“Israel in a Malay Muslim Sea” Bakal Menguasai Jika Melayu Tidak Bersatu.


Oleh rmf

Dalam sejarah telah membuktikan bagaimana DAP atau anak yang dilahirkan oleh PAP di singapura untuk menjalankan agenda PAP  di Malaysia. Segala apa yang dilakukan dalam politik Negara DAP tidak terkecuali menggunakan strategi PAP untuk menguasai apa sahaja.Lee Kuan Yew dengan bangganya mengakui peranan Singapura di rantau ini seperti “Israel in a Malay Muslim Sea”. (Willairat 1975:45)

Di Singapura PAP telah diberikan mandate untuk memerintah dengan susulan tindakan mengeluarkan Singapura dari kerajaan Malaysia susulan tindakannya yang mengancam keselamatan Negara pada masa itu.

Sebagai langkah kesinambungan politik PAP maka wujudlah DAP yang menjadi sebahagian parti politik yang  bertindak sebagai pembangkang di Malaysia. PAP dalam usaha untuk mengambil sebahagian dari Malaysia dengan corak pemerintahan nya telah meninggalkan amanah kepada DAP untuk dilaksanakan.

DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, selatan Persekutuan Tanah Melayu. Lee Kuan Yew yang tidak setuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura , telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia.

Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September 1965, tahun yang sama.

Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan. Devan Nair berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura ke dalam Malaysia.

Falsafah perjuangan Malaysian Malaysia yang dicetuskan PAP pra 1965 dan disambung oleh DAP sampai sekarang. Dasar utama Malaysian Malaysia jadikan Malaysia republik seperti Singapura yang memberi kuasa penuh kepada bangsa Cina.

Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa, umat Islam, kaum Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP.

Beginilah yang terjadi di Pulau Pinang dimana  setelah berkuasa langkah pertama DAP ialah untuk mencairkan majority kepada minority agar penguasaan Melayu didalam sesuatu tempat tidak akan berlaku.

Penikahan mutaah yang dilafazkan oleh DAP dan PKR serta PAN dan sekarang bersama kumpulan Mahathir adalah satu peluang dan jalan untuk memastikan agenda Malaysian Malaysia  dapat dilaksanakan dengan lancar.

Sebenarnya ini adalah dasar yang menjadi amalan PAP yang diwariskan kepada DAP untuk memastikan agar kuasa politik akan dapat dikekalkan disamping akan dapat membersihkan Melayu di Pulau Pinang dengan taraf yang serendah mungkin.

DAP setelah menawan hati Melayu dan Islam, akhirnya keturunan melayu dibersihkan di Pulau Pinang dengan memastikan tiada kelompok Melayu yang hidup dalam kapsiti beramai ramai. Penindasan dilakukan secara terancang atas nama pembangunan dan penyalahan undang undang.

DAP dalam agenda politiknya telam menanam semangat anti Melayu, anti kuasa politik Melayu, anti hak istimewa Melayu, anti Raja2 Melayu, pluralisme dlm ugama dimana Islam bukan lagi agama rasmi negara yg tunggal, penggunaan berbagai bahasa dan hak sama rata dalam semua bidang kehidupan masyarakat dan kerajaan.

Casar dasar meliberalkan Islam sedang dilakukan dengan giat , Usha mengorak langkan ini dilakukan dengan tuntutan  yang dibuat melalui badan badan NGO , Pertubuhan serta  kumpulan liberal intelek Melayu.

Diantara tuntutan yang sedang hangat dan di tuntut satu persatu oleh DAP ialah dimana  yang diharamkan didalam agama Islam. Diantaranya status Islam , perkahwinan, Murtad, Wang zakat dan banyak lagi yang bakal dituntut.

Kejayaan tuntutan ini dijangkakan akan lebih hebat lagi dengan adanya penyokong Melayu yang sendiri tidaka akan menentang dan terus memberikan sokongan terutama gerakan baru yang dilancarkan oleh Mahathir yang menyokong DAP.

