#SPAD -Operator Rel Beri Makluman Awal Berikutan Gangguan LRT Seri Petaling Dan ERL


Oleh rmf

SPAD dalam kepelbagaian usaha bertanggungjawab sepenuhnya untuk melihat  dan mempamerkan satu perkhidmatan yang terbaik  dilaksanakan oleh pengangkutan awam darat  dalam pelbagai jenis perkhidmtan yang diberikan.

Setiap perkhidmatan yang disalurkan kepada pengguna dan juga rakyat seharusnya menepati SOP yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian tidak hairanlah  bagaimana SPAD akan memantau setiap  permasalahan yang timbut akibat daripada   ketidakselesaan penguna.

Setiap aduan yang diterima, sudah pastinya akan mendapat perhatian yang amat serius oleh SPAD. SPAD akan cuba sedaya upaya berlaku adil kepada  setiap aduan yang diterima tanpa ada kesan  yang boleh menjejaskan nama  SPAD dan juga kerajaan.

Setiap aduan daripada rakyat atau pengguna  akan diberikan  respon yang  pantas dan cepat dan ini merupakan penilaian yang terbaik terhadap operator  rel agar lebih peka kepada setiap situasi. Ini merupakan salah satau digunakan sebagai syarat untuk mendapatkan lessen operasinya.

Sebagaimana yang telah berlaku baru baru ini, cuaca buruk telah melanda beberapa kawasan di sekitar Lembah Kelang dan telah mengakibatkan beberapa gangguan laluan  di kawasan Sri Petaling dan laluan KLIA Ekspres serta KLIA Transit Express Rail Link (ERL).

Diantara tindakan pantas atau respon awal  diberikan oleh

Perkhidmatan LRT untuk laluan Sri Petaling

Gangguan perkhidmatan telah berlaku pada 3 Jun 2016 akibat dari kegagalan kuasa elektrik di substation Sungai Besi, Bukit Jalil dan Bandar Tasik Selatan. Perkhidmatan disambung semula pada pukul 6.49  petang setelah perkhidmatan terhenti pada pukul 6.22 petang. Berpunca daripada masalah gangguan kuasa elektrik dan siasatan tetap diteruskan untuk mencari punca gangguan.

KLIA Ekspres dan KLIA Transit

Gangguan perkhidmatan diakibatkan dari beberapa pokok yang tumbang ke atas landasan yang menyebabkan kegagalan kuasa letrik berfungsi. 2 gerabak di mana satu menghala ke KLIA dan yang kedua ke KL Sentral pula telah terkandas dan langkah prosedur kecemasan telah diambil setelah mendapati kedua-dua keretapi ini gagal dihidupkan enjin.

Komuter KTM

Perkhidmatan mengalami gangguan sehingga menyebabkan kelewatan 55 minit berpunca daripada objek yang terjatuh di atas landasan keretapi berdekatan stesen Abdullah Hukum/Ecocity. Walaubagaimanapun tiada kerosakan dialami gerabak keretapi.

Langkah-langkah yang telah diambil oleh kesemua operator rel ini menitikberatkan keselesaan dan keselamatan penumpangnya di mana perkhidmatan LRT segera mengosongkan keretapi dan menyediakan bas Rapid KL dan juga ‘shuttle’ pada setiap 15 minit sehingga operasi perkhidmatan pulih sepenuhnya.

Disamping itu, pengumuman gangguan perkhidmatan telah pun dilakukan di stesen-stesen LRT dan termasuk di saluran media sosial seperti Twitter dan Facebook. Malahan, untuk pengetahuan umum, hebahan dan respon segera dari operator keretapi adalah salah satu syarat utama lesen mereka.

Butiran Lanjut … DI SINI

 

Image | This entry was posted in #SPAD -Operator Rel Beri Makluman Awal Berikutan Gangguan LRT Seri Petaling Dan ERL and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s