#PRKKualaKangsar -MCA Terus Beri Sokongan Kepada Calon Barisan Nasional  Di Kuala Kangsar Dan Sungai Besar


Oleh rmf

IMG_5869

Hari ini proses penamaan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah diadakan dan akan bermula pada jam 9.00 pagi dalam kedua dua kawasan tersebut.

Di Kuala Kangsar proses penamaan calon telah di adakan di Dewan Jubli Perak  Kuala kangsar manakala  proses penamaan calon di Sungai Besar pula telah diadakan di Dewan Seri Bernam , Sabak Bernam. Selangor.

Seramai empat calon dilihat mengemukakan borang permohonan mereka.Keempat parti yang bertanding pada 18 Jun nanti ialah, Pilihanraya pada kali ini melibatkan empat  penjuru.Nama nama calon yang bertanding di PRK Kuala Kangsar pada kali ini ialah- Calon-calon bagi PRK P067 Kuala Kangsar:

Izat Bukhary bin Ismail Bukhary – Bebas ,Najihatussalehah Ahmad – PAS, Mastura Mohd Yazid – Barisan Nasional,  Ahmad Termizi Ramli – PAS . Dijangkakan terdapat cabaran yang sengit untuk semua calon  yang bertanding.

Di PRK Kuala Kangsar, BN menamakan Datin Mastura Mohd Yazid, isteri Wan Mohammad Khair-il Anuar, sebagai calonnya.

PAS pula mencalonkan Ketua Dewan Muslimat Peraknya Dr Najihatussalehah Ahmad manakala Amanah menamakan bekas profesor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Ahmad Termizi Ramli dan saorang calon dari Bebas.

Pada masa yang sama MCA dengan pasukan penyokong  dan jentera kerja telah keluar beramai ramai di Pusat Penamaan calon  seawall pagi untuk menyatakan sokongan yang jitu kepada  calon  Barisan Nasional di Kuala Kangsar.

13346601_1033147920107153_3295135968533234902_n

Di Sungai Besar pula, Presiden MCA  Dato’ Seri Liow Tiong Lai bersama Timbalan Perdana Menteri serta Dato’ Seri Noh Omar telah mengiringi calon Barisan Nasional  YB Budiman ke pusat penamaan calon di Sabak Bernam.

Melihat dari gerakan penyokong  MCA , kita  menjangkakan satu  gerak kerja yang tersusun dirancang oleh MCA bagi membantu kemenangan  Barisan Nasional.

PRK dua kawasan itu diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Tan Sri Noriah Kasnon bagi kerusi Sungai Besar dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad bagi kerusi Kuala Kangsar, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13, Wan Mohammad Khair-il menang dengan majoriti  1,082 undi untuk menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim

13393898_1285928201436563_2703732600854097618_n IMG_5870 IMG_5902 IMG_5905 IMG_5906

 

Image | This entry was posted in #PRKKualaKangsar -MCA Terus Beri Sokongan Kepada Calon Barisan Nasional  Di Kuala Kangsar Dan Sungai Besar and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s