Kementerian Pengangkutan Arah Semua Bas Memasang “Speed Limiter”


Oleh rmf

Susulan kejadian bas express merempuh 10 buah kenderaan di Terowong Menora Kuala Kangsar  baru baru ini dan telah meyebabkan 2 kecederaan berlaku  telah hangat diperkatakan di laman media sosial.

Berbagai  pihak telah membuat andaian  berdasarkan  kejadian dan berbagai juga spekulasi  dibuat untuk memngambarkan beberapa prilaku pengendali bas yang tidak mematuhi peraturan jalanraya.

Sehubungan dengan kejadian tersebut beberapa agensi kerajaan yang  bertanggungjawab keatas  keselamatan jalanraya telah mengambil beberapa tindakan drastin berdasarkan perundangan yang digunapakai dalam Negara ini.

SPAD sebagaimana  peruntukan kuasa yang dibenarkan telah mengambil tindakan mengantung  pengoperasian syarikat dari terus menjalankan operasi membawa penumpang sehingga satu siasatan dijalankan untuk memastikan ianya berpunca dari kesilapan teknikal atau kecuaian pengendai.

Dalam pada masa yang sama juga, Kementerian Pengangkutan menggambil tindakan pencegahan dengan mengarahkan semua bas baru perlu memasang alat penetapan had laju bagi memastikan bas mematuhi had laju yang ditetapkan.

Datuk Seri Liow Tiong Lai melalui kementeriannya telah mengeluarkan arahan wajib  untuk kenderaan yang beroperasi membawa penumpang samada yang baru atau  lama memasang “speed limiter” atau alat mengesan kelajuan dilakukan disemua  kederaan syarikat yang menjalankan perkhidmatan membawa penumpang.

Pemasangan “Speed limiter” ini akan dipasang pada  kesemua bas sedia dan ia perlu dilaksanakan secara berperingkat yang mana alat ini akan dipasang ketika pemeriksaan PUSPAKOM. Kementerian Pengangkutan akan mengarahkan pihak JPJ dan PUSPAKOM untuk merealisasikan kaedah pencegahan ini dan memastikan kesemua syarikat bas  mematuhinya.

Menurut Liow “Saya telah memberi arahan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom), supaya semua bas ekspres baharu perlu dipasang alat penetapan had kelajuan kenderaan. Tiada pengecualian dan dilaksanakan serta-merta,”

Cadangan dan arahan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengakutan telah disambut baik oleh pihak syarikat syarikat bas yang menjalankan operasi  sebagai satu langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan yang melibatkan  nyawa pengguna.

Penggunaan “Speed Limiter” adalah satu langkah terbaik  untuk memastikan pengendali bas  pengangkutan mematuhi had laju yang dibenarkan. Tetapi pada masa yang sama pihak Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) seharusnya memastikan  alat kawalan had laju ini tidak  boleh diubah dan  akan digunakan sepanjang masa.

Sebelum ini, kederaan awam juga telah dipasang dengan alat pengesan kelajuan dengan  memasang lampu di bahagian bumbung kenderaan , namun  teknik pemasangan asal telah diubah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab  dan akhirnya  arahan  tersebut tidak memberikan faedah kepada  orang ramai dan juga  ianya satu pembaziran.

Image | This entry was posted in Kementerian Pengangkutan Arah Semua Bas Memasang “Speed Limiter” and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s