Dana Sokongan Sementara (ISBSF) Disalurkan Lagi Oleh Kerajaan  Untuk Pengusaha Bas Yang Kerugian


Oleh rmf

gambar: AgendaDaily

Dalam usaha menuju negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan berjalan lancar. Sistem pengangkutan yang cuba dibangunkan ini meliputi laluan darat seperti jalan raya dan jalan kereta api, laluan udara dan laut.

Fokus utama pembangunan sistem pengangkutan ini bagi memudahkan orang ramai berhubung dengan masyarakat tempatan dan masyarakat di dunia luar. Bas digunakan sebagai alat mudah untuk pergi ke sesuatu destinasi.

Pada thun 2011 , Datuk Seri Najib Tun Razak telah  mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan dana berjumlah RM400 juta bagi membantu syarikat bas henti-henti yang sedang menghadapi masalah kewangan di dalam meneruskan operasi mereka.

Perdana Menteri berkata dana yang diluluskan itu akan diurus oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang merancang untuk mengagihkan sejumlah RM100 juta pada suku pertama 2012.

“Untuk fasa pertama, dana bantuan itu akan digunakan untuk membantu syarikat-syarikat yang bermasalah di Selangor diikuti dengan negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan dan Pahang.

“Dana ini juga merupakan langkah interim yang diharap dapat menyelamatkan perkhidmatan bas henti-henti, demi kepentingan rakyat yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Program transformasi pengangkutan awam merekodkan kemajuan memberangsangkan dengan mencatatkan kenaikan 21 peratus pada tahun 2014 berbanding 17 peratus pada 2010 bagi nisbah mod pengangkutan awam bandar.

Dis, 2011 , Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) telah  mengumumkan syarat kelayakan untuk mana-mana pengendali swasta yang ingin mendapatkan dana sokongan sementara bas henti-henti.

Syarat utama untuk mereka yang ingin memohon ialah berkemampuan dan berupaya memulakan operasi serta-merta dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan SPAD.

SPAD, dalam iklan yang disiarkan di akhbar tempatan, Mingguan Malaysia, hari ini turut memaklumkan bahawa setiap pemohon hendaklah mempunyai lesen Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat / Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (SPAD/LPKP).

Pada masa permohonan dibuat, pemohon mestilah menjadi pengendali yang sah bagi laluan yang telah diluluskan SPAD/LPKP

Apr, 2012, Sembilan syarikat bas berhenti-henti telah menerima dana sokongan sementara berjumlah hampir RM4.5 daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejak Mac lalu bagi menyelesaikan masalah kerugian yang ditanggung pengusaha bas berkenaan.

Syed Hamid berkata pada Disember tahun lalu, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan kelulusan dana berjumlah RM400 juta bagi membantu syarikat bas henti-henti yang sedang menghadapi masalah kewangan dalam meneruskan operasi mereka.

Dana bantuan ini akan disalurkan melalui akaun bank pengendali seperti mana yang tercatat dalam perjanjian. Bantuan dana akan diproses apabila “perjanjian” ditandatangani oleh kedua-dua pihak, antara SPAD dan pengendali. Dana tersebut akan dibayar kepada pengendali dalam tempoh 14 hari berikutnya.

Merujuk kepada terma perjanjian antara SPAD dan pengendali bas berhenti-henti, tempoh bantuan ditetapkan selama enam (6) bulan (tertakluk kepada pembaharuan perjanjian selama enam (6) bulan berikutnya).

Penentuan dana yang dipohon hendaklah berdasarkan hasil kutipan, bilangan perjalanan pergi dan balik, jarak yang diliputi dan bilangan hari beroperasi. Pengagihan dana kepada pengendali akan disemak dari semasa ke semasa.

Pengendali boleh memaklumkan secara betulis kepada SPAD sekiranya dana yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk menampung kos operasi. SPAD akan memutuskan sama ada untuk meluluskan peruntukan tambahan atau sebaliknya adalah berdasarkan tuntutan dan dokumen sokongan yang dikemukakan oleh pengendali.

