Mohd Azharuddin Mat Sah -SPAD Menyambut Baik Sistem Maklumat Bersepadu  Bersama JPJ dan PDRM


Oleh rmf

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata pihaknya menyambut baik cadangan mengenai penyelarasan sistem saman yang membabitkan agensinya bersama JPJ dan polis itu.

Usaha bersepadu ini sangat baik dan sudah tentu kami menyokong, dan kami juga sebenarnya juga merangka penyelesaian seperti sistem bersepadu yang membabitkan tiga agensi penguat kuasa ini bagi mengelakkan pertindihan penguatkuasaan, katanya lagi.

Menurutnya, ketika ini tanpa sistem bersepadu, SPAD senada dengan JPJ iaitu sukar mengambil tindakan terhadap pemandu dan pengendali bas ekspres yang melakukan kesalahan trafik berikutan tidak mempunyai maklumat mengenai saman yang dikeluarkan oleh agensi penguat kuasa lain.

Justeru, SPAD akan mengeluarkan lesen kepada pengusaha bas ekspres berdasarkan rekod dan pemeriksaan kami sendiri yang didapati pemandu dan kenderaan itu tidak memiliki kesalahan jalan raya, katanya lagi.

Ketika ini JPJ, SPAD dan PDRM mempunyai sistem berasingan dalam menjalankan operasi penguatkuasaan jalan dan ketiga-tiga agensi ini tidak mempunyai jalinan yang membolehkan untuk akses sistem saman antara satu sama lain dan perkara ini menimbulkan masalah untuk bertindak.

Pendekatan untuk menambahbaik system maklumat diantara agensi yang berkaitan adalah berikutan kekerapan berlakunya kemalangan membabitkan bas, Jika tindakan penambahbaikan tidak dilakukan segera dikhuatiri akan menjejaskan usaha kerajaan untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam terutamanya bagi perjalanan yang jauh dan ketika musim perayaan.

Kemalangan yang kerap berlaku boleh mengikis keyakinan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan utama mereka. Pengguna haris ditakini dengan mutu kepakaran pengendali serta bersih dari gejala yang kurang sihat dimana kan membahayakan naywa penumpang.

Pengguna dewasa ini memilih dan memerlukan perkhidmatan pengangkutan awam yang diyakini selamat dan kerajaan serta agensi penguat kuasa perlu lebih tegas dalam melaksanakan tugas mereka kerana ia melibatkan keselamatan nyawa ramai penumpang.

Bukan itu sahaja , SPAD juga bertanggungjawab untuk mengekalkan standard bagi bas, akan dikuatkuasakan secara meluas terutamanya distesen stesen yang kini bertaraf antarabangsa, superstruktur dan tali pinggang keledar untuk penumpang di Malaysia.

SPAD dalam memastikan kadar kemalangan bas ekspres akibat kecuaian dan tahap keselamatan yang rendah seperti masalah teknikal bas akan terus melakukan pemantauan dan penguatkuasaan untuk mencapai tahap perkhidmatan pengangkutan awam berada ditahap tertinggi.

 

Image | This entry was posted in Mohd Azharuddin Mat Sah -SPAD Menyambut Baik Sistem Maklumat Bersepadu  Bersama JPJ dan PDRM and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s