Malaysia, Singapura tandatangani MoU Kereta Api Laju (HSR) 


Oleh rmf

Sebelum ini  pada Disember 2015, sejumlah 14 syarikat telah dijemput oleh pegawai-pegawai dari Malaysia dan Singapura untuk membentangkan pandangan secara terperinci mengenai projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, projek ini sudah sampai ke tahap di mana terdapat ‘banyak minat dan kepentingan’ ditunjukkan.

Pembangunan Pengangkutan Berorientasi – yang mencampurkan kawasan perumahan dan komersil direka untuk memaksimumkan akses kepada pengangkutan awam akan dilaksanakan di sepanjang laluan HSR, kata Syed Hamid.

Jepun, Korea Selatan dan China merupakan antara negara yang berminat untuk menyertai projek laluan HSR sepanjang 350 kilometer yang dicadangkan itu.

Negara berkenaan tidak hanya berminat dalam membida projek tersebut, malah mahu bekerjasama serta berkongsi kepakaran dan teknologi rangkaian HSR

HARI INI, 19 Julai 2016, telah berlaku peristiwa bersejarah dimana satu perjanjian menandatangani Memorandun persefahaman (MoU) Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Diantara Kuala Lumpur Dan  Singapura (HSR).

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong tiba di Putrajaya, hari ini untuk lawatan kerja sehari dan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Perdana Menteri, DS Najib Razak menyambut ketibaan Lee dan anggota delegasinya di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, di sini pada jam 1.00 tengah hari.

Pemimpin Singapura dan Malaysia itu mengadakan perbincangan empat mata dan menghadiri jamuan tengah hari sebelum majlis menandatangani HSR.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan oleh DS Najib Tun Razak dan Lee Hsein Loong. Malaysia diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Singapura diwakili oleh Menteri Pengangkutannya, Khaw Boon Wan.

Cadangan laluan kereta api sepanjang 350km itu akan bermula di Bandar Malaysia, tujuh kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur, dan berakhir di Jurong East, Singapura.

Cadangan perkhidmatan kereta api itu dijangka akan memendekkan masa perjalanan kira-kira 90 minit berbanding lima jam di jalan raya di antara Kuala Lumpur dan Singapura.

Kereta api itu dijangka mempunyai lima stesen transit, iaitu bandar Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri.

Najib berkata cadangan HSR KL-Singapura itu akan mempererat lagi hubungan rakyat dengan rakyat dan meningkatkan hubungan perniagaan antara kedua-dua negara.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Singapore’s Land Transport Authority (LTA) telah mengeluarkan Kenyataan Media Bersama berkaitan memorandum persefahaman yang ditandatangani hari ini:

 

 

Image | This entry was posted in Singapura tandatangani MoU Kereta Api Laju (HSR)  and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s