DAP Gagal Jawab Soalan dan Terus Sembunyikan Fakta Dari Pengetahuan Rakyat


Oleh rmf

DAP diketuai oleh Guan Eng terus memutar belit soalan yang diajukan kepada beliau berhubungkait dengan pembinaan jambatan dan penjualan tanah yang buat. Lidah berbelit belit untuk menyembunyikan fakta daripada pengetahuan rakyat.

Kerajaan Negeri perlu menjawab soalan yang dibangkitkan Datuk Huan, |Dato’ Abdul Rahman Dahlan.

1. Saya mengambil maklum kenyataan YB Lim Hock Seng bahawa beliau sudah menjawab semua soalan dalam tiga kenyataan saya sebelum ini (berkaitan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang).

2. Untuk memperbetulkan beliau, saya ingin nyatakan yang saya mengeluarkan empat kenyataan media berhubung isu ini. Kenyataan terakhir adalah pada 24 Mei 2016. Pada 25 Mei, YB Lim Hock Seng mengadakan sidang media dan membuat satu lagi kenyataan. Dalam kenyataan itu, beliau mengatakan itu adalah kali terakhir jawapan diberi kepada soalan-soalan saya.

3. Ingin saya tegaskan, kenyataan YB Lim kononnya beliau sudah menjawab semua soalan saya adalah tidak tepat dan agak mengelirukan. Bercakap berbelit-belit tidak sama dengan memberi jawapan memuaskan terhadap persoalan yang saya bangkitkan.

4. Saya ingin mengambil beberapa contoh khusus daripada sidang media YB Lim pada 25 Mei lalu.

5. Tiga kali saya bertanya sama ada benar tanah yang diberi kepada Consortium Zenith-BUCG (CZBUCG) dijual serta-merta atau setuju untuk dijual pada harga antara RM845 kaki persegi (kps) hingga RM1,300 kps. Saya turut menyertakan bukti berkaitan perjanjian itu.

6. Tanpa memberikan penjelasan sepatutnya, YB Lim bersungguh-sungguh menegaskan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) membuat penilaian ke atas tanah dimaksudkan pada kadar RM475 kps – dan itu saja penjelasannya. Selepas didesak buat kali keempat, YB Lim memberi jawapan mengejutkan iaitu sebarang penjualan tanah antara CZBUCG dan pihak ketiga adalah `transaksi sulit’.

7. Saya mendapati jawapan ini sebagai tidak bertanggungjawab kerana kerajaan DAP Pulau Pinang sudah membuat pembayaran dan bersetuju memindahkan tanah kerajaan negeri kepada syarikat swasta. Syarikat berkenaan dengan pantas menandatangani perjanjian untuk menjual tanah terbabit kepada syarikat lain pada harga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding penilaian JPPH. Ini adalah penilaian sama yang disifatkan YB Lim sebagai nilai tanah berkenaan. Beliau memperlekehkan desakan saya dengan merujuk penjualan itu sebagai `transaksi sulit’.

8. Satu lagi contoh ialah apabila saya menyatakan Kerajaan Pulau Pinang seolah-olah membayar keseluruhan kos pembinaan projek, namun dibenarkan mengutip konsesi tol selama 30 tahun. Saya tegaskan, aturan ini tidak pernah dilakukan dalam mana-mana perjanjian konsesi di Malaysia – atau di dunia.

9. Apabila ditanya sama ada keseluruhan kos pembinaan dibayar menerusi pemindahan tanah, YB Lim memberi jawapan berbeza. Awalnya beliau berkata, ia disebabkan Kerajaan Pulau Pinang tidak memiliki kepakaran untuk menyelenggara terowong berkenaan. Bagaimanapun, dalam sidang media berasingan, beliau dilaporkan berkata, syarikat terbabit turut menampung kos pembinaan dan memerlukan hasil kutipan tol sebagai pulangan pelaburan.

10. Selepas terus didesak, Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng, melakukan pusingan-U apabila mengumumkan projek terowong dasar laut itu mungkin dibatalkan untuk menyelamatkan RM2 bilion dan sedia mengetepikan kutipan tol selama 30 tahun jika Kerajaan Persekutuan meluluskan pembinaan jambatan ketiga.

11. Perkembangan ini sememangnya amat aneh. Awalnya, YAB Lim menuduh Kerajaan Persekutuan tidak meluluskan jambatan ketiga. Bagaimanapun, apabila Menteri Kerja Raya menafikan Kerajaan Pulau Pinang ada membuat permohonan, YAB Lim memberi alasan tidak berani mengemukakan permohonan.

12. Selepas itu, YAB Lim menulis surat kepada Perdana Menteri dan bukannya Kementerian Kerja Raya (mengikut proses lazim) bagi memohon kelulusan membina jambatan ketiga. Bagaimanapun, beliau enggan mengemukakan sebarang dokumen untuk menyokong permohonan tersebut. Surat permohonan yang menjadi modal politik ini, ditambah dengan keengganan beliau menyertakan dokumen bagi menyokong permohonan membawa kepada kesimpulan bahawa YAB Lim tidak jujur dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu.

13. Menurut YAB Lim, Kerajaan Pulau Pinang terpaksa melaksanakan tol 30 tahun pada kadar sama dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai langkah tidak mensabotaj Jambatan Kedua Pulau Pinang. Kini, beliau mencadangkan pembinaan jambatan ketiga tanpa tol. Apakah ini bermakna pendirian beliau sudah berubah dan tidak kisah `mensabotaj’ Jambatan Kedua Pulau Pinang?

14. Sikap berdolak-dalik Kerajaan Pulau Pinang dan percanggahan jawapannya membuatkan saya terpaksa mengulangi semua soalan ini. Ramai pemerhati beranggapan semua soalan ini tidak dijawab dengan sepenuhnya.

15. Walaupun dalam sidang media itu YB Lim Hock Seng menyatakan tidak akan menjawab soalan saya lagi, saya ingin menegaskan bahawa soalan-soalan saya sebelum ini seperti dalam kenyataan bertarikh 24 Mei 2016 belum dijawab hingga ke hari ini.

Anda boleh merujuknya

disini:https://www.facebook.com/rahmandahlan.my/posts/836822423116036.

16. Selain beberapa soalan saya, Datuk Huan Cheng Guan daripada Parti Cinta Malaysia turut membuat laporan SPRM berhubung Terowong Dasar Laut yang dicadangkan itu. Dalam laporannya, beliau mendapati kos berjumlah RM208.8 juta bagi kajian kejuruteraan terhadap tiga laluan berkembar (sepanjang 20.3 km) yang dinyatakan adalah 11% lebih tinggi daripada kos pembinaan. Ini adalah hampir lima kali ganda lebih tinggi berbanding had 2.54% dalam skala kadar diwartakan yang dipersetujui antara Lembaga Jurutera Malaysia dengan Kementerian Kerjaraya.

17. Soalan Datuk Huan juga perlu dijawab. Rakyat memerlukan penjelasan telus.

Kenyataan Media
Dato’ Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Strategik Komunikasi
Barisan Nasional
9 Jun 2016

Image | This entry was posted in DAP Gagal Jawab Soalan dan Terus Sembunyikan Fakta Dari Pengetahuan Rakyat and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s