Dato’ Seri Liow Tiong Lai- Langkah Keselamatan Pintu Masuk KLIA dan KLIA2 Di Pertingkatkan


Oleh rmf

( Gambar Sekadar Hiasan)

Sambutan rumah terbuka di Seri Perdana telah mendapat kunjungan  luar jangkaan yang dianggarkan. Segenap pelusuh rakyat telah berpusu pusu hadir untuk bersama meraikan sambutan hari raya  bersama Perdana Menteri yang mereka sanjungi.

Kunjungan bukan sahaja oleh rakyat Malaysia , malah ianya dihadiri oleh pelancong yang darai dari  pelbagai Negara. Rata rata  daripada mereka menyifatkan bahawa Malaysia mempunyai budaya yang amat unik didunia.

Keunikan yang dinyatakan ialah  Malaysia yang mana mempunyai pelbagai kaum dan agama serta bangsa boleh menjalani kehidupan bersama dengan harmoni dan berkerjasama  serta bersama sama meraikan perayaan untuk kaum yang lain.

Perkara ini amat jarang  berlaku dinegara lain, Malaysia  dipuji kerana amat bijak melakukan pengurusan berbagai bangsa untuk saling menghormati  dengan kepelbagaian budaya yang menjadi tradisi masing masing.

Pada masa yang sama Presiden MCA Dato Seri Liow Tiong Lai merangkap Menteri Pengangkutan juga  berkata bahawa sambutan pada kali ini telah mencecah seramai 75 ribu orang dari pelbagai bangsa  menunjukkan bahawa  rakyat Malaysia saling mengamalkan budaya dan sikap tolak ansur dan kerjasama dalam memastikan kehidupan berbilang kaum terjamin keharmoniannya.

Bercakap semasa menghadiri Rumah Terbuka Aidil Fitri di Seri Perdana, Liow juga mengingatkan betapa pentingnya  menjalani kehidupan dan menikmati keamanan yang sentiasa dijaga  dalam Negara ini.  Dalam apa juga bentuk hasutan dan ancaman yang menjurus kepada perpecahan kaum hendaklah dielakkan

Penerapan nilai nilai murni oleh rakyat dan sikap toleransi seharusnya  terus dipupuk sepanjang masa untuk memastikan  kekuatan hubungan diantara kaum terus terjalin tanpa rasa  curiga diantara satu dengan yang lain.

Bercakap tentang isu letupan di Puchong yang dilakukan oleh pihak penganas Daesh , Tiong Lai telah menegaskan bahawa langkah langkah keselamatan telah dan sedang diambil dan memperketatkan system keselamatan yang sedia ada.

Langkah keselamatan di KLIA dan KLIA2  telah diperketatkan untuk mengesan kemasukan penganas kedalam Negara ini seterusnya  melakukan keganasan yang mana akan menyebabkan  kematian dikalangan orang awama dan juga anggota keselamatan.

Liow juga  berpesan agar rakyat tidak gusar tentang apa yang terjadi baru baru ini dan menegaskan pihak keselamatan akan terus melakukan pematuan  dari masa kesemasa bagi memastikan keamanan dalam Negara ini terjamin.

Justeru itu, Liow juga terus mengingatkan rakyat agar terus  mengamalkan budaya kunjung mengunjungi dihari perayaan dan rumah terbuka  sebagai  langkah tradisi yang  telah menjadi amalan  bagi rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Image | This entry was posted in Dato' Seri Liow Tiong Lai- Langkah Keselamatan Pintu Masuk KLIA dan KLIA2 Di Pertingkatkan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s