Pengendali boleh menamatkan perkhidmatan di laluan secara bertulis dan SPAD berhak untuk melantik pengendali lain yang berminat untuk menyediakan perkhidmatan di laluan tersebut. Dana ini disediakan untuk memastikan perkhidmatan bas berhenti-henti akan disediakan dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kebolehcapaian perkhidmatan yang disediakan.

Ogos 2016, SPAD telah mengumumkan sejumlah dana sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF) yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk membantu 65 pengendali bas bagi meneruskan perkhidmatan mereka yang tidak menguntungkan di kawasan desa dan luar Bandar.

Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF) sebanyak RM 142.7juta ini merupakan bantuan  yang disalurkan  kepada pengendali bas yang mengalami kerugian ketika beroperasi di laluan yang tidak menguntungkan  syarikat bas berkenaan.

Kerajaan dalam menjalankan transformasi pengangkutan awan terus berusaha  dan melihat titik titik kelemahan dan terus memperbaikinya agar system pengangkutan dalam Negara ini beroperasi dalam apa keadaan sekali pun.

Setiap tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan SPAD adalah memastikan system pengakutan  dapat dinikmati oleh semua golongan mahu pun di luar bandar. Justeru itu transformasi pengangkutan awam  yang dilancarkan oleh Perdana Menteri  menjurus kepada penambahbaiakn sitem sedia ada kepada yang lebih terbaik termasuk bantuan  dana sokongan.

Jika kita menilai dari sudut perniagaan, sesuatu syarikat pengangkutan yang menjalankan operasi di kawasan yang tidak menguntungkan sudah pastinya akan menutup operasi mereka dari membiarkan syarikat mengalami  kerugian.

Kerajaan dibawah kepimpinan DS Najib   dan SPAD peka tentang permasalahan yang dihadapi oleh pengusaha syarikat pengangkutan berkenaan, maka lahirnya insentif Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF) untuk membantu pengusaha tersebut.

Menurut Pengerusi SPAD, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar “Bas masih merupakan mod pengangkutan awam yang penting bagi bandar-bandar kecil dan kawasan yang tidak dihubungkan oleh pengangkutan rel.

Menyedari keperluan untuk mengekalkan laluan-laluan sosial yang penting ini, kerajaan terus bertekad untuk meningkatkan perkhidmatan bas henti-henti melalui pelbagai inisiatif yang lebih mampan. Dengan penerusan Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF) ini oleh kerajaan bagi tahun 2016, jumlah keseluruhan yang telah diperuntukan daripada 2012 sehingga kini adalah RM 661.7 juta.”

Sehingga kini, Syarikat  pengendali dari Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu telah pun menerima bantuan kewangan berjumlah RM 11.62 juta. SPAD memaklumkan bahawa mereka akan terus menilai setiap permohonan yang diterima dan mengagihkan kepada syarikat bas yang layak.

Manakala dalam satu kenyataan media siang tadi, Tan Sri Syed mengingatkan semua pengendali bas yang beroperasi dilaluan tidak popular supaya tidak memberi alasan tiada aliran tunai kerana bantuan telah disalurkan kepada pengendali dilaluan kritikal ini. Pemberian ISBSF ini adalah untuk menanggung kos operasi bas dilaluan ini dan bukanlah bersifat untuk menyelamat sesebuah pengendali bas.

Dalam perkembangan berasingan, CEO SPAD, Azharuddin Mat Sah mengumumkan perkembangan operasi Greater Kuala Lumpur / Lembah Klang yang mana operasi tersebut sedang menjalanan penyusunan semula sejak Disember 2015 yang disasarkan untuk mempertingkatkan perkhidmatan bas yang pada sebelum ini tidak konsisten disebabkan kekerapan yang tidak menentu terutamanya di kawasan yang mempunyai permintaan yang rendah.

“Baru-baru ini kerajaan telah meluluskan bajet untuk meneruskan perkhidmatan bas percuma GoKL sehingga tahun 2021. Kami menganggarkan bajet tahunan sebanyak RM 13 juta diperlukan bagi meneruskan perkhidmatan GoKL” jelas  Azharuddin.

 

Image | This entry was posted in Dana Sokongan Sementara (ISBSF) Disalurkan Lagi Oleh Kerajaan  Untuk Pengusaha Bas Yang Kerugian and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s