Tiong Lai Gesa Pemimpin Pembangkang Elakan Isu Mengugat Keharmonian Kaum


Oleh rmf

e07ee49c-c06f-43a4-8cde-2335baf4079a

Berbilang bangsa dan kaum hidup dalam keadaan aman dan damai di Malaysia, Saling menghormati diantara satu dengan yang lain, namun keharmonian ini sentiasa diganggu gugat oleh puak chauvanis yang ditunjangi oleh DAP.

DAP  acap kali melontarkan isu isu yang berkaitan dengan perkauman , sensitiviti amalan diantara kaum serta melakukan tindakan yang menjurus kepada ketidak stabilan  perpaduan yang mana  amat dijaga oleh semua pihak kecuali DAP.

Baru baru ini Nga Kor Ming dalam satu post bergambar ucapan itu dimuat naik pada pukul 11.30 malam raya dengan tulisan: In God We Trust, video Aidilfitri: We serve to bless others, we are from the people, by the people & for the people. Selamat Hari Raya!

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming sebagai yang biadap dan gemar mencetuskan polemik murahan dengan mencetuskan isu berkaitan dengan agama Islam yang mana  menghina amalan sedekah yang menjadi tunggak ibadah kepada umat Islam dengan  melebelkannya sebagai rasuah dan dedak.

Bukan itu sahaja pada masa yang sama  beliau juga telah menyiarkan bendera Amerika  dengan kata kata  menjurus kepada menarik ketaatan kepada  Negara yang didiaminya sekarang. Tindakan  tegas seharusnya diambil terhadap mana mana warganegara yang telah menarik ketaatan mereka kepada persekutuan.

Tindakan pemimpin DAP itu tidak melambangkan individu punya pendidikan atau peradaban manusia normal selain penghasut bersiri yang sudah berkali-kali melakukan perkara serupa bagi  tujuan untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Setiap kali melakukan kesalahan atau melemparkan tohmahan, sebagaimana pemimpin DAP yang lain, Kor Ming akan menafikan bahawa sesuatu kenyataan itu  dan menafikannya  walaupun secara jelas ianya telah dilakukan .

Sikap DAP sejak dahulu sentiada mencari orang lain untuk dipersalahkan adalah tindakan yang telah diketahui oleh semua pihak. Bagi isu  Nga Kor Ming , beliau terus a menyalahkan pegawai atau penyokong DAP yang kononnya mempunyai akses kepada laman Facebooknya.

Maka tidak hairanlah kali ini pun beliau masih menggunakan pendekatan yang sama iaitu menghasut, menimbulkan amarah, padam entri Facebook, menafikan, tetapi masih mengulangi kesalahan sama. DAP tidak akan puas bila mana  sesuatu isu yang dibangkitkan tidak menimbulkan kekacauan dalam Negara.

Tindakan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming menyamakan duit raya dengan rasuah membuktikan pemimpin DAP itu tidak menghormati agama Islam.Sebagai pimpinan politik, Kor Ming sepatutnya peka dengan amalan dan budaya masyarakat berbilang kaum serta agama di negara ini.

Tindakan biadap itu bukan sahaja tidak menghormati kesucian agama Islam malah menunjukkan pemimpin DAP itu tidak mempunyai semangat patriotik. Meletakkan bendera Amerika yang kita sedia maklum tidak senang dengan kebangkitan sesetengah negara Islam menunjukkan Nga Kor Ming tiada semangat patriotic.

Dalam pada masa yang sama MCA menggesa Koming dan DAP meminta maaf kepada seluruh umat Islam atas penghinaan sedekah dikatakan dedak. Desaklan yang telah dibuat oleh Presiden MCA ini melihat bahawa perpaduan diantara kaum dalam Negara ini seharusnya  didokongi dengan sikap  bertolak ansur dan menghormati diantara satu dengan yang lain.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut membidas sikap biadap Ahli Parlimen Taiping itu..Liow menegaskan sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, sewajarnya semua pihak saling hormat menghormati sensitiviti keagamaan antara stu sama lain.

Jelas Liow amat kesal dengan tindakan Kor Ming yang secara jelas mempersendakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh semua umat Islam di negara ini..

Tindakan DAP ini amat bertentangan dengan falsafah MCA yang mana sebagai sebuah parti gabungan di dalam Barisan Nasional, sentiasa mengamalkan semangat 1 Malaysia sebagaimana yang diterapkan oleh Datuk Seri Mohd Najib

MCA saling mengamalkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain..ianuandapat mengelakkan salah faham atau ketegangan kaum..

Liow dalam satu kenyataan mendesak agar Kor Ming dan mana-mana pemimpin DAP meminta maaf kepada kaum Melayu secara terbuka bagi mengelakkan salah faham dan ketegangan kaum. Mengwujudkan sentiment keagamaan  dan perkauman oleh DAP seharusnya dielakan demi menjaga keamanan dan hidup berbilang kaum dalam Negara ini.

Rakyat mula menilai DAP dan  sebahagian besarnya telah menolak sokongan kepada DAP .DAP akan melakukan apa sahaja supaya keamanam sedia ada dapat digugat mereka dan dengan tidak secara langsung apabila tindakan balas diambil oleh sesiapa sahaja mereka akan melebelkan kaum tersebut sebagai extriem dan  mengamalkan sikap keganasan.

Image | This entry was posted in Tiong Lai Gesa Pemimpin Pembangkang Elakan Isu Mengugat Keharmonian Kaum and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s