerap  berlaku di Pulau Pinang akibat daripada pembangunan yang  tidak dirancang sebaiknya.

Seharusnya kepimpinan DAP terutama kepimpinan muda mesti melakukan teguran dan  menyarankan kepada kepimpinan tertinggi DAP agar lebih peka dalam mengurus tadbir negeri Pualau Pinang.

DAP sebagaimana sebelum ini sdentiasa melaungkan ketelusan dan kebebasan bersuara  untuk rakyat melakukan teguran dan mengkritik tindakan yang merugikan rakyat. Sebe;um ini juga banyak demontrasi dianjurkan untuk mengkritik tindakan kerajaan walaupun  ianya hanya persepsi.

Sosialis Muda DAP (DAPSY)  seharusnya menyeru dan menyokong masyarakat umum khususnya anak muda menyertai perhimpunan aman untuk  mengkritik kepincangan pemerintahan DAP serta meyakinkan rakyat  bahawa didalam DAP sendiri terdapatnya ketelusan untuk menegur kepimpinan..

Sejak memerintah Pulau Pinang kita sering  mendengar terlalu banyak  skandal rasuah besar-besaran dilakukan sehingga  satu dakwaan dibuat ketas Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri. Kesa rasuah yang dilakukan sekarang sedang  berada didalam siasatan dan sedang didakwa oleh peguam Negara.

Justeru, mereka berkata DAPSY mesti  menggerakkan jentera yang sedia ada dan menyokong penuh usaha membenteras skandal dan rasuah didalam parti DAP untuk membersihkan DAP sebagai sebuah parti yang bersih rasuah dan skandal. Anak muda mesti bangkit bangkit melawan kezaliman , rasuah serta perkauman  terancang didalam DAP.

Ini merupakan usaha sekumpulan yang terbaik dan bergabung dengan  mahasiswa dan mahasiswi negara ini bertujuan mendesak penangkapan individu yang cukup hebat melakukan rompakan wang rakyat di Pulau pinang serta membongkar skandal skandal  yang melibatkan wang rakyat.

Ketua DAPSY Selangor Teh Hoong Keat dan Pengarah Hal Ehwal Varsiti DAPSY Kebangsaan Leong Yu Sheng  seharusnya membentuk gabungan  untuk menyatakan tuntutan mereka supaya semua institusi awam seperti PDRM dan SPRM daripada bebas cengkaman dan campur tangan politik  juga  bebas melakukan siasatan kepada mana mana parti politik.

Adakah Ketua DAPSY Selangor Teh Hoong Keat dan Pengarah Hal Ehwal Varsiti DAPSY Kebangsaan Leong Yu Sheng berani melaksanakan tanggungjawab  sedemikian jika mereka bersikap penentang rasuah dan skandal dan seharusnya mereka ini membentuk  situasi bersih politik dari dalam DAP dahulu.

Image | This entry was posted in Beranikah Kepimpinan Muda DAP Melakukan Jika mereka Matang politik and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s