Transformasi Industri Teksi Kian Hampir Ke Matlamat Pemodenan Perkhidmatan


Oleh rmf

Para penumpang bukan sahaja dimaki dan diugut, malah berleluasa juga perbuatan menipu tambang oleh pemandu teksi yang berangan-angan menjadi ‘jutawan segera’ dengan memeras duit penumpang khususnya pelancong asing.

Imej perkhidmatan teksi di Kuala Lumpur turut terjejas dengan pelbagai kerenah lain pemandu seperti memilih penumpang, mengambil penumpang bukan di perhentian teksi, tidak membantu walaupun penumpang membawa beg berat, tidak menggunakan meter dan menurunkan penumpang di tempat tidak dibenarkan.

Kita juga biasa melihat pemandangan but teksi tidak ditutup rapat kerana beg tidak muat. Ini bukanlah fenomena lumrah bagi teksi di negara lain.

Untuk meningkatkan imej teksi di Kuala Lumpur, kita sepatutnya mencontohi perkhidmatan di negara-negara yang telah diktiraf sebagai terbaik.

Bancian oleh syarikat penyedia perkhidmatan tempahan hotel secara dalam talian, Hotels.com pada tahun lalu mendapati perkhidmatan teksi di London adalah yang terbaik di dunia dan status itu kekal selama enam tahun berturut-turut.

Tempat kedua terbaik adalah perkhidmatan teksi New York, ketiga, Tokyo; keempat Berlin; kelima dikongsi secara bersama oleh Amsterdam, Madrid dan Mexico City; keenam Bangkok, Singapura dan Bogota serta ketujuh Las Vegas, Vancouver dan Mumbai.

Jika dilihat kepada kejayaan perkhidmatan teksi London dan New York menduduki dua tempat teratas, ia berpunca kerana wujud skim latihan khas bagi melahirkan pemandu yang berhemah.

Justeru iti SPAD dalam menjalankan tanggungjawab transformasinya terhadap pengangkutan awam darat terutama  perkhidmatan teksi terus melakukan penambahbaikan terhadap industry  perkhidmatan ini agar ianya standing dengan negara lain.

Cadangan ini telah diutarakan oleh makmal teksi yang dijalankan oleh SPAD pada Disember 2015 yang lalu, Diantara yang menarik perhatian ialah  daripada keputusan makmal teksi ini berkaitan pemandu UBER dan Grab car yang menggunakan pekhidmatan ‘e-hailing’

SPAD bercadang ingin memberi kesamarataan terhadap pemain industri teksi, uber dan grabcar. Cadangan ini bukan bererti pemandu teksi dianak tirikan tetapi ia lebih mematangkan pemandu teksi dengan persaingan sihat.

SPAD telah mencadangkan bahawa: Cadangan yang dikemukakan turut menyentuh keperluan perundangan yang diperlukan untuk menangani permintaan yang dijanakan oleh teknologi semasa serta mengawal selia perkhidmatan ‘e-hailing’ seperti Uber dan Grab.

Ianya juga bertujuan untuk memberikan kesamaan taraf di dalam medan persaingan yang adil di kalangan pemandu teksi agar mereka dapat kekal bersaing dengan sihat. Antara syor yang disarankan ialah pemberian lesen teksi individu baru kepada pemandu yang mempunyai rekod yang bersih untuk menggalakkan semangat keusahawanan di peringkat individu.

Ia juga menyediakan pilihan yang munasabah bagi pemandu teksi yang berkelayakan, untuk keluar daripada belenggu sistem pajak. SPAD juga mencadangkan lebih banyak pilihan model kenderaan bagi kegunaan pemandu teksi.

Kenyataan Akhbar SPAD

KENYATAAN MEDIA SPAD MENGENAI TRANSFORMASI INDUSTRI TEKSI KIAN HAMPIR

Penyelesaian akan menjurus kepada mewujudkan persaingan yang adil pada masa hadapan

KUALA LUMPUR, 18 Jun 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan yang memperincikan penyelesaian bagi meningkatkan tahap mutu perkhidmatan serta menggalakkan persaingan yang sihat di dalam industri teksi negara.

Makmal teksi yang telah dijalankan oleh SPAD pada Disember 2015, telah mengesahkan bahawa penyelesaian permasalahan di dalam industri teksi bukanlah satu tugas yang mudah dan adalah sukar bagi mendapatkan jawapan yang akan memuaskan kesemua pihak. Dengan itu, di dalam menyediakan cadangan kepada Kerajaan, Suruhanjaya telah mengambil pendekatan yang seimbang serta memberikan tumpuan kepada usaha memastikan dasar semasa, peraturan-peraturan dan keperluan-keperluan lain akan terus memacu persaingan yang adil bagi industri teksi di masa depan.

Cadangan yang dikemukakan turut menyentuh keperluan perundangan yang diperlukan untuk menangani permintaan yang dijanakan oleh teknologi semasa serta mengawal selia perkhidmatan ‘e-hailing’ seperti Uber dan Grab. Ianya juga bertujuan untuk memberikan kesamaan taraf di dalam medan persaingan yang adil di kalangan pemandu teksi agar mereka dapat kekal bersaing dengan sihat. Antara syor yang disarankan ialah pemberian lesen teksi individu baru kepada pemandu yang mempunyai rekod yang bersih untuk menggalakkan semangat keusahawanan di peringkat individu. Ia juga menyediakan pilihan yang munasabah bagi pemandu teksi yang berkelayakan, untuk keluar daripada belenggu sistem pajak. SPAD juga mencadangkan lebih banyak pilihan model kenderaan bagi kegunaan pemandu teksi.

 “Suruhanjaya berkeyakinan bahawa langkah untuk meliberalisasikan model teksi adalah diperlukan bagi mewujudkan landskap industri yang kompetitif yang dapat memacu industri ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah.

“Jelas sekali pembaharuan dan perubahan itu akan memberikan kesan yang besar terhadap industri teksi negara. Sebaik sahaja menerima kelulusan Kabinet, kami akan membuat perincian untuk memastikan bahawa penyelesaian dapat dilaksanakan sebaik mungkin serta mengambil kira kerumitan yang bakal dialami ketika proses peralihan,” katanya lagi

Pada bulan Mei 2016, SPAD telah membentangkan cadangan penyelesaian di bawah Program Transformasi Industri Teksi kepada Majlis Ekonomi dan telah menerima maklum balas yang positif. Suruhanjaya akan mengumumkan butiran lengkap program tersebut di dalam masa terdekat, susulan kelulusan Kabinet yang dijangkakan pada bulan Julai 2016. Sementara menunggu keputusan tersebut, SPAD memohon kesabaran dari semua pihak bagi mengelakkan cetusan kontroversi dan kekeliruan.

-Tamat-

 

Image | This entry was posted in Transformasi Industri Teksi Kian Hampir Ke Matlamat Pemodenan Perkhidmatan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s