Datuk Wee Yakin Dengan Semangat “Stronger Together” Untuk Menghadapi PRU14


Oleh rmf

Kejayaan besar sokongan yang diberikan oleh masyarakat Cina di Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah satu perkembangkan yang menarik  masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional dalam Pilihanraya  berkembar  baru baru ini.

Ini merupakan suntikan semangat  yang kuat dari MCA serta anggota jentera pilihanraya yang mana sememeangnya telah berkeja keras dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional. Melihat perkembangan tersebut, MCA dalam kekuatan dan semanagat setiakawan  sedang mengukuhkan lagi keyakinan untuk menghadapi PRU14 akan datang.

Kegembiraan dengan kejayaan ini, MCA terus mengingatkan agar kejayaan ini terus dijadikan panduan kepada usaha menghadapi PRU 14  dengan  menyarankan setiap anggota MCA terus mendekati rakyat dalam apa cara sekali pun tanpa membezakan warna kulit dan ras.

Datuk Wee Ka Siong sebagai pemimpin yang dikenali  sebagai saorang pemimpin yang amat kuat bekerja untuk rakyat terus mengingatkan bahawa setiap anggota perlu mengamalkan sikap toleransi, kerjasama dengan semua golongan untuk memastikan  kumpulan atau golongan ini terus menyokong kerajaan Barisan Nasional.

Bagi memastikan kejayaan ini berterusan , Datuk  Wee dalam saranannya dan  pandangan beliau kepada segenap anggota MCA  terus berkhidmat dan mengurangkan bercakap dalam menjalani proses mendekati rakyat pada bebila masa.

Datuk Wee  juga terus mengingatkan  bahawa Ini adalah kehendak pengundi kerana isu utama rakyat adalah isu untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik dan terjamin. Penterjemahan “Rakyat Didahulukan” semestinya dilaksanakan dalam kepelbagaian usaha  untuk meyakinkan rakyat bahawa , kerajaan sedia ada akan terus membantu semua golongan rakyat tanpa memilih kaum dean  agama.

Justeru, masyarakat Cina perlu diyakinkan bahawa hanya dengan mempunyai wakil mereka di dalam kerajaan maka segala bentuk pembangunan akan dapat dilaksanakan dan keperluan mereka akan terus diberikan perhatian untuk mereka meneruskan kehidupan.

Semangat setiakawan yang telah ditunjukkan oleh  komponen  komponen di dalam BN, telah membuktikan ia utuh dan erat serta bersatu. Inilah yang gagal dilakukan pakatan pembangkang samada yang Pakatan Rakyat mahupun Pakatan Harapan.

Pertelingkahan dan  krisis yang sedia ada didalam pembangkang sekali gus telah menunjukkan bahawa Pakatan pembangkang  terus menunjukkan kuasa dan ingin menjadi  “BOSS” diantara komponen mereka.

Perebutan kuasa dan pertelingkahan yang tiada kesudahannya di antara parti-parti pembangkang jelas menunjukkan mereka tidak berminat untuk berkhidmat kepada rakyat tetapi sekadar menjadikan undi rakyat sebagai barangan untuk mereka berebut kuasa sesama sendiri.

Walaupun baru kembali setelah menjalani rawatan di luar negara, Datuk Wee tidak melepaskan peluang untuk berkongsi kejayaan MCA di dalam kempen mereka di PRK Sg Besar dan juga Kuala Kangsar. Pada masa yang sama.

 Datuk Wee yakin, jika MCA terus mengambil berat dan menyelesaikan masalah utama rakyat iaitu keperluan seharian mereka, maka pengundi Cina tidak akan melihat parti-parti pembangkang lagi yang hanya mampu berpolitik sahaja tetapi gagal menyelesaikan masalah mereka.

 

Image | This entry was posted in Datuk Wee Yakin Dengan Semangat “Stronger Together” Untuk Menghadapi PRU14 and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s