Kemalangan di Menora. SPAD Akan Pastikan Hukuman Setimpal Terhadap Pemandu Dan Syarikat Bas


Oleh rmf

image

TINDAKAN TEGAS akan diambil, itu sebaik perkataan yang diberikan berikutan dengan kejadian kemalangan yang melibatkan 10 buah kenderaan berhampiran dengan Terowong Menora Kuala Kangsar baru baru ini.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengendali termasuk pengantungan dan pembatalan lesen pengendali serta pengantungan pengoperasian syarikat bas tersebut.

Menurut maklumat yang dipaparkan  melalui video , bas berkenaan dilihat dipandu teramat laju sehingga hilang kawalan dan merempuh 10 buah kenderaan yang berada dihadapan. Difahamkan tiada memalangan jiwa berlaku berikutan dengan kejadian rempuhan tersebut.

Seramai 28 penumpang telah selamat kecuali seorang telah mengamai kecederaan di bahagian perut. Menurut pemandu yang tidak bertanggung jawab tersebut  mengatakan bahawa  bas tersebut telah mengalami  masalah brek dan hilang kawalan.

Rata rata netizen yang telah melihat video berkenaan  beranggapan bahawa bas tersebut sememangnya dipandu laju dan apabila  berada diselekoh , pemandu bas telah hilang kawalan dan terus merempuh kenderaan yang berada dihadapan.

Menurut rekod, bas berkenaan telah menerima sebanyak 63 saman dan 9 diantaranya  masih lagi belum dibayar, disini timbul pula persoalan bagaimana  sebuah kenderaan yang mempunyai 9 saman boleh menjalankan operasi dan seharusnya satu siasatan perlu dibuat  berkaitan isu ini.

Dengan melihat rekod 63 saman yang telah dikeluarkan, secara tidak langsung kita dapat membayangkan bahawa pemandu bas tersebut adalah saorang yang tidak mematuhi undang undang jalanraya dan  membahayakan nyawa penumpang didalamnya.

Jika sebuah bas mempunyai 63 rekod saman, maka kemalangan yang berlaku  dan melibatkan 10 buah kenderaan ini bukan merupakan kesalahan taknikal  dan ianya boleh dikategorikan sebagai masalah perilaku pemandu tersebut.

SPAD seharusnya mengambil tindakan yang tegas dalam isu ini, membenarkan  pemandu yang sedemikian beroperasi dijalanraya akan  memberikan kesan terhadap pengguna jalanraya yang lain.  Pengharaman  lesem pemandu tersebut mestidilakukan demi menjamin keselamatan pengguna yang lain.

Bukan itu sahaja, SPAD semestinya terus menjalankan siasatan terhadap syarikar bas berkenaan dalam memastikan  setiap pemandu yang diambil bekerja tidak terlibat dengan gejala yang kurang sihat seperti  pengambilan dadah dan sebagainya. Jika terdap unsur yang sedemikian, seharusnya  pengantungan operasi dilakukan.

Dalam pada itu, Penolong Pendaftar Mahkamah Mejistret Ipoh, Ng Geok Nee membenarkan permohonan polis agar pemandu berkenaan direman selama empat hari lagi mulai hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak SPAD akan memberi kerjasama yang diperlukan untuk menyiasat kes ini meliputi semua aspek keselamatan termasuk kejuruteraan jalan raya serta pengurusan keselamatan, dan pengurusan kenderaan dan pemandu..

Ketua Pengawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata “keselamatan pengguna merupakan prioriti utama bagi SPAD dan suruhanjaya akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pengusaha bas yang melanggar syarat-syarat keselamatan”

Rakyat amat berharap agar SPAD mengambil tindakan yang tegas terhadap pemandu dan syarikat bas berkenaan sekali gus menyiasat bagaimana sebuah kenderaan awam yang mempunyai 63 rekod saman dan 9 saman tertunggak masih boleh beroperasi dijalanraya.

Bas Langgar 10 Kenderaan Berhampiran Terowong Menora Kenyataan SPAD

Image | This entry was posted in Kemalangan di Menora. SPAD Akan Pastikan Hukuman Setimpal Terhadap Pemandu Dan Syarikat Bas and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s