Isu RUU Akta 355, Diantara DAP, PKR dan PAN “ Siapa Lebih Jantan”


Oleh rmf

Sejarah lanskap politik negara boleh dijadikan “senjata” yang ampuh untuk menumbangkan satu satunya “musuh” politik . Tindakan belajar dari sejarah politik bukan sahaja melalui buku , malah ianya boleh diimplimentasikan dalam bentuk tindakan.

Ianya juga boleh dilakukan secara senyap dan terbuka. Kesan dari pengalaman dan  melihat jatuhnya sesuatu kerajaan adalah  berdasarkan strategi politik yang dilandaskan melalui pengalaman pemerhatian.

Keberanian bermain isu politik adalah salah satu cara untuk memperlihatkan kekuatan sesabuah parti. Kegagalan berbuat demikain akan menjurus kepada  kegagalan anggota parti dalam  melakukan proses kendalian isu meyebabkan  sesabuah parti akan diasak dari pelbagai sudut isu yang tidak nyata dan samar.

“Siapakah lebih Jantan” itu yang akan  dipersembahkan kepada rakyat , kewibawaan pemimpin dalam mengendalikan isu yang berbangkit. Jika tidak,  natijah yang lebih besar akan berlaku. Kesalahan akan diletakkan kepada sudut yang dilihat paling lemah.

Dalam hal ini, parti  Melayu  seharusnya sedar bahawa dalam berpolitik  , mengendalikan isu adalah perkara yang amat penting dan dilakukan secara berterusan dan bukan sekadar untuk populariti. Jika popularity yang  dipilih maka isu akan menjadi seperti “ayam berak kapur”.

Baru baru ini polemic RUU Akta 355 telah menjadi isu paling hangat diperkatakan oleh pihak pembangkang sehingga mereka terpaksa mengadakan ceramah untuk  menentang dan memberikan kenyataan yang salah tentang  hal tersebut.

Jika kita melihat secara kasar, DAP seakan terkena  “hama ayam” bila mendengar bahawa terdapatnya satu tindakan yang dilakukan oleh PAS dengan sokongan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional dalam menyokong pembentangan Akta 355 diparlimen.

Gatal  tidak betempat, DAP dan beberapa komponen BN juga terkena  hamanya, secara terangan terus membuat kenyataan yang mereka sendiri tidak faham dan cuba mengaitkan isu ini dengan hudud. Lawak bukan, sesiapa yang  peka tentang kendalian politik akan melihat ini lah titik sudut lemah yang harus dilihat seacara  tepat.

Sudut lemah ini telah kita kesan sejak 2001 lagi, manum persoalan pertamanya “Siapa lebih jantan” dikalangan pemimpin politik untuk membenamkan “musuh” politik ini dengan isu yang sedemikian. Adakah kita masih mempunyai pemimpin “jantan” atau hanya  pemimpin “pink”?

Dalam  politik ‘siapa lebih jantan’ antara semua parti-parti politik ini harus diperlihatkan kepada rakyat untuk menjamin satu bentuk “sokongan senyap”  dikalangan atas pagar yang sentiasa memerhati perubahan politik negara.

Golongan ini akan bertindak sebagai “check  and balance” dalam memberikan  keputusan  dalam pilihanraya. DAP sedang “tersepak batu”  berikutan isu ini. Dan seharusnya peluang ini diambil sepenuhnya oleh pihak tertentu untuk membuktikan “Siapa lebih jantan” sekali gus memberikan satu sentiment yang berimpak besar.

DAP pernah keluar daripada Barisan Alternatif, dan pada masa itu BN  berjaya mematikan polemik negara Islam pada waktu itu. Dengan isu perkauman dan isu negara Islam, pembangkang dihancurkan dengan mudah dan  sokongan telah berubah dikalangan orang Melayu kepada BN da UMNO.

Plotik perkauman yang menjadi amalan DAP serta kezaliman dan kekejaman  dengan cara menindas kaum lain telah nyata dilakukan oleh DAP kepada Melayu Pulau Pinang. Kezaliman DAP ini tidak seharusnya dimaafkan begitu sahaja.

Melayu seharusnya sedar bahawa  DAP tidak akan pernah berubah dalam agenda mereka untuk menjadikan Malaysian Malaysia sebagai langkah untu “menaturalkan” pegangan orang Melayu di Malaysia.

“Menaturalkan” fahaman dan pegangan orang Melayu akan menjadikan pihak DAP mudah untuk mencorakkan apa yang mereka harapkan. Dalam kajian sikap DAP terhadap orang Melayu , mereka mesti merobohkan fahaman agama, perpaduan yang ada dihati Melayu.

