#PRKKualaKangsar #KakMas4KK– Tiong Lai Seru Masyarakat Cina Beri Sokongan Padu Kepada Calon BN


Oleh rmf

9d1947ad-7059-40af-8e8d-1c00e3378987

Pembangkang mencari ruang dan peluang melalui isu yang dibangkitkan  untuk membelasah  parti komponen  didalam Barisan Nasional  dengan bertujuan untuk memecahkan setiakawan yang terjalin sekian lama.

 Agenda yang tidak pernah padam dari  dairi pembangkang akan  terus dimainkan untuk melemahkan kekuatan yang dibina oleh Barisan Nasional sekian lama. Sikap tegur menegur diantara komponen parti adalah lambing keikhlasan  kebersamaan.

Pembangkang dalam isu RUU Akta 355 yang dicadang untuk dibentangkan di Parlimen telah menjadi isu untuk  pembangkang memberikan tekanan kepada UMNO dan Barisan Nasional. Sebagaimana  biasa teguran dan pandangan diberikan oleh MCA kepada UMNO.

Betempat di Sekolah Menengah Persendirian Tsung Wah di Kuala Kangsar, Presiden UMNO dan merangkap Pengerusi Barisan Nasional , Dato’ Seri Mohd Najib Razak telah hadir dalam satu program  bersama komuniti masyrakat Cina Kuala Kangsar.

e07ee49c-c06f-43a4-8cde-2335baf4079aTurut hadir dalam program tersebut ialah  Presiden MCA  Datuk Seri L:iow Yiong Lai  bersama sama  masyrakat Cina memberikan sokongan padu kepada kepimpinan  sekarang dan sentiasa akan mengukuhkan perpaduan antara  kaum di Negara ini.

Dalam satu temuramah yang dibuat , Tiong Lai tanpa berselindung telah menegaskan bahawa  sokongan pad uterus diberikan oleh masyarakat Cina  dan MCA akan terus mengembeling tenaga  dalam memastikan keharmonian  dan perpaduan yang dikecapi selama ini terpelihara.

Pada masa yang sama , Tiong Lai  terus mengingatkan masyarakat Cina agar tidak terpengaruh dengan pihak pembangkang terutama  DAP yang mengamalkan perkauman  dan tidak menitik beratkan  keharmonian dengan  mengamalkan politik kotor.

Justeru itu, masyarakat cina harus lebih matang untuk memilih dan memberikan sokongan. Barisan Nasional yang mana selama ini telah  menunjukkan  kepimpinan yang terbaik tanpa memilih kaum harus diberikan kekuatan sokongan untuk  PRK Kuala Kangsar.

Dalam kenyataan yang sama juga, MCA akan mengerahkan seluruh jentera pilihanraya dan tenaga sukarela bagi membantu calon  barisan Nasional dan seterusnya untuk memastikan kemenangan parti.

Kejasama erat yang terjalin diantara gabungan  Barisan Nasional , nyata sekali tidak dapat dipertikaikan. Sikap toleransi diantara satu dengan yang lain menjadikan Barisan Nasional  adalah gabungan yang kukuh.

Diakhir program satu memorandum telag diserahkan oleh Persatuan Perniagaan Cina  kepada Perdana Menteri dan berikrar menyatakan sokongan yang padu terhadap kepimpinan Dato seri Najib  seterusnya akan menyokong calon BN pada pilihanraya kecil P067 Kuala Kangsar.

 

Image | This entry was posted in #PRKKualaKangsar #KakMas4KK– Tiong Lai Seru Masyarakat Cina Beri Sokongan Padu Kepada Calon BN and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s