Campur Tangan Asing – Menjemput Tikus Membaiki Labu


Oleh rmf

Meminta bantuan negara-negara barat  dalam bentuk apapun merupakan bunuh diri politik dan membunuh bangsa yang merdeka.

Tindakan menggunakan kuasa besar untuk kesinambungan politik bukan  cara yang terbaik untuk mendaulatkan Negara dan bangsa didalamnya.

Tindakan ini seakan mahu membunuh rakyat sendiri  dengan cara yang terancang.tindakan yang sedemikian yang bakal menghancurkan umat Islam sendiri. Pengalaman panjang umat Islam menunjukkan hal itu.

Negara Amerika dan sekutunya adalah negara-negara yang rakus karana ideologi kapitalisme yang mereka amalkan adalah berpaksikan penjajahan Mereka menghalalkan segala cara untuk kepentingan penjajahan mereka.

Bagi mereka yang terpenting adalah menjaga kepentingan penjajahannya dan merompak kekayaan yang ada dinegara sasaran mereka.

Mereka melakukan untuk menjaga  kepentingan ekonomi mereka, baik dilakukan dengan adu domba, penyiksaan, bahkan pembunuhan masal sekalipun.

Hal ini telah pun berlaku dimana Negara Negara Teluk yang mana telah melakukan kesilapan menjemput dan mempercayai media  barat dalam usaha membenarkan barat menjadi  penyelamat  untuk mereka.

Penyelamat yang mereka anggap sebagai  Negara yang melindungi akhirnya menjadi malapetaka bagi mereka.

Sejak dahulu lagi Negara Negara imperialis ini memiliki sejarah dan catatan hitam berlumur darah kaum Muslim sejak masa perang Salib, Napoleon hingga Obama sekarang ini.

Penindasan serta pembunuhan dilakukan hanya kerana  untuk merebut kepentingan han hasil bumi yang banyak di Negara- Negara Islam.

Pada tahun 2001, Kehadiran sejumlah diplomat asing dalam taklimat tertutup Parti Keadilan Rakya (Keadilan) di Petaling Jaya, Selangor, telah  menimbulkan pelbagai pertanyaan mengenai sejauh manakah campur tangan asing dalam politik negara ini.

Bagi PKR mereka menganggap tindakan mereka tidak salah, manakala, pemimpin kerajaan pula bimbang sekiranya campur tangan asing itu akhirnya membawa padah sehingga mengancam kestabilan politik, ekonomi dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Usaha Pakatan Pembangkang  untuk membawa pemantau asing bagi memastikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) dari Australia  satu ketika dahulua adalah satu usaha awal agar campur tangan asing  mencampuri urusan politik dalam Negara ini.

PKR yang diketuai oleh Anwar Ibrahim pada masa itu dengan  surat peribadi kepada seorang individu di Australia menunjukkan bahawa  PKR langsung tidak memikirkan hal berkaitan impak yang bakal diterima oleh rakyat jika campurtangan seterusnya berlaku.

Beberapa NGO yang berpaksikan pembangkang termasuk beberapa media  telah pun menerima dana dari beberapa badan yahudi untuk memastikan percfaturan politik  dilakukan dengan meyebarkan keburukan Negara yang sengaja dibuat .

Perspsi keatas Negara dilakukan adalah bertujuan untuk mempengaruhi rakyat agar terus melebelkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang  amat memerlukan bantuan barat dalam  usaha dikatakan untuk menyelamatkan Negara ini.

Ia jelas menampakkan cubaan campur tangan asing dalam mencorakkan hala tuju negara dengan membantu NGO pro-pembangkang dalam kemudahan dana untuk tujuan tersebut. Pelbagai ancaman  dilakukan melalui isu yang tidak benar dibangkitkan .

Disaat Negara berhadapan dengan ancaman luar, pihak pembangkang dalam Negara ini terus  menggunakan  Negara luar dan memohon bantuan serta melakukan fitnah keatas kepimpinan Negara  dengan cara yang terancang.

Daesh mengancam negara kita, rakyat Malaysia berfikiran waras sudah mula menyedari bahawa tindakan pembangkang menjemput campurtangan asing  adalah satu tindakan untuk mengadaikan Negara dan membenarkan penjajahan dilakukan atas nama demokrasi.

Justeru itu, kerajaan seharusnya melakukan satu tindakan yang amat tegas  kepada mana mana warganegara yang bersekongkol dengan Negara luar dalam usaha membawa masuk Negara asing mencampuri urusan politik dalam Negara.

Perpaduan kaum perlu kekal menjadi kunci kepada masa depan negara. Kita mungkin ada sebuah negara, tetapi kita masih belum ada negara bangsa kerana terlalu banyak daripada kita begitu mudah dipengaruhi.

Kepelbagaian  etnik memisahkan kita. Ia bukan di luar fitrah dan kita patut memilih meneruskan kehidupan dalam dunia kita sendiri. Maka inilah masa yang terbaik bagi rakyat Malaysia yang patriotik dan cintakan negara ini.

Negara Malaysia adalah negara merdeka dan berdaulat, maka sebarang campur tangan asing perlu ditentang habis-habisan

Image | This entry was posted in Campur Tangan Asing - Menjemput Tikus Membaiki Labu and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s