SPAD-Budaya Samseng Bukan Jalan Penyelesaian Krisis Diantara Uber dan Pemandu Teksi


Oleh rmf

Kejadian memukul pemandu Uber oleh 50 oarang yang dikatakan  pemandu teksi  sekali gus menunjukkan bahawa sikap  sebilangan pemandu teksi sedia ada tidak mampu melawan persaingan sihat dan meningkatkan mutu perkhidmatan yang terbaik.

Tidakan tersebut sekali gus mencerminkan budaya samseng dikalangan pemandu teksi. Rata rata  kejadan tersebut  sedikit sebanyak telah mencemarkan  nama baik pemandu teksi yang tidak terlibat langsung dalam kejadian tersebut.

Mungkin implikasinya dimasa akan datang, banyak penguna  akan beralih kepada perkhidmatan uber yang mana menawarkan perkhidmatan yang terbaik. Kesan kejadian tersebut akan ditanggung oleh pemandu teksi yang tidak terlibat.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yakin peraturan baharu yang akan diperkenal kerajaan terhadap perkhidmatan Uber dan Grabcar mampu mewujudkan keseimbangan terhadap ekosistem perkhidmatan awam negara.

Bagi mengatasi masalah ini, munkin satu perundangan baru akan diperkenalkan bagi memastikan budaya saing  diantara pemandu teksi dan uber untuk mempamerkan perkhidmatan yg baik untuk pelangan.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata usaha merangka peraturan terhadap perkhidmatan aplikasi itu yang dibuat kerajaan ketika ini adalah bagi memastikan semua perkhidmatan yang ditawarkan di negara ini di pantau undang-undang.

“Nampaknya Uber dan Grabcar ini sistem yang ramai berminat, mungkin dia (kerajaan) nak membenarkan.

“Kita akan buat peraturan supaya tidak ada pihak berada pada keadaan yang berbeza (terlepas daripada peraturan perkhidmatan pengangkutan). Peraturan ini nanti akan wujudkan keseimbangan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan memperincikan bentuk peraturan yang akan diperkenal itu. Syed Hamid berkata, SPAD begitu mengalu-alukan sebarang bentuk perkhidmatan yang menggunakan aplikasi kerana ia terbukti memudahkan, selain sudah berkembang di seluruh dunia.

“Sesiapa yang nak beroperasi guna teknologi maklumat, kita jemput sebab ini perkembangan di seluruh dunia. Tapi kita mahu lahirkan suasana yang berperaturan dan mengikut undang-undang,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Berbuka Puasa bagi meraikan kakitangan SPAD serta anak yatim di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) di Bukit Kiara, hari ini. Mengulas insiden sekumpulan 50 lelaki dipercayai pemandu teksi yang berang terhadap kemunculan pemandu perkhidmatan Uber di KL Sentral baru-baru ini, beliau berkata ia satu tindakan yang mengecewakan.

Katanya, pemandu teksi tidak seharusnya bertindak sedemikian kerana ia hanya akan menjejaskan perkhidmatan mereka.

“Makin kamu sekat, makin ramai orang nak guna. Kita jangan bertindak di luar batas, mogok di jalan pun akhirnya menyusahkan orang, jalan sesak.

“Kerajaan sedang lakukan tindakan terhadap perkhidmatan Uber dan Grabcar, kita tunggulah keputusannya nanti,” katanya.

 

Image | This entry was posted in SPAD-Budaya Samseng Bukan Jalan Penyelesaian Krisis Diantara Uber dan Pemandu Teksi and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s