SPAD Hanya Mengambil Tindakan Dibawah Bidang Kuasa Yang  Ada dan Diperuntukkan


Oleh rmf

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, dimana sebuah bas yang dipercayai hilang kawalan, merempuh beberapa kereta di depannya, yang menyebabkan 10 kereta mengalami kerosakan.

Dalam kejadian tersebut dua pengguna telah cedera selepas kereta mereka naiki dirempuh bas yang merempuh sembilan lagi kenderaan di Kilometer 265.8 Lebuhraya PLUS arah selatan selepas Terowong Menora di sini petang tadi.

Satu kertas siasatan telah dibuat dan hasilnya amat mengejutkan banyak pihak  dan  mendapati bas berkenaan mempunyai 63 saman tertunggak sejak 2011 dan pemandunya mempunyai 9 saman tertunggak.

Apanila hasil siasatan ini dibuat beberapa pertikaian telah disuarakan oleh netizen berkaitan  dengan kredibiliti  SPAD, JPJ yang berhubung kait dengan saman yang tertunggak oleh syarikat bas berkenaan menghidupkan cukai jalan   dan bagaimana seorang pengendali yang mempunyai saman tertunggak boleh mengendalikan keneraan yang membawa banyak penumpang.

Dalam Hal yang sedemikian , Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Syed Hamid Albar telah mendedahkan segala-galanya sehingga menyebabkan kecelaruan semua pihak yang mana ianya berpunca dari  system jabatan yang menjadi amalan di Malaysia.

Untuk pengetahuan umum,  Menurut Tan Sri Syed Hamid Albar, “tiga agensi yang selalunya terlibat bila ada kemalangan, iaitu polis yang akan mengadakan siasatan jenayah samada orang terbabit telah melakukan kesalahan mengikut Penal Code atau Akta Jalanraya.

Yang keduanya ialah JPJ  yang melihat samada ada kegagalan di segi kenderaan atau pemandunya ada PSV atau tidak.

Ketiga, di bawah MOT memang menjadi satu amalan untuk activate MIROS yang membuat siasatan mendalam terhadap sebab kemalangan berlaku, kesannya dan membuat laporan kepada Menteri MOT.

SPAD adalah agensi yang terakhir. Kita akan melihat samada semasa siasatan ini dijalankan kita boleh mengambil tindakan untuk menggantung lesen operator. Tapi jangan lupa bahawa kita tidak boleh mengetepikan proses undang-undang.”

Untuk meletakkan kesalahan dan kecuaian SPAD kerana membenarkan kenderaan yang mempunyai saman tertunggak beroperasi adalah satu tindakan yang  dibuat tanpa mengkaji  struktur system yang dijalankan.

Dalam isu berkaitan dengan saman tertunggak, Semuanya ini terletak dibawah kawalan  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan kedua jabatan ini mempunyai rekod lampau untuk memastikan saman serta pembaharuan cukai jalan dilakukan.

Untuk maklumat lebih lanjut, SPAD hanya berkuasa untuk mengendalikan urusan lessen PSV untuk teksi sahaja,  untuk bas express pula ianya dikendalikan oleh pihak  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Jika SPAD ingin mengantungkan lessen PSV pengendali  bas express , maka SPAD semestinya akan merujuk kepada  pihak Jabatan Pengangkutan Jalan  terlebih dahulu untuk tindakan selanjutnya.

Berkaitan dengan kedudukan saman yang tertunggak yang  dimiliki oleh bas berkenaan , Ketua Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Sirun berkata JPJ mempunyai masalah untuk bertindak kerana tiada penyelarasan sistem saman antara PDRM, JPJ dan SPAD.

Oleh yang demikian  jawapan yang diberikan oleh SPAD adalah senada dan system yang sedia ada seharusnya dilakukan penambahbaikan agar kes  saman tertunggak yang boleh menyebabkan kenderaan beroperasi  dalam kesalahan dapat dihindarkan.

Tindakan SPAD mengantung lesen operator Syarikat Qistina pun mengikut proses yang betul, SPAD telah memberi surat tunjuk sebab terlebih dahulu sebelum mengantung lesen operator. Prosedur siasatan sedang dilakukan oleh SPAD sebelum mengambil apa juga tindakan dibawah bidang kuasa yang ada pada SPAD.

Image | This entry was posted in "Jangan Monyet!! Jangan Monyet!! Degil jugak, SPAD Hanya Mengambil Tindakan Dibawah Bidang Kuasa Yang  Ada dan Diperuntukkan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s