Analisis- TERNYATA PAS Lebih Kuat Dari DAP dan PKR Jika  Bukan Dari Pakatan


Oleh rmf

Pertelingkahan diantara PAS dan DAP telah menjurus kepada tindakan DAP menyinkirkan PAS dari Pakatan Rakyat dan  tindakan ini sekali gus telah menguwujudkan sebuah gabungan baru yang dinamakan Pakatan Harapan yang berslogankan “Selamatkan Malaysia”.

PAS terus diterajui oleh Presidennya Hadi Awang dan telah melakukan “pembersihan” dalam parti dengan membiarkan  pemimpin yang berbulu ayam menyertai DAP  serta menubuhkan sebuah parti baru yang ditaja oleh DAP iaitu PAN.

Ramalan PAS akan menentang DAP terus dilakukan dalam apa kedudukan sekali pun . Perkara ini telah dibuktikan bagaimana PAS telah meletakkan calonnya bertanding dalam PRK  Kuala Kangsar dan Sunagai Besar.

Tindakan PAS bertanding bukan sahaja telah meinbulkan lemarahan DAP dan juga PAS serta PKR. Mereka mengharapkan PAS tidak akan meletakkan calon dan akan meletakkan PAN dan bukan PKR dan bukan PAS untuk menentang  BN di kedua kawasan yang dipertandingkan.

Kita sedia maklum bahawa DAP tidak akan mampu bersaing sendirian untuk menumbangkan UMNO, DAP terpaksa menggunakan proksi dikalangan  orang Melayu yang nyata  mampu dilembutkan dengan “imbuhan”  bulanan.

Melayu Melayu ini digunakan sepenuhnya untuk dijadikan peluru bagi memecahkan lagi sokongan Melayu terhadap BN. Seterusnya  setelah menang parti Melayu PAN ini akan diikat dan disembelih oleh DAP dan memberikan kelebihan kerusi kepada DAP.

Agenda DAP ini telah lama diketahui, tetapi kebijaksanaan mereka menggunakan isu isu dan mempengaruhi serta menggunakan “kebodohan”  orang lain adalah sesuatu yang tidak dapat disangkal lagi.

Kebijaksanaan Mahathir juga dapat mereka tumbangkan dengan cara yang cukup halus, semuanya  telah dipergunakan oleh DAP atas nama slogan dan isu yang dibangkitkan, walaupun isu tersebut telah diselesaikan mengikut perundangan Negara.

PAS bertanbding di Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah untuk menguji kekuatan sokongan mereka setelah disingkirkan oleh DAP dan setelah sedar bahawa DAP bukan rakan politik yang baik untuk disertai oleh sebuah parti yang dikatakan berjuang atas nama  Melayu Islam.

Tindakan bijak Hadi Awang sekali gus telah mencerminkan  betapa PAS ingin membersihkan parti tersebut dari musang musang yang berbulu ayam disemua peringkat. Lim Kit Siang gagal meyekat tindakan Hadi Awang dalam usaha yang baik untuk PAS.

Ramalan Hadi tentang keputusan pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar ternyata mengena apabila PAS dibuktikan begitu banyak undi setelah berpisah daripada pakatan politik pembangkang.

Parti Islam tersebut hanya memperolehi 6,902 undi di Sungai Besar dan 5.684 undi di Kuala Kangsar dalam PRK yang baru selesai Sabtu lalu.

Sebelum ini, PAS memperolehi 18,296 undi di Sungai Besar dan 13,136 undi di Kuala Kangsar pada PRU 2013. Lebihan undi ini adalah dari sokongan sebilangan penyokong DAP dan PKR. Nyata sekali bahawa  diandaikan lebihan tersebut adalah dari gabungan  perngundi PKR dan DAP.

Disini kita akan dapati bahawa DAP dan PKR telah kalah  sokongan jika baki dari jumlah keputusan yang dimenangi oleh PAS di Kuala Kangsar. PKR dan DAP hanya memperolehi 5697 undi sahaja di Sungai Besar jika dibahagikan kepada dua melalui jumlah 11,394 undi PKR dan DAP.

PAS kehilangan 11,394 undi di Sungai Besar dan 7,452 undi di Kuala Kangsar dalam PRK adalah kesemuanya dari PKR dan DAP. PAS memperolehi 6,902 undi di Sungai Besar dan 5.684 undi di Kuala Kangsar

Di Kuala Kangsar pula, pada PRU 13 PAS memperolehi 13,136 undi gabungan dari PKR dan DAP, Namun pada kali ini PRK Kuala Kangsar PAS hanya  dapat sokongan sebanyak  5684 undi sahaja. Kaedah yang sama DAP dan PKR hanya mempuntai sokongan bahagi dua adalah sebanyak 2842 penyokong sahaja.

Pengiraan ini, sekali gus telah memperlihatkan bahawa DAP dan PKR tidak mampu menandingi PAS dan  tersingkirnya PAS dari Pakatan Rakyat adalah sesuatu yang merugikan DAP dan PKR. PAS dilihat boleh bersaing dalam undian jika PKR dan PAN dan DAP berpecah.

PAS hanya tewas dengan majoriti tipis 399 undi di Sungai Besar pada PRU ke-13, namun undi yang mereka perolehi pada masa itu adalah atas nama Pakatan Rakyat. Dan bila PAS bertanding tiga penjuru di Sungai besar sekali gus telah memperlihatkan sikap dan ketamakan DAP dalam memanipulasikan kehadian PAS demi untuk mengekalkan sokongan pengundi terhadap PAN.

Cerminan yang tepat untuk sokongan bagi PAS ialah keputusan PRU tahun 2004, apabila PAS yang bertanding ‘sendirian’ mendapat 7.988 undi di Sungai Besar dan 5,748 undi di Kuala Kangsar, Ini bermaksud penyokong PAS yang sedia ada adalah penyokong yang tegar dan tidak boleh dipertikaikan oleh DAP.

PAS malah tidak mampu mengulang pencapaian tahun 2004 di kedua-dua kawasan tersebut adalah kerana Hadi sedang melakukan “pembersihan dalaman dan akar umbi” untuk mengukuhkan lagi kedudukan PAS dalam menentang DAP, PKR dan PAN.

DAP  meramalkan PAS akan bungkus di Selangor dan Perak, berdasarkan keputusan PRK Sabtu lalu. Tetapi DAP juga lupa bahawa jika sesuatu yang “miracle” berlaku- DAP dan gabungannya akan berputih mata pada PRI akan datang.

Ketakutan PKR dan DAP berlakunya gabungan PAS dan BN adalah merupakan “bom atom”  yang akan menghancurkan semua yang dirancang untuk memijak Melayu akan terkubur.

Agenda DAP 50 tahun  sekali gus manjadikan DAP sebuah parti yang hanya mampu meludah sahaja dan bukan sebuah parti yang mampu bertempek untuk menunjukkan kuasanya pada orang melayu khasnya.

Untuk merubah semua itu, Seharusnya para pengiat media social dikalangan BN dan PAS seharusnya terus menerus membongkar skandal DAP yang tidak pernah didakwa oleh mana mana pihak berkuasa agar ianya dibuktikan serta kesalahan pemimpin yang terlibat dibawa ke muka Pengadilan.

Image | This entry was posted in Analisis- TERNYATA PAS Lebih Kuat Dari DAP dan PKR Jika  Bukan Dari Pakatan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s