Undang2 Hukuman Mati, Buang Kerakyatan Berkaitan Isu Kedaulatan Negara MESTI Dilaksanakan.


Oleh rmf

Bilakah mereka ini Bakal dihukum? Bukahkah ini perbuatan menarik ketaatan pada Raja Dan Persekutuan?

Hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup arau buang warganegara  merupakan satu jalan penyelesaian bagi masalah jenayah di negara kita. Ramai yang akan  bersetuju dengan ketegasanundang-undang dalam menjaga keamanan Negara

Undang-undang sedemikian masih lagi diguna pakai di banyak negara maju yang menghormati hak hak keatas  manusia yang lain. Pada kebiasaannya penentangan undang undang ini adalah dikalangan mereka yang mempunyai agenda tersembunyi.

Malaysia sebuah negara yang moden masih berpegang kepada undang-undang ini. Undang-undang yang seharusnya dikekalkan kerana terdapat rakyatnya yang hidup dalam berbilang kaum dan fahaman.

Sudah tiba masa kepada rakyat Malaysia untuk mendesak kerajaan supaya menjalankan  hukuman yang tegas demi menjaga kedaulatan Negara. Kegagalan berbuat demikian akan banyak menjuruskan kepada hasutan antara kaum, Agama dan  pencabulan  Perlembagaan Negara dan juga keselamatan Negara.

Di Malaysia, pada umumya mahkamah menjatuhkan hukuman mati bagi kesalahan-kesalahan berkaitan dengan membunuh dengan niat, pengedaran dadah melebehi jumlah tertentu, pemilikan senjata api dan penculikan serta bersekongkol dengan kumplan tertentu dalam mengancam kedaulatan Negara.

Seseorang tertuduh akan melalui beberapa peringkat perbicaraan terlebih dahulu sebelum hukuman mati dikenakan. Sehingga kini hukuman sedemikan amat jarang dilaksanakan sehingga bukti bukti kukuh dapat dikemukakan.

Isu Lahat Datu, kita telah melihat beberapa persengkokolan  beberapa orang ahli politik dalam menegakkan agenda mereka. Perbuatan mereka dapat kita lihat melalui  sokongan ceramah serta perkataan perkataan yang menjurus kepada penderhakaan terhadap YDP Agong dan juga Persekutuan.

Seseorang yang dihukum gantung sampai mati oleh mahkamah, dari aspek perundangan yang dilalui oleh mereka memakan masa yang panjang. Didapati purata seseorang itu menjalani hukuman mati dari tarikh mula jatuhkan hukuman adalah berbeza-beza dan mengambil masa bertahun-tahun iaitu di antara 2 hingga 8 tahun.

Hukuman mati di Malaysia dijalankan sebagaimana diperuntukan dalam Seksyen 281 Kanun Tatacara Jenayah. Walau bagaimanapun undang-undang tidak mengenakan hukuman mati terhadap wanita hamil, kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dan orang berpenyakit mental atau tidak siuman.

Berikut adalah senarai kesalahan jenayah yang membawa hukuman mati dan disamping beberapa seksyen yang membolehkan melucutkan kerakyatan :-

Melancarkan perang terhadap Yang Dipertuan Agong (Seksyen 121 Kanun Keseksaan)

Kesalahan terhadap Raja ( Seksyen 121A Kanun Keseksaan)

Bersubahat bagi Angkatan Bersenjata (Seksyen 132 Kanun Keseksaan)

Pembunuhan (Seksyen 302 Kanun Keseksaan)

Menyubahati membunuh diri (Seksyen 305 Kanun Keseksaan)

Menculik atau melarikan untuk membunuh (Seksyen 374A Kanun Keseksaan)

Tebusan (Seksyen 374A Kanun Keseksaan)

Geng rompakan dengan pembunuhan (Seksyen 396 Kanun Keseksaan)

Pengedaran dan penyeludupan dadah (Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952)

Pemilikan senjata api (Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960)

Sejak ISA dimansuhkan terdapat banyak kejadian jenayah dan hasutan serta ancaman yang menganggu gugat keselamatan Negara, namun kerajaan masih lagi tidak menggunakan  atau memasukkan kesalahan yang dilakukan mengikut peruntukan peruntukan yang telah termaktub dalam  perlembagaan Negara.

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma, Akta Pencegahan Keselamatan 2015 dan Akta Majis Keselamatan Nasional 2016. Akta ini telah mendapat tentangan hebat  oleh pihak pembangkang yang menerajui hak asasi manusi yang beranggpan ianya kejam  terhadap manusia.

Walaupun hanya hak asasu manusi  yang menjadi alasan mereka, mereka lupa bahawa keselamatan Negara adalah  mesti diutamakan jika hak asasi tersebut disalahgunakan untuk tujuan politik.

