Pengalaman Di Tipu Pemandu Teksi,  Jangan Salahkan Uber Dan Grabcar


Oleh rmf

Apabila disebut sahaja UBER dan Grabcar , maka mata pemandu teksi seakan menjadi naga  menahan kemarahan dan ianya seakan fobia keturunan yang tidak boleh dimaafkan lagi  apabila terkeluarnya ayat tersebut.

UBER dan Grabcar telah menjadi fenomena baru dalam Negara ini apabila pada kebanyakan pelanggan lebih memilih Uber dan Grabcar berbanding dengan perkhidmatan teksi yang ditawarkan. Kenapa ini berlaku?

Difahamkan perkhidmatan teksi dalam Negara ini  belum sampai ketahap KPI pekhidmatan yang sepatutnya  untuk diterjemahkan kepada pelangan. Namun hal ini acap kali disangkal oleh sebahagian besar oleh pemandu teksi.

Bukan semua  pemandu teksi yang mencalarkan perkhidmatan  teksi ini, tetapi sebilangan daripada mereka ini telah merosakkannya dengan memberikan perkhidmatan yang tidak memuaskan hati pelangan yang menggunakn perkhidmatan mereka.

Pengalaman yang ingin saya kongsikan disini adalah untuk memberikan penjelasan secara terang dan  jelas bagaimana seorang pemandu teksi limo atau teksi Executive telah menipu pelangan mereka sendiri dengan  menggunakan helah  kurang  mahir dalam perjalanan lokasi.

Saya sendiri telah menguji seorang pemandu teksi Executive kepunyaan Mohd Nizam yang sentiasa menunggu pelangan  di Sunway Putra Hotel di Kuala Lumpur.

Kejadian ini berlaku apa bila saya menggunakan perkhidmatan beliau untuk  menghala ke destinasi iaitu  Ikan Bakar Jalan Bellamy, di belakang Istana Negara yang lama.  Petugas di Sunway Putra telah memanggil sebuah teksi  yang sentiada ada di Sunway Putra dan memberitahu lokasi yang  ingin saya tujui.

Semasa menaiki teksi tersebut, perkara yang pertama sekali saya lakukan ialah dengan melihat meter  dan juga kad nama pemandu yang berada betul betul dihadapan  saya.  Perjalanan dimulakan dengan  bergitu baik sekali  dan  sikap pemandu dgn mesra melayan kami.

Dalam beberapa minit perjalanan , taktik pertama yang dilakukan ialah memberitahu kami bahawa  beliau tidak tahu dimanakah lokasi yang ingin kami tujui.  Justeru itu beliau telah membuka aplikasi waze  untuk memudahkan cara perjalanan.

Saya melihat bagaimana  beliau telah membuat setting perjalanan jauh  ke lokasi sebenarnya, saya hanya mendiamkan diri dan melihat bagaimana taktik yang digunakan untuk menipu orang lain juga. Saya melihat beliau cuba menukar haluan yang berbeza dengan alasan waze tidak berfungsi.

Perjalanan yang hanya memakan masa 12 minit dari Hotel Sunway Putra  ke lokasi yang ingin kami tujui telah memakan masa lebih dari  30 minit . Kami telah dibawa  ke Cheras  dan  berpusing  kearah lebuhraya persekutuan sehingga bayaran mencecah RM58 ringgit barulah  dengan serta merta beliau agak laju dan tidak kekok untuk menuju kedestinasi tersebut.

Adalah amat tidak  masuk akal seorang pemandu teksi yang telah lama  menjalankan perkhidmatan teksi  tidak tahu  menuju destinasi sekitar Kuala Lumpur. Seharusnya pemandu yang sedemikian  tidak dibenarkan beroperasi dalam perkhidmatan teksi, kerana mereka ini lah yang telah menjadikan perkhidmatan teksi dalam Negara ini tercalar.

Satu laporan telah dibuat kepada pihak pengurusan Hotel berkaitan dengan penipuan yang telah dilakukan oleh  perkhidmatan teksi yang disediakan oleh  pihak Sunway Putra Hotel. Dan difahamkan satu tindakan  tidak membenarkan pemandu tersebut menjalankan perkhidmatan mengambil penumpang.

Justeru itu, kepada semua pemandu teksi dalam Negara ini. Ini adalah diantara kenapa dan mengapa  pelanggan lebih  suka menggunakan perkhidmatan Uber dan Grabcar dari menggunakan perkhidmatan teksi tempatan.

Penipuan sebegini oleh pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab telah mencemarkan perkhidmatan yang diberikan. Jangan salahkan Uber atau Grabcar jika  ridak dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelangan.

Tidak ada gunanya persatuan pemandu teksi melakukan demontrasi  atau apa juga tuntutan kepada SPAD atau kerajaan jika  mutu keperibadian dan perkhidmatan tidak dapat ditingkatkan.

Image | This entry was posted in Pengalaman Di Tipu Pemandu Teksi:  Jangan Salahkan Uber Dan Grabcar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s