Keputusan Muktamad- Tiada Pertukaran Nama KLIA2 kepada LCCT2


Oleh rmf

download (1)Sekali lagi Air Asia telah menimbulkan kontroversi apabila ingin mencadangkan  agar nama KLIA2 ditukarkan kepada LCCT2 yang dikatakan sebagai langkah promosi terhadap syarikat tambang murah itu.

Kontroversi kali pertama telah dilakukan oleh Air Asia apabila Air Asia membuat keputusan enggan berpindah ke Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) pada 9 Mei 2014 seperti yang diumumkan oleh kerajaan, ia bukanlah satu kejutan yang terlalu besar kepada mereka yang mengikuti perjalanan syarikat tambang murah paling berjaya ini.

Syarikat ini ditadbir oleh kumpulan manusia yang penuh keangkuhan dan merasakan mereka memberi sumbangan besar kepada negara sehingga ia kebal dari segala tindakan. Para pemegang saham Air Asia mempunyai yang sangat baik dengan koridor kuasa negara terutamanya pada era pentadbiran Pak Lah. Apabila pentadbiran Pak Lah berakhir mereka mengambil bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa (MITI), Tan Sri Rafisah Aziz sebagai pengerusi Air Asia X.

Dalam satu kenyataan Mohd Najib diiringi dengan kenyataan berlapik: April 2014

“Kalau mereka buat kenyataan enggan berpindah, itu bunyinya seperti kenyataan yang sombong. Tetapi kalau mereka sebut ada sebab untuk keberatan berpindah dan ingin berunding dengan kerajaan, saya fikir cara seperti itu lebih sesuai.

Sikap sombong dan angkuh Air Asia ini kadang kala  syarikat ini lupa bahawa terlalu banyak keistimewaan yang telah diberikan oleh kerajaan  sehinga lah beberapa perkara yang melibatkan cukai lapangan terbang yang disimpan oleh Air Asia kepunyaan kerajaan sehingga  tuntutan dibuat.

Setiap kali ada isu kontroversi membabitkan MAHB atau kerajaan, Air Asia bukan bersifat merayu tetapi bersifat bercakap gah seolah-olah merekalah penyelemat rakyat Malaysia yang mahu menggunakan kapal terbang tambang murah.

Air Asia pernah “mengugut” kerajaan secara tidak langsung untuk memindahkan Ibu Pejabatnya ke Jakarta, Indonesia sebagai reaksi tidak berpuas hati dengan sokongan kerajaan terhadap syarikat mereka. Kemudian menafikannya apabila berlaku rundingan untuk penggabungan dengan MAS.

Apabila usaha penggabungan tersebut gagal kerana mendapat bantahan ramai, Fernandes mengumumkan pemindahan ibu pejabat serantau beliau ke Jakarta.

Air Asia bebas menjalankan promosi untuk menggunakan LCCT2 tetapi akronim tersebut tidak dibenarkan diletak pada tiket dan kaunter daftar masuk…ia merupakan kesalahan jikalau menukar nama sesuka hati yang telah diperuntukkan di bawah undang-undang penerbangan..

Air Asia sewajarnya berfikir menyeluruh sebelum membuat sebarang keputusan penukaran nama kerana nama KLIA 2 ia tertakluk kepada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Hari ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lain menjawab desakan tersebut dengan tiada keperluan untuk menukar nama KLIA2..

Menurut Liow dalam satu kenyataan “Dalam Persatuan Pengangkutan Udara Anrarabangsa, KLIA 2 didaftarkan sebagai sebahagian daripada kod rasmi KLIA iaitu KUL.”

Liow menjelaskan perubahan nama KLIA 2 kepada LCCT 2 tidak praktikal dan tidak tepat untuk menamakan semula KLIA2. Nama ini tidak boleh ditukar demi perubahan”

Walaupun cadangan Air Asia ini ditolak ia tidak bermakna kerajaan menyekat suara sebarang mereka untuk memberi cadangan bagi meletakkan KLIA2 sebagai terminal tambang murah bagi merangsang industri pelancongan dan penerbangan negara…

Sejak berpindah ke KLIA2, Air Asia mendakwa bisnes mereka terjejas kerana reka bentuk lapangan terbang dan sistem daftar masuk tidak membenarkan ia menampung jumlah penumpang yang ramai..malah pada awal perpindahan Air Asia 2014 mereka turut mengkritik bangunan tersebut bermasalah dari aspek pembinaan dan keselamatan.

Berikut kami kongsikan kenyataan media dari Kementerian Pengangkutan

Image | This entry was posted in Keputusan Muktamad- Tiada Pertukaran Nama KLIA2 kepada LCCT2 and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s