SPAD Terus Laksanakan Operasi Musim Perayaan Demi Menjamin Keselamatan Penguna dan Pemumpang Kederaan Awam Terjamin.


Oleh rmf

Keselamatan jalanraya adalah penting sepanjang masa, tidak kira pada musim perayaan atau pun tidak. Namun, pada musim perayaan seperti Hariraya, Tahun Baru Cina dan Depavali dan sebagainya.

Kadar penggunaan jalanraya meningkat secara mendadak. Sebagai  pemandu disarankan agar lebih waspada dan berhati-hati semasa menggunakan jalanraya. Kesabaran ketika memandu juga amat diperlukan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya kemalangan jalanraya.

Bersesuaian dengan matlamat ini, berikut adalah langkah-langkah terbaik yang perlu diambil perhatian oleh setiap pemandu untuk menjamin keselamatan awam di jalanraya. Langkah langkah penguatkuasaan  dan pemeriksaan terhadap kenderaan sewajarnya dilakukan.

SPAD dalam memastikan keselamatan pengguna dijalanraya  terus menerus setiap masa mengadakan   operasi dan penguatkuasaan agar  kehilangan nyawa dimusim perayaan dapat dikurangkan . Ini diantara usaha murni yang dijalankan oleh SPAD dimusim perayaan.

Dalam  perkara ini SPAD tidak akan berkompromi dalam apa juga kesalahan yang melibatkan nyawa penguna jalan raya dan juga nyawa penumpang. Tindakan Tegas  akan dikenakan kepada pemandu yang engkar dalam melakukan pematuhan  undang undang jalanraya.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memperhebatkan operasi dan penguatkuasaan sehingga menjelang musim perayaan bagi memastikan pengusaha pengangkutan awam mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata pengusaha pengangkutan awam perlu mematuhi beberapa aspek merangkumi faktor keselamatan serta harga tambang bas.

“Pada musim perayaan ini, pengangkutan seperti bas dan teksi menjadi pilihan pengguna. Kita akan pertingkatkan serta memperluaskan lagi operasi ini di negeri-negeri yang lain di samping memastikan harga tambang pengangkutan awam tidak dinaikkan sewenang-wenangnya,” katanya kepada pemberita, di sini.

Menurutnya pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha mahupun pemandu yang dikesan melakukan perbuatan terbabit dan tindakan tegas akan dikenakan.

Jelasnya SPAD turut bekerjasama dengan beberapa agensi yang lain termasuk Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) bagi memastikan para pemandu bas tidak berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol ketika menjalankan tugas.

“Ujian air kencing akan dilakukan kepada pemandu bas memastikan mereka bebas daripada sebarang bahan terlarang. (Ini kerana)..mereka membawa nyawa berpuluh penumpang,” katanya.

Che Hasni berkata pemeriksaan di terminal bas juga turut dilaksanakan selain rondaan di jalan raya termasuk di laluan Lebuhraya Pantai Timur.

Katanya SPAD turut melaksanakan Ops Penyamaran bagi mengesan dan mengambil tindakan ke atas para pemandu yang melakukan kesalahan.

Sementara itu, beliau berkata pengusaha bas tambahan juga perlu mendapatkan Lesen Perubahan Sementara (LPS) untuk menjalankan perkhidmatan itu pada musim perayaan ini.

Beliau berkata pada kebiasaannya, pada musim perayaan sebanyak 500 hingga 1,000 permohonan LPS diterima di seluruh negara membabitkan kesemua destinasi.

“Permohonan itu bergantung kepada keperluan semasa dan kita yakin ia mencukupi untuk membawa orang ramai ke destinasi masing-masing,” katanya

.

 

Image | This entry was posted in SPAD Terus Laksanakan Operasi Musim Perayaan Demi Menjamin Keselamatan Penguna dan Pemumpang Kederaan Awam Terjamin. and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s