Mana mana pihak dari organisasi-organisasi Melayu, pakatan politik atau individu yang berani mempersoal kerajaan DAP sekali gus akan dilebelkan sebagai  ‘Chauvinists, Religious Extremists & harbouring a sinister agenda” (membawa agenda jahat).

Perkara ini telah berlaku dimana DAP telah menyinkirkan beberapa ADUN yang tidak bersependapat dengan agenda yang dilaksanakan di Pulau Pinang. Sikap kuku besi yang menjadi amalan DAP terus  dilaksanakan tanpa rasa bersalah.

Agenda DAP menguasai kerajaan2 negeri yang maju di sebelah barat Semenanjung kerana di sini kebanyakan penduduk di bandar orang Cina telah pun tercapai dan kita boleh melihat bagaimana system pemerintahan dasar kuku besi dijalankan.

Sasarannya menguasai P. Pinang, Perak, Selangor, N. Sembilan, Melaka dan Johor. DAP berjaya tendang Barisan Nasional  di P.Pinang pada PRU 12 dan berkuasa hingga sekarang. Akibatnya rkayat Melayu Pulau Pinang  sedang menderita apabila system mencairkan kumpulan dilakukan.

Rancangan sulit DAP, PAP Singapura dan beberapa NGO serta parti politik di Sabah dan Sarawak yang dikuasai bukan Islam untuk menolak kepimpinan Melayu Islam Malaysia. Ada agenda pihak anti Melayu islam dari Malaysia, Singapura, Sabah dan Sarawak yang bertujuan memecahbelahkan perpaduan kaum, dan menjadikan Sarawak dan Sabah bergabung dengan Singapura.

Strategi DAP menghadapi PRU 14 ialah menguasai semua kerusi Parlimen bandar dari MCA dan Gerakan. Pembangkang akan mempastikan BN kalah atau menang dengan majoriti kecil. Kalau ini berlaku ada kemungkinan DAP berunding dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan campuran kelak sekiranya Najib masih menjadi PM.

Banyak orang meramalkan MCA dan Gerakan akan ditendang pengundi2 Cina kelak kerana mereka mahu memberi kemenangan besar kepada DAP sebagai mewakili suara orang Cina.Perkara ini suda dijangkakan dan dimanakah orang Melayu pada masa itu.

Apakah sejarah kejatuhan Melayu tidak pernah ada dalam lipatan ilmu pembelajaran.,  Percaya lah bahawa jika sekiranya Melayu jatuh, tiada apa yang perlu ditangiskan lagi, kebaikan yang ditunjukkan DAP akan menjadi malapetaka yang amat dasyat.

Untuk memastikan Ketuanan Cina dominan di PuLau Pinang, kuasa pengundi Melayu Singapura telah dicairkan secara sistematik dengan skim penempatan semula bandar pengenalan kuota perumahan dilancarkan dengan memastikan peratusan dikalangan Melayu hanya berkisar sebagayan 25% sahaja.

Mencairkan kelompok majority adalah untuk memastikan masyarakat Melayu yang secara tradisinya menyokong parti-parti pembangkang tidak mempunyai kuasa penentu dalam mana-mana kawasan pilihan raya.

Ingat, ini hanya sebahagian dari sendiwara politik wayang Cina DAP. Orang Melayu perlu berhati-hati, dan jangan mudah terpedaya dengan slogan2 DAP yang mengamalkan politik telunjuk lurus kelingking berkait.

Demi kuasa, kesilapan politik kotor Anwar Ibrahim. Perpecahan Melayu menyebabkan DAP naik tocang dan paling berkuasa sebagai pembangkang hari ini.

Orang Melayu perlu tahu siapa kawan, siapa lawan dlm politik Malaysia. Jangan jadi seperti kambing, lembu dan kerbau bodoh mengikut tiupan nafiri DAP yang cuba memperbodohkan Melayu supaya menjadi kaldai mereka.

 

Image | This entry was posted in "Israel in a Malay Muslim Sea” Bakal Menguasai Jika Melayu Tidak Bersatu. and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s