LEP-Sambungan laluan Kelana Jaya  dan Ampang Dibuka Secara Rasmi Esok


Oleh rmf

Mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh SPAD  dalam penyediaan perkhidmatan adalah satu perkara yang wajib dipatuhi oleh mana mana syarikat  yang ingin menjalankan operasi  dalam perkhidmatan awam.

SPAD dalam segala kuasa yang diperuntukkan  sudah pastinya akan memastikan setiap langkah langkah  wajib  perlu di sempurnakan dengan sebaiknya. Langkah langkah ini termasuk perkara yanbg melibatkan keselamatan  dan juga prasarana  kemudahan pengguna.

Projek Sambungan Laluan (LEP) yang melibatkan laluan operasi  diantara Kelana Jaya dan Ampang kini telah pun mendapat kelulusan untuk memulakan operasi.

Pihak SPAD dalam satu kenyataan yang telah dikeluarkan mengesahkan bahawa  syarikat Prasarana Rail and Infrastructure Projects Sdn Bhd telah menerima kelulusan yang diperlukan  untuk memulakan operasi pada laluan laluan yang menghubungkan sambungan LEP Kelana Jaya dan Ampang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah memberitahu, pihaknya sebelum ini telah pun menerima kesemua dokumen yang diperlukan daripada pihak Prasarana pada 16 Jun yang lalu. Ia termasuklah Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), iaitu satu dokumen yang dikeluarkan oleh arkitek yang menyelia projek tersebut.

Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) ini adalah sebahagian daripada syarat syarat  yang dikenakan atau syarat wajib bagi sesabuah syarikat  dalam memohon untuk membuka laluan baru untuk  menyediakan perkhidmatan dalam bidang pengangkutan awam.

“SPAD telah menyemak dan meluluskan permohonan tersebut setelah berpuas hati bahawa Prasarana telah mematuhi kesemua keperluan sepertimana yang terkandung di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010,” jelas beliau.

Dalam perkembangan sama, SPAD turut menjelaskan bahawa penyerahan CCC oleh Prasarana kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah pun disempurnakan dengan sebaiknya dan mendapat sokongan sepenuhnya.

Prasarana dalam jaminannya  kepada beberapa  kemudahan yang belum di selesaikan , berjanji akan meyelesaikan masalah  yang  sedia ada iaitu isu berkaitan dengan pakir di beberapa kawasan iaitu di Stesen 4 (Subang Jaya) dan Stesen 7 (USJ 7) bagi laluan LEP Kelana Jaya pada kadar yang segera.

Perbincangan diantara pemaju dan pemilik tanah dikawasan berkenaaan akan dijalankan secepat mungkin agat setiap permasalahan yang sedia ada tidak akan berlarutan sehingga menjejaskan keperluan pengguna dimasa akan datang.

Laluan Sambungan Kelana Jaya dan Ampang  adalah merupakan satu kawasan laluan baharu  dimana kepadatan penduduk yang merangkumi beberapa kawasan yang  amat memerlukan satu system pengangkutan awam yang terbaik.

Kawasan yang  merangkumi  sebanyak 25 stesen laluan ini akan dijangka mencatat pertambahan penumpang  yang bakal menggunakan  laluan baharu ini.  Pada masa ini, laluan lama yang melibatkan perkhidmatan monorel mencatatkan jumlah penumpang seramai setengah juta  setiap hari.

Untuk makluman pembaca, LEP ini akan dilancarkan perasmiannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari esok, 30 Jun 2016.

Justeru itu, SPAD dalam memastikan system pengangkutan Awam darat berada di landasan yang sebaiknya terus melakukan kajian terperinci agar  system pengangkutan awam darat  standing dengan  Negara luar.

Dasar transformasi pengangkutan awam terus dilakukan  agar ianya  sejajar dengan hasrat kerajaan  untuk berada di Negara maju pada 2020 nanti . SPAD bertekad agar dimasa itu system pengangkutan awam  di Malaysia adalah yang terbaik.

Image | This entry was posted in LEP-Sambungan laluan Kelana Jaya  dan Ampang Dibuka Secara Rasmi Esok and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s