Tiong Lai, Syarikat Bas Akan Berhadapan Dengan Tindakan Yang Tegas.


Oleh rmf

Syarikat bas yang terbabit dalam kemalangan melibatkan 10 buah kenderaan di Kilometer 265.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Terowong Menora, Ipoh, Perak kelmarin bakal berdepan tindakan undang-undang.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) telah memulakan siasatan kemalangan membabitkan pengendali bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan yang melibatkan 10 buah kenderaan awam.

Sebelum ini SPAD  akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pengendali bas berkenaan dan juga syarikat bas yang terbabit.

Jumlah kematian yang direkodkan dalam Op Selamat sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri pada kali ini me­nunjukkan penurunan kepada 229 kes dalam tempoh 11 hari pelaksanaan sehingga Sabtu lalu berbanding 266 kematian.

Walaupun demikian, Kementerian Pengangkutan akan terus melakukan penambahbaikan  dan akan bertindak tegas terhadap pengendali dan syarikat bas yang tidak mematuhi  peraturan jalanraya sehingga ianya boleh menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa pengguna yang lain.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan akan melakukan siasatan  terhadap pengendali bas berkenaan dan siasatan juga  dilakukan tehadap pengendali yang mempunyai saman tertunggak boleh mengendalikan  kenderaan awam yang membabitkan nyawa dan keselamatan penumpang.

Kementerian Pengangkutan turut akan menjalankan siasatan rapi kepada semua syarikat bas yang terlibat kemalangan sepanjang ‘Ops Selamat’ dijalankan. Tindakan tegas perlu diambil terhadap pengendali kenderaan awam yang melakukan kesalahan  undang undang jalanraya. Tindakan tegas juga akan diambil kepada pemandu yang menggunakan laluan kecemasan.

Liow berkata, kementeriannya akan menyenaraihitamkan pemandu yang tidak menjelaskan saman tertunggak atau mempunyai jumlah mata demerit sebagai hukuman

Liow menegaskan kes kesalahan jalan raya dapat dipantau melalui Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) yang akan dilaksanakan kelak..

Langkah AWAS dan KEJARA ini diyakini dapat mengurangkan kes pemandu pengangkutan awam melanggar peraturan jalan raya.Rakyat Malaysia perlu diberi kesedaran, mereka tidak akan nampak rasionalisasi pelaksanan AES jika perkara baik tidak berlaku depan mata mereka.

Seharusnya Kementerian  dimasa akan datang terus melakukan tindakan yang tegas tanpa ada kompromi  dalam memastikan keselamatan pengguna dan orang awam  terjamin  semasa menggunakan jalanraya  dan disamping mengelakkan berlakunya kemalangan yang akan meragut banyak nyawa.

Image | This entry was posted in Syarikat Bas Akan Berhadapan Dengan Tindakan Yang Tegas. and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s