MyBas DiLebarkan Perkhidmatan di Ipoh.


Olewh rmf

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan syarikat The Combined Bus Servi­ces Sdn. Bhd. (TCBS) bagi mengendalikan perkhidmatan di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) itu dan operasi tersebut akan melibatkan 16 laluan baharu.

Katanya, antara kawasan yang dilalui myBAS di Ipoh kelak adalah Chemor, Stesen 18, Menglembu, La­pangan Terbang Sultan Azlan Shah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, pusat beli-belah Aeon Ipoh dan semua stesen komuter di bandar raya ter­sebut.

 “Kerajaan bersetuju menjalin kerjasama dengan pihak TCBS selepas melihat rekod baik syarikat itu selain percaya dengan jaminan mereka untuk memastikan kekerapan perkhidmatan bas dan waktu operasi berjalan lancar serta memantau maklumat jumlah penumpang bas dengan mengguna­kan Sistem Kedudukan Global (GPS),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menandatangani perjanjian bersama TCBS yang diwakili Pengarah Urusan syarikat tersebut, Datuk Seri Cheong Kong Fitt di Ibu Pejabat SPAD, Kuala Lumpur Sentral di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Azharuddin Mat Sah dan Pengarah Eksekutif TCBS, Datuk Cheong Peak Sooi.

Perkhidmatan myBAS merupakan inisiatif baharu yang diwujudkan kerajaan bagi menggantikan Dana Sokongan Sementara Bas Henti-henti (ISBSF) sebagai penyelesaian jangka panjang untuk meningkatkan tahap perkhidmatan bas henti-henti di seluruh negara. Sebelum bandar Ipoh, MyBas telah pun ujud di beberapa bandar seperti bandar Kangar , Perlis dan Seremban , Negeri Sembilan.

Di bandar Kangar ia telah pun bermula pada  Ogos , 2015 lalu dan bandar Seremban pada bulan Januari tahun 2016 ini. Menurut laporan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) MyBas Ipoh Fasa 1 telah pun bermula pada pada awal bulan Jun ini.

Sebagai permulaan di Ipoh Fasa 1 menampakkan pelancaran 4 laluan utama stesen bas Ipoh. Laluan laluan yang dimaksudkan ada lah seperti yang kami dapati dari laman SPAD seperti kenyataan dibawah ini :-

Stesen Bas Ipoh – Terminal Amanjaya (T30a), Stesen Bas Ipoh – Chemor (T30b, melalui Terminal Amanjaya), Stesen Bas Ipoh – RTC Gopeng (T34) dan Terminal Amanjaya – Stesen Bas Ipoh ( T37, melalui – Sultan Azlan Shah Airport) dan 2 laluan perantaraan (feeder): Oldtown Ipoh (F303) dan Bandaraya Ipoh – Jusco Ipoh (F304).

Perkhidmatan  sepenuhnya dijangka akan beroperasi pada Ogos 2016 dan akan meliputi jarak laluan sejumlah 312 km berbanding 132 km sebelum ini dan menawarkan 12 laluan utama dan 7 laluan perantaraan (feeder).

Sambil itu dibawah ini kami lampirkan maklumat selebih nya berkenaan lallan laluans serta jadual waktu oeprasi nya setiap MyBas.

Ipoh kini mempunyai jumlah penumpang pengangkutan awam seramai 5.9 juta orang setahun, justeru SPAD berharap menerusi program myBAS itu bilangan pengguna akan me­ning­kat kepada 8.8 juta untuk tahun pertama operasi.

Katanya, SPAD juga berharap pelaksanaan myBAS di Ipoh akan memberikan perkhidmatan peng­angkutan awam yang boleh dipercayai kepada pengguna tempatan khususnya mereka yang berada di luar Lembah Klang.

Syed Hamid menjelaskan tidak ada perubahan tambang apabila myBAS memulakan operasi. Demi memastikan keselamatan penumpang SPAD meletakkan syarat supaya usia setiap myBAS tidak boleh melebihi tujuh tahun.

Bagaimanapun bas-bas yang digunakan TCBS berusia dua tahun sahaja. Katanya lagi, tumpuan SPAD sekarang ialah untuk memastikan sistem kad prabayar digunakan sepenuhnya oleh semua pengendali bas supaya perjalanan lebih bersepadu.

Image | This entry was posted in MyBas DiLebarkan Perkhidmatan di Ipoh. and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s