Kerajaan Jangan Lakukan Kesilapan Kali kedua Isu  Desakan Mansuh Akta Hasutan Oleh DAP


Oleh rmf

Kenyataan bodoh yang dikeluarkan oleh Setiausaha Publisiti Wanita DAP Kebangsaan, Kasthuri Patto adalah semata mata bertujuan untuk kepentingan politik DAP semata mata dan tidak pernah memikirkan tentang keselamatan dalam Negara jika akta ini dimansuhkan.

Bukan itu sahaja pihak atau kaum lain akan berhak mempertikaikan kewarganegaraan yang dimiliki oleh Setiausaha Publisiti Wanita DAP Kebangsaan, Kasthuri Patto ini dan melakukan satu tindakan yang luar batasan tanpa  ada sekatan drastic dari satu system perundangan yang tegas.

Akta Hasutan 1948 merupakan suatu akta undang-undang di Malaysia yang digubal untuk menghalang perbincangan yang dikatakan sebagai menghasut.

Terdapat gerakan yang terdiri daripada NGO-NGO Cina yang disokong dan ditaja oleh individu tertentu dalam Majlis Peguam yang mendapat sokongan daripada pembangkang mendesak untuk memansuhkan Akta Hasutan

Desakan untuk memansuhkan Akta Hasutan adalah timbul daripada perasaan tidak puas hati dengan peruntukkan perlembagaan yang sedia ada. Bagi mereka yang ingin memansuhkan Akta Hasutan ia melihat sebagai adalah halangan mengubah perlembagaan yang melibatkan hak keistimewaan orang Melayu,

Sememangnya ini merupakan halangan bagi DAP untuk mempertikaikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Negara kerana didalam akta hasutan terdapat beberapa perkara yang terdapat didalam Perlembagaan tidak boleh sama sekali dipertikaikan termasuk hak hak orang Melayu, Raja, Agama Islam

Mereka mahukan atau mahu menghapuskan apa yang ada pada orang Melayu tetapi mereka tidak mahu melepaskan apa yang ada pada mereka. Setiausaha Publisiti Wanita DAP Kebangsaan, Kasthuri Patto harus melihat secara terang dan jelas dan jangan kerana politik DAP  semuanya mesti dilanggar.

Tiada hujah-hujah yang konkrit untuk memansuhkan Akta Hasutan. Kebebasan ini terikat dengan syarat yang jelas dalam Perlembagaan, termasuklah keselamatan negara dan ketenteraman awam. Apakah Setiausaha Publisiti Wanita DAP Kebangsaan, ini mahu melihat satu keadaan yang tidak tenteram berlaku dalam Negara dimana semua orang bebas melakukan hasutan sehingga menjejaskan keselamatan Negara.

Belum terbukti masyarakat kita akan aman sejahtera tanpa undang-undang yang mengawal tindakan luar batasan masyarakat majmuk. Belum pasti juga undang-undang yang akan menggantikannya menepati keperluan kita.

Sudah pastinya DAP akan menggunakan media  luar untuk mempertikaikan isu Akhata Hasutan ini dan sudah pastinya isu kebebsan bersuara akan diselitkan untuk seiring dengan hak asasi yang menjadi benteng pembangkang untuk menuntut kepada kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948 ini.

Negara luar yang sidah pastinya  memihak kebada kebebasan dalam  banyak perkara sudah tentu tidak memahami  konsep  dan ancaman arau impak kehidupan berbilang kaum dalam Negara ini, Dan dengan mudah mereka mempertikaikannya.

Kecenderungan untuk menghasut bagi membangkitkan rasa tidak setia kepada negara, raja-raja sebagai ketua utama negara  dengan kata-kata cerca diibaratkan mencerca Negara dan menjatuhkan martabat Negara itu sendiri. Sesiapa yang ingin menimbulkan rasa kebencian tersebut perlu dihukum.

Jika tiada Akta Hasutan maka sesiapa bebas mencerca dan menghina institusi penting Negara di laman sosial. Sedangkan dimasa ini kita melihat kerajaan masih lagi teragak agak untuk menjatuhkan hukuman yang berat berlandaskan kesalahan berat  dalam Perlembagaan Negara.

Jika perkara ini tidak dibendung dan diambil tindakan , maka satu hari nanti sudah pastinya rakyat yang tidak bertanggungjawab akan melakukan apasahaja  untuk menghina , mengkeji serta melakukan hasutan  dengan bebas tanpa rasa takut dan berasalah.

Sebagai rakyat Malaysia kita tidak perlu banyak memikirkan dengan gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya akta berkenaan dihapuskan kerana bercanggah dengan hak asasi manusia. Tetapi DAP lebih kepada gesaan tersebut adalah untuk menghancurkan perlembagaan yang melindungi hak orang melayu yang termaktub.Ini adalah tujuan DAP yang sebenarnya dan bukan  isu kepada hak kebebsan tersebut.  Agenda tersirat yang telah lama terpendam  sejak 1969  masih tidak dapat dilaksanakan dengan kekangan  yang terdapat dalam Akta Hasutan 1948.

Tiada cara lain bagi  DAP akan terus melakukan desakan untuk menghapuskan kekangan tersebut demi  memastikan Malaysia akan kehilangan segalanya yang memihak kepada orang Melayu. Kegembiraan DAP satu ketika dahulu bila mana  ISA dimasuhkan dan ianya telah memberikan kesan jangka panjang dalam keselamatan Negara.

Kesilapan ini tidak harus dilakukan lagi oleh kerajaan dengan memansuhkan Akta  Hasutan yang mana  akan menimbulkan kerosakan kepada keharmonian kaum dalam Negara ini. Perkara ini pasti akan berlaku. Kekuatan pasukan keselamatan akan  tergantung dan tidak ada apa pun cara akan dapat digunakan untuk membenteras  tindakan pelampau.

Undang-undang negara bertujuan melindungi rakyat dari perpecahan kaum. ISA ini digubal untuk orang yang didakwa kerana mengkhianati negara, tanpa ISA polis tidak boleh bertindak.

Sekarang ISA dibuang (sebab itulah sekarang ini orang ‘berani’ cakap macam-macam), jika Akta Hasutan dihapuskan, ia menjejaskan keharmonian serta mewujudkan kebimbangan rakyat terhadap keselamatan negara.

Ini lah akibatnya apabila melayu berpecah dan tidak bersatu  maka pelbagai tuntutan yang keterlaluan akan timbul. Mereka menganggap Melayu lemah jika setiap tuntutan mereka dipenuhi dan ini  akan menimbulkan tuntutan melampau yang  berterusan.

DAP sebagaimana kita ketahui  terlalu sensitif dan mengambil kira pandangan orang bukan Melayu apabila ingin lakukan sesuatu tetapi sebaliknya adakah orang bukan Melayu lakukan perkara yang sama dan mengambil kira pandangan orang Melayu?

Orang bukan Melayu menyertai gerakan menuntut kemerdekaan apabila mereka melihat ia akan menjadi kenyataan untuk menjaga kepentingan mereka. Pada masa itu pun tujuan mereka sudah berlainan

Akta Hasutan bukanlah untuk menjaga kepentingan kaum Melayu tetapi melibatkan semua kaum. .Apa yang akan terjadi kepada kaum bukan Melayu sekiranya Akta Hasutan dihapuskan dan semua orang Melayu bangkit bertindak mempersoalkan kewarganegaraan kaum lain.

Image | This entry was posted in  Kerajaan Jangan Lakukan Kesilapan Kali kedua Isu  Desakan Mansuh Akta Hasutan Oleh DAP and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s