Video Raya Terbaik Seorang Ahli Parlimen Datuk Ir.Wee Ka Siong- Apabila Mendung Berganti Sinar


Oleh rmf

Ramadhan bakal berakhir , suasana untuk menyambut hari raya kian terasa, ramai diantara rakyat Malaysia saling mengucapkan salam aidil fitri untuk semua rakan dan taulan. Suasana gembira jelas terasa diraut mawah masing masing.

Hari yang penuh kegembiraan  yang bakal menjelma disambut dengan persiapan   dengan kepelbagaian  menu dan baju raya. Dikala ini  semua orang yang  kurang bernasib baik , miskin atau yang kaya  turut diraikan dalam pelbagai majlis dan sumbang diberikan.

Pada kali ini, sambutan hari raya keluargan En.Shan Bin Mat Din  diraikan dengan penuh  bermakna dan kegembriaan. Kedukaan hati mereka kini  telah diubati dengan  bantuan yang diterima daripada Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong.

En. Sham yang mana sebelum ini tinggal disebuah rumah yang amat daif bersama saorang isteri dan 7 orang anak  telah mendapat perhatian ketua Kampungnya, Hj Mohd. Rashid B. Hadayat Ali.Masalah ini dipanjangkan kepada Ketua MCA Bhgn Ayer Hitam, En. Ling Tian Soon .

Kesengsaraan keluarga ini berakhir apabila tampil sekumpulan sukarelawan rakyat dengan disokong oleh pemimpin tempatan membaiki rumahnya. kesengsaraan En. Sham mendapat perhatian telah sampai ke pengetahuan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong.

Menurut Datuk Wee, “selain memberi bantuan kewangan kepada keluarga En Sham, hasrat saya ingin membaikpulih rumah En Sham sebelum bulan syawal”.

Sebagai saorang Ahli Parlimen Wee dengan keperihatinan yang ada didalam nalurinya terus memastikan bahawa En Sham akan menikmati suasana hari raya dengan penuh kegembiraan  bersama keluarga dengan bantuan yang diberikan.

Satu Pasukan sukarelawan rakyat telah ke rumah En. Sham untuk membaiki rumahnya untuk mengantikan zink yang telah bocor dan menukar dinding kayu yang telah rosak serta segala keperluan  bantuan makanan diberikan kepada keluarga ini .

Segala hasrat yang di impikan oleh Datuk Wee akhirnya terlaksana apabila rumah tersebut siap dibaiki sebelum menjelangnya  Syawal.. Perasaan sedi dan terharu dan tidak dapat digambarkan oleh En. Sham dalam ucapan  terima kasih yang tidak terhingga atas bantuan yang dicurahkan kepada keluarga mereka..

Untuk pertama kalinya  saksikanlah satu video yang cukup istimewa dari saorang Ahli Parlimen menjalankan tanggungjawabnya  dalam memastikan penduduk dibawah jagaanya  dibela dengan apa cara sekali pun dalam memastikan kegembiraan dan keperluan dapat disediakan dengan sebaiknya.

Dipihak kami, Kami mengucapkan terima kasih dan Selamat Hari Raya kepada En Sham sekeluarga dan juga kepada Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong diatas sumbang bakti yang amat bermakna untuk keluarga ini.

Image | This entry was posted in Video Raya Terbaik Saorang Ahli Parlimen Datuk Ir.Wee Ka Siong- Apabila Mendung Berganti Sinar and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s