Parti Baru, Tiada Apa Yang Boleh Diharapkan Dari Pakatan Pembangkang


Oleh rmf

Permainan politik DAP untuk menghancurkan penyatuan orang Melayu amat licik dan jika kita alpa dengan sentimen kepartian dan adu domba musuh maka masa depan anak cucu kita pasti tergadai di bumi sendiri.

Tindakan pemimpin DAP menimbulkan kembali isu yang berkaitan dengan Agama Islam berkaitan dengan amalan sedekah  merupakan satu penghinaan yang nyata . DAP sanggup melakukan apa sahaja dan digunakan  sebagai senjata politik serampang dua mata yang akan pasti memecah belahkan kita.

Ia senjata serampang dua mata DAP kerana selain memecah belahkan orang Melayu dan umat Islam isu perkauman juga serta menghina  lagu Negaraku oleh  koncu koncu mereka  dan juga melaga-lagakan orang Islam dengan bangsa lain  adalah amat tidak bertanggung jawab.

Pemimpin Melayu dalam Pakatan, terutamanya PAN dan PKR sedar akan bahayanya bermain dengan sentiment agama dan perkauman  dan ini merupakan satu penghinaan  terhadap orang Melayu dan kesejahteraan serta keamanan  rakyat Malaysia namun, mereka ini sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mencapai kuasa politik.

Pemimpin politik Melayu seperti Anwar akan hanya kekal relevan apabila masyarakat berpecah-belah dan benci-membenci sesama lain. Ucapan ucapan mengadu domba dan  membuat fitnah serta persepsi sudah manjadi mainan politik kotor  pakatan ini.

Orang Melayu, terutamanya golongan muda serta mereka yang agak kritikal terhadap kepimpinan sedia ada, harus sedar akan hakikat ini dan mencatur perjalanan atau kecenderungan politik mereka dengan mata dan hati yang terbuka.

Jika orang Melayu mendahulukuan kepentingan agama, bangsa dan negara tercinta ini, dan mengetepikan seketika kepentingan peribadi dan politik kepartian, kebenaran hakiki akan menjelma di hadapan kita.

Berpeganglah kepada kebenaran dan akidah kita sebagai umat Islam dan berjuang untuk mempertahankan kedaulatan Agama Islam dari ianya menjadi mainan politik kotor DAP dan juga sekutu mereka PAN dan PKR.

Kecenderungan sesetengah pihak untuk menjadi popular dalam membina isu yang tidak relevan seharusnya dihentikan dengan segera. Nayijah daripada tindakan tersebut  amat besar dan  akan mengyebabkan Negara akan berada didalam keadaan yang tidak stabil.

Keberanian pihak tertentu untuk menggugat keharmonian dan keamanan negara sejak kebelakangan ini mencalarkan maruah dan kedaulatan Negara, Mana Negara dicalarkan di Negara asing adalah satu perilaku yang tidak menunjukkan langsung  jati diti dalam  menghargai Negara yang mereka duduki.

Penyatuan etnik yang kini tergugat akibat kerakusan segelintir pihak yang mabuk kuasa untuk kepentingan diri sendiri mencemar persefahaman dan keamanan yang dipertahankan selama ini. Rakyat negara ini tidak seharusnya leka dan berasa selesa dengan situasi yang masih stabil. Kelekaan menyebabkan penyesalan yang tidak berpenghujung apabila kita sudah terlambat untuk mempertahankan kedamaian dan keharmonian seperti yang berlaku disesetengah Negara luar.

Rakyat Malaysia seharusnya menolak sepenuhnya agenda menghuru harakan Negara dalam apa cara sekali pun.  Penyeselan yang tidak ada penghujungnya  tidak akan berguna lagi jika sekiranya Negara yang kita cintai ini telah beralih kepada satu system pemerintahan yang bembelakangkan Islam sebagai agama  yang dilindungi.

Seharusnya rakyat Malaysia sedar bahawa Pakatan bukanlah sebuah gabungan yang mampu untuk membela kebajikan rakyat. Pilihanraya 12 dan 13 , berbagai janji janji yang telah diungkapkan untuk meraih sokongan  rakyat.

Namun setelah dua penggal berlalu, tiada apa pun yang mampu dilakukan oleh paktan untuk menjaga kebajikan rakyat. Malah kita sedang melihat para pemimpin pakatan sedang berlumba lumba untuk merebut kekayaan negeri tanpa memikirkan langsung hal yang berkaitan dengan kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Kewibawaan kerajaan yang dikuasai pakatan pembangkang sudah mula dipersoalkan rakyat. Mereka ( Pakatan Pembangkang ) meghadapi begitu banyak masalah. Apabila mereka berjanji, mereka tidak dapat menunaikannya dan keputusan yang mereka buat tidak memenuhi  jangkaan hati rakyat. Mereka cuai membuat keputusan yang tepat dalam satu-satu situasi.

Pembangkang menggunakan politik keselesaan sebagai salah satu faktor untuk meraih sokongan dan ia menjadi masalah apabila mereka terlupa tentang corak sosial di negara ini. Keputusan yang dibuat bukan hanya mengambil kira untung atau rugi tetapi keharmonian, kesepakatan dan kerjasama dikalangan masyarakat.

Apabila pakatan pembangkang memerintah, keadaan lebih buruk berlaku apabila para pemimpinnya gagal membuat keputusan dengan tepat dan tidak mengambil kira pandangan masyarakat yang berkaitan.

 

Image | This entry was posted in Tiada Apa Yang Boleh Diharapkan Dari Pakatan Pembangkang and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s