Kerajaan dalam beberapa kejadian yang telah berlaku seperti penghinaan terhadap agama Islam, bangsa lain serta melakukan kejadian yang menjurus kepada hasutan dan mengancam ketenteraman dan ketakutan rakyat masih lagi tidak menggunakan  hukuman walaupun termaktud dan boleh dilaksanakan.

Natijah tindakan ini, pengamal politik haluan kiri akan beranggapan bahawa  kerajaan amat takut untuk dikritik jika hukuman yang tegas dijalankan walaupun ianya melibatkan keselamatan , keamanan dan mencalarkan kehidupan yang harmoni rakyat dan ancaman kepada Negara

Amat berlainan dizaman sekarang, bendera negara nya sendiri sanggup dipijak pijak, dibakar, dan dibuat alas dan juga ada yang sanggup meletakkannya di tong sampah. Adakah ini  pincangnya  kesedaran atau pengetahuan kenegaraan yang dibentuk sekarang berbanding berkesannya kenegaraan yang dibentuk oleh generasi terdahulu.

Kegagalan tindakan perundangan yang berat ini telah menjadikan pengamal politik haluan kiri terus menjadikan isu yang melibatkan kedaulatan sebagai mainan politik tanpa rasa takut dan terus mengambarkan bahawa kerajaan hanya mampu bercakap tanpa tindakan.

Kesalahan mempermainkan hak hak kedaulatan negara ini seperti Lagu Kebangsaan, bendera ini  merupakan satu kesalahan yang amat berat  dan melibatakan kesetiaan nya pada negara  boleh diragui.

Sebagaimana yang telah berlaku didalam demontrasi BERSIH dimana tuntutan untuk menukar bendera Jalur Gemilang  telah dilakukan. Ini merupakan satu tindakan penderhakaan dan menarik ketaatan kepada YDP Agong serta Persekutuan yang menbawa hukuman buang warganegara.

Namun kegagalan pihak kerajaan melaksanakan hukuman yang tegas tersebut telah menarik keyakinan  rakyat terhadap pengamal undang undang dalam Negara ini untuk menjaga kedaulatan Negara dan menghukum mereka yang menderhaka serta menarik kesetiaan pada Negara.

Oleh yang demikian negara yang berdaulat  akan menjatuhkan hukuman yang setimpal berlandaskan perlembagaan sesebuah negara dan juga undang undang yang termaktup didalam negara .

Tanpa tindakan ini,secara tidak langsung ianya turut mengambarkan sebuah kerajaan yang lemah dan tidak mampu menangani ahli politik serta individu yang  bertindak kearah itu.

Sebagai contoh yang nyata, bagaimana Alvin  telah menghina anutan orang Islam yang boleh menjurus kepada ketidak stabilan keamanan dan merupakan ancaman kepada ketenteraman awam

Alvin masih lagi bermaharaja lela serta mencabar kerajaan dalam  mengambil tindakan keatasnya. Begitu juga dengan tindakan Namewee yang telah menghina lagi kevangsaan. Semuanya mereka ini bebas melakukan apa sahaja, malah kerajaan memberikan  tolakansur yang meyebabkan mereka tidak takut kepada perundangan Negara.

Alvin memuat naik gambar di Facebook menggunakan keratan kertas ayat suci al-Quran untuk membuang najis dan menyatakan membaca Al-Quran di dalam tandas adalah hobinya.

Berbagai pihak telah mengesa pihak kerajaan untuk mengambil tindakan segera terhadap Alvin, Namewee serta beberapa orang ahali politik  dengan hukuman yang berat dan mengikut apa yang termaktub dalam  perundangan Negara.

Namun rakyat yang cintakan keamanan serta cintakan kedaulatan Negara ini terus tidak dipedulikan . Apakah kerajaan mahu melihat satu tindakan dari rakyat dajulu dan baru satu tindakan  tegas dilakukan. Sebagai contoh terbaik yang wajib dilihat ialah bagaimana Indonesia yang cukup tegas dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan Negara mereka.

Hanya memakai pin baju Partai Komunis Indonesia (PKI) sesaorang itu akan diambil tindakan yang berat , Jiawa patriotic yang telah terbenam  padu dalam hati  serta sayangkan Negara melebihi segalanya. Tindakan tindakan ketenteraan atau pemusnahan kapal kapal nelayan yang mencerobohi perairan Negara mereka dimusnahkan.

Kerajaan harus sedar bahawa agenda jahat parti pembangkang haluan kiri bukan boleh diambil mudah, jangan kerana ketakutan  mengambil tindakan yang tegas akan menjadikan rakyat Negara ini sebagai mangsa kesilapan  yang dilakukan.

 

Image | This entry was posted in Buang Kerakyatan Berkaitan Kedaulatan Negara MESTI Dilaksanakan. and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s