Tiong Lai- Malaysia,China Dan Australia Bersetuju Operasi Mencari  MH370 Dihentikan Sementara


Oleh rmf

Setelah dua tahun berlalu, misi pencarian tanpa henti dialkukan  tanpa mngenal penat lelah , misi kemanusiaan dan gandingan kerjasama diantara beberapa buah Negara terus didpertingkatkan dengan harapan akan menemui  pesawat MH370 yang hilang.

Kehilangan MH370 telah menjadi misteri apabila kesannya langsung tidak dapat dijejaki, pelbagai usaha dan kelengkapan teknologi terkini digunakan untuk mengesan kedudukan pesawat malang tersebut  diserata koodinat dan lokasi yang dipetakan sebagai  lokasi pencarian sasaran.

Lautan yang seluas Lautan Hindi digeledah mengikut pemetaaan , namun sehingga kini 120 ribu kilometer telah hamper habis digeledah, tiada apa yang dapat ditemui,  Sehingga kini  daripada 120 ribu kilometer pencarian dilakukan, hanya  10 ribu kilometer sahaja yang tinggal untuk dilengkapkan pencarian.

Malaysia, China dan Australia dalam  Mesyuarat Tiga Peringkat Menteri  telah memutuskan  misi pencarian  MH370 akan diberhentikan dan  ketiga buah Negara  telah bersetuju dengan keputusan yang telah diambil oleh ketiga buah Negara yang terlibat.

Menteri Pengangkutan, Datuk Sei Liow Tiong Lai dalam kenyataannya semasa  menghadiri mesyuarat berkenaan  mengesahkan pemberhentian operasi pencarian  yang telah dilakukan tanpa henti selama dua tahun.

Misi pencarian ketika ini masih lagi dijalankan dan  segala usaha mencarai akan dihentikan setelah  zon pencarian sejauh 120 ribu kilometer telah kengkap dilaksanakan  dengan sepenuhnya. Sehingga kini zon pencarian hanya tinggal sebanyak 10 ribu kilometer sahaja. Kita amat  berharap sesuatu keajaiban akan berlaku pada lingkungan 10 ribu kilometer yang masih berbaki.

Harapan untuk menemui pesawat  malang MH370  dalam lingkungan berbaki 10 ribu kilometer tersebut adalag amat tipis , tetapi kita masih boleh meletakkan harapan dan keajaiban berlaku dalam usaha pencarian yang dijalankan.

Menghentikan operasi bukan bermaksud, segala operasi mencari diberhentikan kekal, namun ianya  boleh dilaksanakan semula apabila terdapatnya  bukti bukti baru yang ditemui . Jika keadaan ini berlaku maka  usaha pencarian akan dijalankan semula dengan  focus penetaan  lokasi pencarian yang baru dilakukan.

“Para menteri bersetuju bahawa sekiranya pesawat berkenaan tidak dijumpai di kawasan pencarian sekarang, dan sekiranya tidak terdapart bukti baharu yang berwibawa bagi mengenal pasti lokasi khusus terletaknya pesawat itu, pencarian tidak akan dihentikam, tetapi digantung dahulu setelah usaha mencari selesai dilakukan di kawasan seluas 120,000 km persegi” katanya

Setakat ini operasi telah meliputi Laut China Selatan, Selat Melaka sehingga Lautan Hindi telah dilaksanakan dengan gabungan  kerjasama negara sahabat  tanpa henti .

Penerbangan MH 370 hilang dari radar pada 8 Mac 2014 lalu yang membawa seramaj 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Pengistiharan pengantungan operasi mencari ini hanya bersifat sementara dan ianya akan dilaksanakan semula apabila terdaptnya bukti baru yang ditemui.  Justeru itu, komitmen yang telah ditunjukkan oleh ketiga buah Negara  dalam menjalankan tanggungjaw2ab kebersamaan dalam usaha mencari pesawat malang MH370 ini amat dihargai dan disanjungi.

MH370 sentiasa dihatri rakyat Malaysia dan harapan tetap didambakan  agar sisa sisa pesawat dapat ditemui dan kembali semula dalam apa juga keadaannya ke Negara ini.

 

Image | This entry was posted in China Dan Australia Bersetuju Operasi Mencari  MH370 Dihentikan Sementara and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s