Pemimpin “Siapa lebih Jantan”  dikalangan kerajaan masih tidak kelihatan dalam memperkembangkan isu yang sedang hangat, seharusnya kenyataan yang menjurus kepada Islam,  perpaduan dan   menerangkan sikap perkauman yang dasyat amalan DAP mesti dihebahkan.

Jika DAP dan pemimpinnya “jantan” seharusnya mereka keluar dari Pakatan Harapan  yang mana rata rata diantara ahli anggotanya yang berda didalam PKR dan PAN adlah orang Islam dan Melayu kecuali beberapa kerat yang sudah menjadi liberal agama.

Surat khabar Cina sudah mula bertanya kenapa DAP tidak keluar Pakatan,  Ada pula bertanya PAN kenapa tak keluar. Ini polemik siapa lebih jantan. Diantara  DAP dan PAN serta PKR jika kita lihat melalui pegangan Agama Islam sudah tentunya  anggota dari PAN dan PKR.

Dalam pemperkatakan isu Akta 355, kenapa PAN dan PKR  tidak sahaja keluar dari pakatan. Jika pemimpin  keduanya “Jantan” dan mementingkan daulat Islam sudah tentu akan berbuat demikian. Namun sehingga kini  masih mahu memijak Islam hanya kerana politik kotor DAP.

Seharusnya rakyat Malaysia yang beragama Islam melihat isu ini bukan sekadar isu politik. Mengimbas kembali sejarah politik negara dan konteks politik masa kini bagi membina serta memperkukuh sebuah gagasan politik yang menentang  DAP yang zalim serta perkauman dengan idea-idea baru.

Idea-idea ini perlu menyatukan semua parti-parti kerajaan  supaya kita jadi kerajaan dengan idea baru yang mengambil jalan pertengahan yang boleh memenangi hati semua kaum, bukan satu kumpulan sahaja sebagaimana dilakukan oleh DAP yang mengamalkan perkauman yang amat dasyat.

DAP dalam usaha untuk memenangi hati rakyat sedang cuba menujuk serta berharap rakyat melupakan kezaliman  penindasan yang dilakukan mereka terhadap rakyat di Pulalu Pinang dengan memperkatakan  isu perlembagaan negara dan kedaulatan undang undang .

Sesuatu yang amat  ganjil dan lawak. Apanila DAP memperkatakan hal sedemikian. Sedangkan Rukun Negara yang menjadi asas keharmonian sejagat  rakyat Malaysia pun dilanggar tanpa sempadan. DAP sedang cuba menjadi jaguh dalam memperjuangkan Perlembagaan Negara dan kedaulatan undang-undang.

Sedangkan pada masa yang sama mereka menolak  apa yang termaktub dalam perlembagaan  berkaitan dengan hak hak Melayu. Bukankah ini satu permainan politik untuk memujuk  dan mengambil sentiment sokongan Melayu yang kina tercalar dengan sikap kezaliman , kekejaman DAP terhadap bangsa lain di Malaysia.

DAP melalui  Lim Kit Siang telah cuba menggagaskan idea yang melangkau kepentingan Pakatan dan Barisan Nasional, demi menyelamatkan Malaysia dengan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.

Apakah Malaysia belum cukup selamat lagi, Malaysia harus diselamatkan dari apa? Sebenarnya rakyat Malaysia sudah mendapat jawapan yang jitu dan tepat bahawa Malaysia mesti diselamatkan dari DAP yang kejam, zalim dan penindas.

Rakyat tidak peduli isu percanggahan prinsip Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat apabila meluluskan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan serta mengemukakan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membolehkah pelaksanaan undang-undang terbabit.

Isu ini tidak berkaitan dengan hal yang melibatkan DAP, Sentimen ini hanya dipolitikkan, Seharusnya DAP “duduk diam” dan  tidak memberikan kenyataan yang bukan hak untuk mencampuri isu bukan berkaitan anutan  mereka.

DAP Sarawak telah membuat keputusan untuk meninggalkan Pakatan Rakyat Sarawak, manakala kedua-dua DAP dan PKR di Sabah telah turut membuat keputusan . Tindakan “jantan” DAP Sarawak harus dipuji.

Sekarang kita sedang menunggu DAP Pusat untuk mengistiharkan keluar dari Pakatan Harapan  dan tidak bersama oarang Melayu dalam isu agama yang sedang didaulatkan. Ini bukan hak DAP. Jika  pemimpin DAP seperti Guan Eng dan Lim Kit Siang “Jantan”  Istihar lah keluar dari Pakatan Harapan.

 

Image | This entry was posted in PKR dan PAN “ Siapa Lebih Jantan” and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s