DAP, Seperti Langau Mencari Bangkai Atau Sememangnya Pembangkai


Oleh rmf

Dimana ada bangkai disitula langau akan hinggap, begitu lah ragamnya  DAP  akan terus terbang kemana mana terdapatnya ada diantara bekas ahli UMNO yang terbuang untuk “dipergunakan” oleh mereka sebagai peluru  untuk memecahkan Melayu lagi.

UMNO dalam warasnya melihat gerakan DAP ini adalah  merupakan satu agenda tradisi saekor langau yang sentiasa mencari bangkai untuk dihinggap. Sudah pastinya  mana man individu yang terbuang akan dinobatkan  sebagai pejuang dan sekali gus DAP akan memasukkan jarum hasutan ketas mereka.

DAP Sabah sedang berusaha untuk menyambut baik dan bersedia untuk bekerjasama dengan bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal dan parti-parti pembangkang negeri itu bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang.

 Gerakan DAP ini adalah untuk meyakinkan kepada rakyat bahawa DAP adalah sebuah parti yang amat perihatin dalam membela manusia terbuang dari UMNO untuk dipergunakan. Sebelum ini DAP pernah menyarankan agar kuasa automoni dituntut oleh rakyat Sabah dari Persekutuan.

Tuntutan kuasa automoni ini bukan sahaja disarankan oleh DAP malah ianya juga pernah dibawa oleh pemimpin PKR Anwar Ibrahim. Mengapa ini berlaku, tuntutan kuasa autonomi  ini sebenarnya  mempunyai hasrat pembangkang yang terselindung untuk menjahanamkan negeri Sabah.

DAP dengan megahnya mengalu-alukan langkah Shafie yang telah meninggalkan UMNO, Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt berkata perjuangan untuk memartabatkan hak negeri dan rakyat Sabah selaras dengan perjuangan DAP.

DAP sebagaimana biasa boleh menjadi “langau” dan menjadi “ular” untuk membelit serta mendatangkan penyakit  kepada orang lain. Dimana sahaja ada bangkai disitulah ada  langau.

Dalam kepelbagaian usaha untuk membohongi rakyat DAP Sabah terus menyeru seluruh parti-parti politik yang bersetuju dengan perjuangan demi kepentingan rakyat Sabah supaya bekerjasama untuk menumbangkan kerajaan BN dalam pilihanraya akan datang.

 Semua itu adalah satu pembohongan nyata jika DAP bercakap mengenai kepentingan rakyat. Tidak ada dalam sejarah DAP yang mementngkan kebajikan rakyat malah  DAP hanya  melihat kekayaan yang ada dalam sesabuah negeri untuk diratah oleh mereka.

Lihat sahaja apa yang telah berlaku di Pulau Pinang, Masalah banjir yang berlarutan sehinggakan Lapangan Terbang pun karan akibat kerakusan pembangunan yang tidak terancang. Pembangunan dilakukan tanpa mengambil kira  betapa nazaknya alam sekitar diperlakukan oleh pemimpin DAP.

Tiada lagi istilah membawa perubahan yang lebih baik kepada Sabah dan Malaysia, jika DAP akan menjadi pilihan rakyat Sabah dan  juga Malaysia, Kita boleh melihat bagaimana  keadaan Selangor, sebuah negeri maju yang mana system jalanraya, sampah dan bekalan air semakin meruncing dan keadaan dalam negeri sudah seperti tiada pemerintah.

Sebagai mana yang kita ketahui DAP sentiasa bekerja keras menjunjung prinsip agenda politik mereka yang mana telah diterapkan sejak tahun 1969 lagi untuk mengwujudkan fahaman liberal dan kesamarataan sebagai landasan perjuangan yang nyata.

DAP juga pernah  mengusulkan pindaan Perlembagaan Persekutuan ke Dewan Rakyat bagi mengembalikan status Sabah, Sarawak dan Semenanjung sebagai rakan kongsi setara dalam Persekutuan Malaysia selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963.

 Untuk apa., semuanya hanya untuk mereka agar dapat meratah hasi8l bumi Sabah tanpa sekatan  dan boleh bertindak tanpa halangan dari mana mana pihak persekutuan. Minyak, balak dan lain lain hasil laut kini telah terbayang dimata DAP jika dapat menakluki Sabah dengan penipuan  maklumat  disebarkan untuk rakyat.

Sebagaimana biasa DAP akan memainkan isu isu remeh dan membesarkan sumbangan mereka dalam projek Impian Sabah yang mana mereka membina jambatan,  meyalurkan bekalan    air  yang hanya bersifat sementara dan bukan jangka panjang.

Dalam Perjanjian Malaysia 1963 Jika diteliti dan menyebabkan Sabah dan Sarawak diantara anggota yang amat penting diantara  13 buah negeri dalam Malaysia, dan bukan rakan kongsi yang terpinggir  dalam sebuah Persekutuan

 

Image | This entry was posted in Seperti Langau Mencari Bangkai Atau Sememangnya Pembangkai and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s