SPAD-Tidak Perlu Ugut, Perkhidmatan Terbaik Tetap Akan Menjadi Pilihan Pelanggan


Oleh rmf

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan yang telah dikeluarkan berkata,

 “Tidak payah ugut, keputusan kerajaan adalah muktamat” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang media mengumumkan keputusan kabinet meluluskan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) di ibupejabat SPAD di Kuala Lumpur, semalam.

“Saya fikir ugutan ini tak patut timbul kerana kalau kita tengok di segi manfaat dan perkara-perkara yang telah lakukan untuk golongan ini amat banyak sekali.

“Kerajaan buka peluang supaya industri ini maju, pengguna dan pengusaha pun untung. Saya harap mereka dapat melihat secara positif. Tak payahlah ugut kita dan kerajaan. Tengok apa kesan pelaksanaannya.

“Keputusan kerajaan muktamad. Sama ada dia cakap akan masuk parti pembangkang atau tidak, itu tidak menjadi isu. Yang paling penting kita nak transformasi industri teksi dapat dilakukan,” katanya lagi.

“Hentikanlah ugutan-ugutan ini. Saya harap mereka dapat terus menyokong kerajaan lagipun ini akan membawa banyak kebaikan untuk mereka,” tambahnya.

Kenyataan tersebut adalah berikutan  serangan yang dilakukan oleh penasihat persatuan teksi yang mana mengugut SPAD  berikutan  lambakan Uber dan Grabcar  yang dikatakan mengancam sumber pendapatan pemandu teksi yang lain.

 Jika difirkan secara  terperinci secara logiknya perkhidmatan teksi  tidak boleh memberhentikan operasi hanya kerana mereka perlu bersaing dengan Uber dan GrabCar. Ini kerana teknologi dan aplikasi sentiasa berkembang.

Sebaliknya mereka harus menerapkan budaya saing dan memberikan perkhidmatan yang terbaik agar  persaiangan yang sihat akan wujud dan pelanggan akan membuat pilihan  perkhidmatan berdasatkan mutu.

TITP yang diumumkan semalam berorientasikan kepada empat prinsip utama iaitu memanfaatkan penggunaan teknologi, meningkatkan pendapatan dan kebajikan pemandu teksi, meningkatkan mutu perkhidmatan pemandu teksi dan menyemak semula kadar tambang teksi

Penyahkawalseliaan peraturan yang akan dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) itu sudah pastinya akan membolehkan mereka bersaing dengan perkhidmatan berteknologi baharu itu.

Sudah tentulah pengusaha teksi akan mendapat faedah dengan cadangan tersebut berikutan peraturan tambahan akan dikenakan kepada pemandu Uber dan GrabCar yang pasti akan menyelaraskan platfom yang sama bagi perkhidmatan teksi.

Sudah sampai masanya pemandu teksi menjadi lebih berdaya saing dan fleksibel selepas Kabinet meluluskan operasi GrabCar Dan Uber secara sah di negara ini

Image | This entry was posted in Perkhidmatan Terbaik Tetap Akan Menjadi Pilihan Pelanggan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s