#PRKKualaKangsar #KakMas4KK – Sudah Terang Lagi Bersuluh-,Mahathir Adalah Penyokong Pakatan Harapan


Oleh rmf

548bc76e-86ec-4216-a1b5-46b7b24ff736

Kempen Pilihanraya Kecil P067 Kuala Kangsar sudah mendekati minggu terakhir , semua pihak sedang giat menjalankan aktiviti untuk menarik sokongan pengundi terhadap pari masing masing. Kini kita sedang melihat gerakan gerakan memancing undi dilakukan tanpa mengira masa.

Pakatan Harapan dalam keadaan terdesaj telah menggunakan setiap ruang untuk mendapatkan sokongan masyarakat di Kuala Kangsar. Ceramah ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan semuanya telah disulami dengan isu kebencian dan  fitnah sebagai modal untuk mereka  mendapatkan sokongan.

Pembangkang sejak dahulu lagi terus menerus melakukan fitnah dan pembohongan terhadap  rakyat. Perilaku mereka yang sumabng ditutup serapatnya dan mereka terus menidakkan kemajuan yang telag dinikmati oleh rakyat dengan isu  berkepentingan untuk diri dan  parti.

Dalam mana mana ceramah yang dianjurkan tiada satu pun yang menjurus kepada perancangan untuk memastikan kehidupan dan kebajikan rakyat diucapkan. Pakatan Hanya tahu menidakkan apa  yang telah terbina.

Pada masa yang sama juga, pembangkang yang tidak pernah kenal erti bersyukur dan  sentiasa mencari peluang , kini menggunakan Mahathir sebagai peluru yang ampuh untuk menjatuhkan Barisan Nasional. Tun Mahathir kini sedang dipergunakan Pakatan telah menyatakan  sokongan terhadap Pakatan.

Mahathir dalam kenyataannya telah menyebut bahawa pihak keselamatan atau Polis tidak bertindak seawajarnya terhadap apa juga laporan yang dukemukakan. Namun pada masa yang sama beliau lupa pada kezaliman yang dilakukan bila mana ada penentang dizam,an pemerintahan serlama 22 tahun.

Setiap tentangan akan mendapat hukuman dan dipenjarakan tan bicara di Kemunting. Sedar atau tidak bahawa sistem amalan yang digunapakai oleh Mahathir lebih kejam dan zalim dengan apa yang dibuat sekarang.

Dengan pengakuan ini,  secara jelasnya Mahathir bukan lagi sebahagian dari penyokong kerajaan malah ianya telah mencari ruang bersama pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Peluang ini tidak akan dibiarkan sama sekali oleh Pembangkang. Mereka akan menggunakan  Mahathir sebaik mungkin.

Sebelum ini, melalui pentas yang disediakan oleh pembangkang Mahathir terus melakukan  kritikan krtikan yang tidak berasas  dan telah mengajak rakyat bersama beliau untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Namun begitu rakyat  yang dahulunya mernyanjungi mantan Perdana Menteri ini  sudah sedar tentang agenda tersembunyinya .  Sedikit demi sedikit  telah menolak cara pendekatan  yang salah dari saorang yang dahulunya disanjungi.

DAP kini menjadi sandaran Mahathir yang mana nyata  DAP adalah sebuah parti yang bersifat perkauman dan kejam serta zalim kini sebagai pentas untuk Mahathir menyatakan sokongan padunya kepada calon PAN yang bertanding di Kuala Kangsar.

Sudah pastinya isu yang bakal dibangkitkan oleh Mahathir dalam ceramahnya nanti akan berkisar kepada  agenda menjatuhkan BN dan UMNO serta kepimpinan yang sedia ada sekarang. Kegagalan meletakkan Mukhriz sebagai Timbalan Presiden  telah menjadikan Mahathir  separuh sasau.

Sudah pastinya, masyarakat Kuala Kangsar akan menilai setiap patah perkataan yang dikeluarkan nanti seterusnya menolak sepenuhnya calon pakatan  yang tidak mempunyai hala tuju untuk membela masyarakat dan  membangunkan  ekonomi . Semuanya tiada dalam manifesto Pakatan dan PAN.

Image | This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s