DAP “Gula-Gulakan” Umat Islam


Oleh rmf

Satu ketika dahulu, Umat Islam di seluruh Malaysia gempar dengan pengumuman DAP mahu berhasrat membina sebuah masjid di sebuah kampung di Gua Musang, Kelantan yang rosak akibat bencana banjir akhir tahun lalu.

Berita yang diumumkan oleh  pemimpin parti Chauvanis  DAP tersebut adalah tidak lain hanya bersifat mempunyai agenda yang tersembunyi dan tersirat. Tidak ada dalam sejarah perntadbiran DAP dalam usaha menghormati agama Islam sebagai  agama persekutuan.

Seagala apa yang diperkatakan tentang pembinaan masjid tersebut hanya gula gula untuk menarik sokongan orang Melayu Islam dam memberikan sokongan kepada parti DAP yang sudah amat terkenal dengan kezaliman  dan penindasan serta bersifat perkauman.

Sebelum ini juga Teresa Kok telah mempertikaikan  ibadah zakat yang menjadi tanggungjawab  terhadap umat Islam dimana  Teresa mempertikaikan isu agihan wang zakat  yang seharusnya diagihkan sama rata kepada bukan Islam.

Nga Kor Ming juga telah mempertikai serta memperlekehkan amalan sedekah dihari kebesaran umat Islam iaitu hari raya aidil fitri sebagai amalan rasuah yang seharusnya dibendung.  Begitu juga dengan beberapa badang NGO yang disokong oleh DAP terus mempertikaikan  segalanya yang berkaitan dengan Islam.

Umum mengetahui, bagaimana parti pengasas DAP iaitu PAP di Singapura turut menggunakan taktik sama untuk menarik sokongan masyarakat Islam tetapi akhirnya meminggirkan komuniti minoriti republik itu sehingga kini.

Bayangkanlah Perdana Menteri Singapura pertama, Lee Kuan Yew sanggup memakai songkok ketika masuk kawasan Melayu malah beliau fasih berbahasa Melayu selain tahu membaca akhbar jawi popular, Utusan Melayu.

Pengalaman pernah menjadi peguam syarikat akhbar terulung Melayu itu membolehkan Kuan Yew amat faham psikologi kaum tersebut, namun akhirnya beliau sendiri yang mengharamkan azan di Singapura awal 1970-an.

Bukan itu sahaja, masyarakat Melayu terpaksa membina atau baik pulih lebih 70 buah masjid di republik atas usaha sendiri menerusi dana khas Yayasan Mendaki kerana tiada peruntukan daripada pemerintah Singapura.

Bayangkan lah jika DAP yang mana kita kenali sebagai anak kepada PAP yang akan memerintah Negara, sudah pastinya segala bentuk tokong akan diperbesarkan dan diperbanyakkan dan  anutan kaum lain sudah pasti akan dipinggirkan tanpa ada sedikit pun bantuan yang diberikan sebagaimana berlakunya di Singapura.

Malangnya, perkara itu masih tidak diambil pengajaran, apabila beberapa wakil rakyat DAP khasnya di Selangor dilaporkan mempromosikan program sumbangan derma kepada masjid dan surau tertentu di kawasan mereka.

Rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu Islam seharusnya lebih melihat kepada aturan politik yang menjadi amalan DAP dan bukan terpengaruh dengan janji manis yang tidak pernah mahu di tunaikan. Sejak memenangi dua pilihanraya umum di beberapa buah negeri , DAP terus melupakan apa yang telah dijanjikan.

Malah DAP lebih sibuk mencari isu untuk memghina umat Islam  dan tidak mengindahkan langsung hal hal yang berkaitan dengan kebajikan dan keperluan rakyat.

Pemimpin DAP sedaya upaya  menggula-gulakan umat Islam di negara ini menerusi pemberian wang ringgit kepada pihak masjid atau surau. Semuayang dilakukan ini adalah hanya bersifat sementara dan tidak pernah kekal sebagai satu tanggung jawab kepada rakyat.

Tindakan DAP menabur duit untuk mengatakan mereka bukan anti-Islam sebenarnya adalah penghinaan terhadap umat Islam. Pada hakikatnya DAP terus melakukan penghinaan secara terangan tanpa rasa  bersalah dan perkara ini akan terus berlanjutan sehingga pihak kerajaan berani mengambil tindakan yang tegas.

Image | This entry was posted in DAP “Gula-Gulakan”  Umat Islam, DAP “Gula-Gulakan”  Umat Islam Dengan Sumbangan ke Masjid Untuk Sokongan and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s