Rakyat muak dengan isu perkauman, Media dan Video Pula Digunakan Untuk Penyebaran Perkauman


Oleh rmf

Rakyat Malaysia sudah cukup muak dengan isu-isu perkauman yang ditimbulkan oleh puak-puak rasis dalam percaturan politik negara. Janganlah sampai industri seni pun dicemarkan dengan sentimen perkauman.

Rakyat semakin meluat dengan tingkah laku DAP yang menggunakan media social sebagai satu medium untuk mempromosikan perkauman yang telah menjadi amalam mereka untuk memecahbelahkan perpaduan kaum dalam Negara ini.

Bermula dengan lagu lagu yang bersifat mencela dan menghina penjawat awam yang pada kebanyakannya berketurunan Melayu oleh Namewee, tiada sepatah pun tentangan perkauman yang dilakukan oleh pemimpin DAP dalam  usaha mengah perbuatan tersebut.

Perkauman juga telah menjadi sebaran media apabila Teressa Kok sendiri membuat klip video yang menghina orang Melayu begitu juga dengan klip video Alvin yang mana menunjukkan sikap sebenar DAP.

DAP tidak pernah melakukan tegahan berhubung  dengan penerbitan video video berkenaan malah turut mempromosikan dan membela sikap perkauman yang  telah dipaparkan oleh beberapa individu  yang kini sedang diburu oleh pihak berkuasa.

Bukan itu sahaja, Lagu NegaraKu juga telah dipermainkan oleh mereka ini. Pernah atau tidak DAP bertindak mengekang budaya perkauman serta tidak menghormati  Lagu Kebangsaan Negara atau sememangnya DAP tidak pernah mahu mengiktiraf lagu Kebangsaan tersebut.

Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook seharusnya peka dengan kejadian ini dan bertindak meyekat dan mengambil tindakan perundangan dalam usia Namewee dan Alvin yang  telah menerbitkan klip video yang rata rata diantaranya bersifat perkauman.

Tetapi kita tidak pernah ada satu kenyataan pun yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP dan mengambil tindakan undang undang dalam usaha membenteras sikap perkauman . Ini adalah kerana DAP sendiri adalah pengamal perkauman yang tegar  keatas kaum yang lain.

Tidak payah lah Antony Loke bersusah payah  membicarakan isu pengasingan Anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) mengikut kategori bahasa yang  dikatakan akan menimbulkan perdebatan hangat pelbagai pihak.

Jika bahasa  yang menjadi persoalan seharusnya DAP menghantar beberapa orang  Ahli Parlimen mereka untuk belajar Bahasa Kebangsaan agar fasih dan lancer apabila mengemukakan usul di Parlimen. Seharusnya DAP sedar bahawa Bahasa Kebangsaan  adalah bahasa rasmi Negara .

Rata rata banyak diantara Ahli Parlimen , ADUN DAP yang tideah lancer berbahasa Kebangsaan,  Apakah DAP merasakan bahawa bercakap dengan lancer berbahasa kebangsaan juga dilihat sebagai perkauman? Jika demikian bagaimana pula dengan bahasa Mandarin yang mana pernah satu ketika dahulu  disarankan menjadi bahasa pengantar kedua dalam Negara ini  dan menjadi bahasa  utama untuk mendapatkan peluang  pekerjaan disektor awam.

Antony Loke harus sedar bahawa terlalu banyak isu perkauman yang telah berlaku dan ianya dilakukan oleh kepimpinan DAP sendiri seperti Nga Kor Ming yang mempertikai8kan amalan sedekah dalam agama Islam. Adakah ini bukan  perkauman?

Bagaimana nanti jika ada bangsa lain membuat pertikaian  yang mana  menghalang pukulan gendang kematiana, membakar mercun di musim parayaan tahun baru, sudah pastinya ianya akan menimbulkan rasa kurang senang hati dikalangan masyarakay cina.

Justeru itu, Antony7 Loke seharusnya mencerminkan diri dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang hanya mahu menyalahkan pihak lain malah  sekali gus akan menyembunyikan kesalahan yang dilakukan kepada rakyat.

Anthony Loke sepatutnya melakukan teguran  terhadap Namewee dan Alvin serta Teressa dan Nga Kor Ming  dengan sewajarnya kerana ia merupakan satu pendekatan yang sangat berkesan untuk menyemai mesej positif dan menanam semangat kekitaan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dalam Negara.

Sudah pasti setiap rakyat Malaysia akan bersetuju dengan pendekatan yang dibawa oleh Antony Loke jika  mampu melakukan teguran dan tekanan terhadap  penerbitan vide4o yang bersifat perkauman  oleh pemimpin DAP dan beberapa individu tersebut demi menjaga semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dan meraikan kepelbagaian kebudayaan dalam masyarakat Malaysia.

Tetapi adakah DAP mampu melakukannya? Jawapannya sudah pasti tidak, kerana kita tahu bahawa DAP melihat sesuatu yang memberikan impak keatas parti mereka , sebagaimana biasa mereka akan mendiamkan diri.

Image | This entry was posted in Media dan Video Pula Digunakan Untuk Penyebaran Perkauman and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s