MH370 Dijunamkan Dengan Kawalan Kapten Zuharie Adalah Tuduhan Melampau


Oleh rmf

Cabaran terbesar seprang Menteri Pengangkutan ialah untuk menangani persepsi berkaitan dengan kehilangan MH370. Berbagai andaian telah dibuat untuk menimbulkan kecelaruan diatas kecelaruan yang sedang berlaku.

Bukan mudah untuk mengurus persepsi terutama sekali apabila berkaitan dengan tragedi yang tidak diketahui punca kejadian dan ditokok tambah dengan berbagai andaian, permainan geopolitik dan juga teori konspirasi.

Itu lah nasib yang menimpa MH370 yang mana telah hilang dari pandangan radar  pada 8 Mac 2014 yang mana sehingga kini masih lagi tidak ditemui.

Harapan tutur juga disandarkan dalam segala usaha pencarian  disegenap titik pertemuan  yang dijangkakan ianya milik MH370. Menjadi harapan pada setiap jiwa rakyat Malaysia apabila penemuan dan pengesahan serpihan sayap yang ditemui terdampar di pantai Pulau Reunion adalah milik MH370, maka segala persepsi serong dan teori konspirasi sudah menjadi tidak relevan lagi.

Kadang kala andian yang dibuat tidak langsung  memikirkan perasaan yang sedang dihadapi oleh mangsa keluarga  nahas tragedy tersebut.  Namun ianya tetap berlegar dilaman laman media social  sebagai satu santapan minda y=untuk menjadap popularity dari pembaca.

Justeru itu ,Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam menafikan dakwaan pesawat Malaysia Airlines MH370 telah sengaja dijunamkan ke laut. Penafian ini sekaligus membersihkan nama Allahyarham Kapten Zaharie bahawa juruterbang tersebut tiada kredibiliti sebagai juruterbang berpengalaman.

Mengaitkan simulator yang terdapat didalam rumah  Kapten  Zaharie dengan tradegi yang berlaku  adalah sesuatu tindakan yang amat tidak masuk akal.  Cubaan sabotaj yang dikatakan dilakukan oleh Kapten Zuharie itu adalah  dilakukan dengan niat  yang jahat terhadap keluarga mangsa.

Liow dalam kenyataan yang telah dikeluarkan  terus  dan turut mempertahankan Kapten Zaharie apabila ada pihak cuba mengaitkan simulator yang ditemui dirumah Kapten Zuharie adalah bertujuan untuk melakukan  cubaan membuat sabotaj terhadap MAS.

Hasil teori yang dikeluarkan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) turut menafikan dakwaan yang tersebar baru-baru ini yang mendakwa kapal tersebut menjunam ke laut dalam keadaan dikawal.

Teori ATSB mengatakan pesawat tersebut dalam ‘keadaan tidak dikawal ketika mendarat di air’ adalah sesuatu yang boleh digambarkan bahawa terdapatnya  situasi yang tidak beroperasi  atau tidak aktif semasa berlakunya kejadian.

Pada 29 Julai 2015, kepingan sayap pesawat telah ditemui di pantai Pulau Reunion dan dihantar ke Perancis untuk analisis lanjut. Tiga orang pakar penerbangan dari Malaysia telah mula memeriksa serpihan yang dijumpai di pulau itu untuk menentukan sama ada ia bangkai daripada pesawat MH370.

Selama kehilangan MH370, misi pencarian pesawat hilang tersebut telah meliputi sejauh 120,000 KM persegi yanh mana dijanhkan selesai pada hujung tahun ini. Kini setelah dua tahun berlalu dan beberapa serpihan telah ditemui , sehingga kini pencarian masih terus dijalankan  dan tiada lagi tanda tanda yang cukup tepat untuk dijadikan focus subjek kepada  menjurus kearah  penemuan.

Rakyat Malaysia sekadar mampu berdoa dan mengucapkan terima kasih terhadap segala usaha pencarian yang dilakukan tanpa rasa jemu dan putus asa. Mudahan satu hari nanti kita akan memenukan  bangkai pesawat atau pesawat yang kini menjadi sejarah hitam kehilangan pesawat Negara.

 

Image | This entry was posted in MH370 Dijunamkan Dengan Kawalan Kapten Zuharie Adalah Tuduhan Melampau and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s