Menjadi Ikon Pengangkutan- TEKSIM Masih Berada Di Awal Perjalanan


Oleh rmf

Seumpama kanak yang baru lahir, permulaan krhidupan nya diasuh diapntau dan dilakukan pembetulan jika berlakunya kesilapan. Menjalani ruang ruang kehidupan sehingga dia boleh berjalan dan berada dilandasan kehidupan yang sebetulnya.

Begitu juga dalam usaha kerajaan untuk memperlengkapkan sesuatu agenda dalam  memperkemaskan infra yang dahulunya tidak berjalan lancer. Perancangan baru dilakukan dan mengenalpasti cara dan kaedah untuk memberikan impak yang besar untuk jangka panjang.

Begitu juga denagn system pengangkutan awam teksi yang mana  sebelum ini telah dapat banyak rungutan dari pihak  pengguna, rungutan tersebut adalah disebabkan mutu perkhidmatan yang tidak sempurna dijalankan oleh pihak pengendali.

Melihat keadaan ini kerajaan telah melancarkan  transformasi  pengangkutan awam agar ianya berubah dari masa kesemasa dengan harapan agar ianya dapat memberikan satu impak yang positif dimata pengguna terutama dari dalam dan luar Negara.

Kerajaan melalui transformasi telah memperuntukan berbagai bantuan termasuk subsidi untuk menukar teksi yang lama kepada yang baru  agar ianya dapat memberikan khidmata yang terbaik sebagaimana  diluar Negara.

Untuk menjadi ikon pengangkutan Negara , pengangkutan awam terutama teksi akan menempuh banyak  dugaan melalui persekitaran yang berubah rubah, Bukan mudah untuk dikenali terbaik jika tidak dilalui dengan pelbagai halangan.

Untuk melihat perubahan, bukan mengambil masa sebulan atu setahun, inaya  merangkumi kesedaran penguna juga dan corak pemikiran dan juga kritikan. Setiap kritikan akan dikaji dengan sebaiknya dan akan dilakukan penambahbaikan untuk memastikan perkhidmatan teksi dalam Negara ini berada dilandasan yang betul.

Perlancaran Teksi 1 Malaysia adalah penjenamaan semula teksi bermeter agar ianya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik, bermutu dan  menepati  keperluan semasa. SPAD dalam usaha memastikan  perkhidmatan teksi berada dilandasannya sentiasa memikirkan jalan terbaik untuk dilakukan penambahbaikan.

Susulan dengan artikel yang telah dikeluarkan oleh media yang mengatakan bahawa TEKSIM telah gagal menjadi ikon pengangkutan Negara, sebenarnya penulis tersebut hanya mahu melihat nkejayaan sesuatu perkara dan tanpa mahu memikirkan  perubahan persekitaran lauran yang sentiasa berubah.

Tetapi sebaliknya penulis media tersebut langsung tidak memberikan gambaran bahawa  TEKSIM dilancarkan baru hanya beberapa tahun sahaja dan jika ianya  untuk dilebelkan sebagai ikon ianya adalah sesuatu yang terlalu awal.

Kenyataan SPAD berhubung perkara diatas

21 Julai 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin merujuk kepada laporan media di dalam Berita Harian yang bertajuk ‘TEKS1M gagal jadi ikon negara,’ pada 20 Julai 2016.                   

SPAD ingin menegaskan adalah tidak adil dan tidak tepat sama sekali untuk menghukum bahawa inisiatif TEKS1M telah gagal, sedangkan ia masih di peringkat awal dan masih berjalan mengikut fasa-fasa pelaksanaan.

Memandangkan terdapat sekitar 86,000 teksi daripada pelabagai kelas lesen di Malaysia, perubahan yang perlu dilaksanakan tidak boleh dilakukan dalam sekelip mata. Kita perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran yang merangkumi permasalahan struktur, budaya dan warisan yang rumit serta isu-isu semasa seperti perkhidmatan ‘e-hailing’.

Teksi 1 Malaysia (TEKS1M) merupakan penjenamaan semula teksi bermeter bagi mengubah dan menaikkan taraf perkhidmatan supaya lebih bermutu, efisien dan selesa.

Pada peringkat permulaan, Kerajaan telah memutuskan untuk menggunakan satu model kenderaan sahaja iaitu Proton Exora, sepertimana yang dilaksanakan di London. Pada ketika ini, sekitar 2,000 teksi telah berhijrah kepada kenderaan TEKS1M. Di dalam proses migrasi kepada TEKS1M, terdapat permasalahan di mana pengusaha individu dan pengendali mengadu bahawa tidak mampu menukar kenderaan kerana faktor kos pembelian, penyelenggaraan dan masalah-masalah teknikal lain yang dihadapi.

Walaubagaimanapun, sebagai agensi yang peka dan prihatin kepada maklum balas daripada pelbagai pihak dan bagi memudahkan migrasi kepada TEKS1M, SPAD akan membuka model-model kenderaan lain untuk dijadikan TEKS1M di bawah program transformasi teksi yang akan diumumkan tidak lama lagi setelah mendapat kelulusan Kabinet.

Di dalam isu berkaitan tambang TEKS1M pula, kadar ‘flagfall’ dan jarak/masa yang ditetapkan adalah untuk menggalakkan perubahan kepada kenderaan  dan perkhidmatan yang lebih baik untuk pengguna.

SPAD dengan itu berharap, pihak media yang sering membantu di dalam proses

transformasi industri teksi, agar memberikan peluang kepada Suruhanjaya untuk menguar-uarkan kepada pengguna fakta sebenar berkaitan inisiatif TEKS1M.

-Tamat

Image | This entry was posted in Menjadi Ikon Pengangkutan- TEKSIM Masih Berada Di Awal Perjalanan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s