Tiong Lai- Parti Bersatu Mengamalkan Diskriminasi Kaum ,Bukan Untuk Semua Kaum Seperti Barisan Nasional


Oleh rmf

Keputusan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti Melayu baharu hanya merugikan rakyat negara ini.kerana tindakan beliau (menubuhkan parti baharu) yang bertujuan menjatuhkan seorang pemimpin lebih terarah menjatuhkan sebuah parti yang banyak berjasa kepada rakyat.

Keputusan tersebut bukan sahaja hendak melanggar UMNO, malah mengheret sama rakyat pelbagai kaum bersama sama terlibat dalam melaksanakan agenda nya yang tersirat. Kita sudah sedia maklum bahawa penduduk pelbagai kaum disatukan atas dasar kasih sayang, bukan dengan kebencian

Malaysia sebuah Negara yang mengamalkan dasar demokrasi terbaik sememangnya  tidak ada  halangan untuk sesiapa sahaja menubuhkan parti baharu sejajar dengan konsep demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Sebagai sebuah parti baharu itu perlu mempunyai visi yang jelas dan ada kapasiti serta stabil untuk terus wujud. Tetapi ianya amat berlainan sekali dengan visi dan misi penubuhan parti baru Bersatu ini. Ianya lebih menjurus kepada  politik kebencian dan memecah belahkan keharmonian diantara rakyat.

Sejak tahun 1960an lagi lebih kurang 70 buah parti baru telah ditubuhkan  penubuhan parti baharu ini seakan perniagaan yang mana  dibuka hari ini dan akan tutup bila bila masa sahaja. Jika mereka tidak boleh berjaya, parti itu akan mati dengan sendirinya

Rakyat kini sudah pandai menilai dan hanya akan memberikan sokongan kepada parti yang banyak memberi manfaat kepada rakyat berbanding parti yang ditubuhkan dalam keadaan terdesak. Ramai yang begitu  yakin penubuhan parti baharu tidak akan menggugat kestabilan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara.

Dalam hal yang sedemikian , penubuhan pati baru ini telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuk Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mana beranggapan bahawa penubuhan parti baru ini tidak akan memberikan faedah kepada rakyat dalam Negara ini.

Seharusnya sesuatu penubuhan parti baru seharusnya disertakan dengan visi dan misi yang memberikan kepentingan kepada rakyat dan membantu menggalakkan keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini.

Prasyarat yang telah ditetapkan oleh parti baru ini tidak mengambarkan penglibatan semua kaum didalamnya sebagaimana dilakukan oleh Barisan Nasional yang mempunyai barisan kepelbagaian kaum bagi mewakili kaum mereka atau wakil politik untuk menyuarakan pandangan.

“Jika lihat pada parti Bersatu, ia hanya memainkan sentiman bumiputra tetapi tidak mampu promosikan kerjasama serta tidak sesuai untuk konteks Malaysia seperti BN yang terbukti lebih bersifat sederhana dalam konteks rakyat berbilang kaum,” katanya.

Menurut Liow, MCA bekerjasama dalam BN untuk mewujudkan sebuah negara yang sederhana dan harmoni, Gabungan yang cukup kuata dan jitu telah mengumpulkan berbilang kaum yang saling bekerjasama dan berjaya mengemudikan Negara ini dengan jayanya.

Kepincangan agenda penubuhan parti bersatu dapat dilihat apabila telah menetapkan staus bumiputra dan bukan bumiputera  mempunyai hak yang berbeza dalam pemilihan atau kuasa membuang undi. Disini sahaja kita melihat terdapatnya diskriminasi kaum berlaku.

Kepincangan ini dapat dilihat oleh rakyat yang mana  walaupun sebuah parti yang dinakhodakan oleh orang yang hebat namun  apabila ianya disulami dengan agenda tersirat maka sudah pastinya ianya tertolak oleh akar umbi.

Pada hakikatnya setiap rakyat meyelami agenda penubuhan parti dan mmemikirkan apakah  agenda untuk kesinambungan perjuangan dan kesejahteraan rakyat yang akan direncanakan.

 

Image | This entry was posted in Tiong Lai- Parti Bersatu Mengamalkan Diskriminasi Kaum Bukan Untuk Semua Kaum Seperti Barisan Nasional and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s