Agenda PRU14 DAP- Lumpuhkan Bangsa dan Sokongan Melayu Kepada Kerajaan Dengan Isu


Oleh rmf

IMG-20130502-WA002

Sesungguhnya PRU 2008 dan 2013 tidak pernah menjadi pengajaran bagi semu pihak dan semua pemimpin yang masih mengejar  impian peribadi tanpa menjadikan kekalahan lima buah negeri pebagai teladan.

Berperang lah sesama bangsa dan agama  untuk memudahkan DAP menyelusur jalan jalan penjajahan  alaf baru yang dibenarkan oleh demokrasi. Bergaduh lah sepuasnya untuk merebutkan jawatan dan projek.

Bergaduh lah hanya kerana tidak mendapat sekampir beras, bergaduhlah hanya tidak mendapat bantuan anak ayam sedangkan DAP terus mengecilkan semangat orang Melayu agar tidak terus bersatu sehingga PRU14.

Malaysia berlaku pertembungan agama dan budaya dalam bentuk yang baru. Pertembungan ini berlaku dalam suasana aman dan kadangkala tidak dirasai. Amat penting untuk umat Islam survive dalam pertembungan ini

Tetapi dalam pertembungan ini, terdapatnya sebahagian rakyat yang beragama Islam masih tidak sedar tentang ancaman secara halus yang dilancarkan oleh DAP. Ancaman berbentuk seakan kebaikan  tetapi  berlaku sebaliknya sehingga mengugat agama  dan bangsa Melayu.

28 April 2013,Pilihanraya Umum yang ke 13 telah menjadi satu pilihanraya yang amat  kritikal dalam sejarah pilihanraya. Berbagai andian dan teori dibuat untuk memperlihatkan bahawa pada kali ini jika kesilapan pengundian dilakukan , maka  natijahnya ialah sebuah negara akan bertukar tampok pemerintahan.

Slogan “Ini Kali Lah”  dilaungkan disegenap  cuping telinga pengundi untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dan menjadikan DAP serta  gabungan Pakatan  sebagai sandaran untuk membela nasib  bangsa lain.

Tohmahan serta kejian dilakukan  secara  aliran sungai, tanpa henti untuk menimbulkan keraguan sokongan terhadap kerajaan sedia ada walaupun sudah berbagai usaha terbaik kerjaan untuk membela rakyat.

DAP menggunakan isu remeh sebagai isu  dan melebelkan sebagai isu penting. Sehinggakan isu ayam, kambing dan berbagai isu  diperkembangkan untuk memburukkan  kerajaan. Sebagai mana lazimnya  sikap orang Melayu, yang buruk itu adalah yang terbaik maklumat berbanding dengan bergunung kebaikan.

Pada PRU13, DAP menggunakan strategi  kawan dan  buang untuk mendapatkan sokongan  kemenangan kerusi Parlimen dengan sokongan  PAS dan PKR. Dalam mencipta slogan yang bersifat serampang dua mata , DAP menggunakan PAS dan PKR untuk memberikan undi yang banyak kepada DAP.

Hasilnya pada PRU13 DAP telah mencatatkan kemenangan besar dikebanyakan kerusi yang dipertandingkan. Namun apakah  hadiah yang PAS dan PKR dapat. Pada kerusi yang dimiliki oleh PAS, DAP tidak akan memberikan undi, akibatnya PAS kehilangan banyak kerusi. DAP  bijak menggunakan kepercayaan  PAS kepada mereka namun  mengkhianati  PAS dalam  undian pilihanray.

“Ini KaliLah” telah menjadi fenomena dikalangan orang cina,  DAP telah mengarahkan seluruh anak muda cina yang berada diluar negara  pulang dengan segala perbelanjaan yang “dikatakan” ditanggung sepenuhnya oleh DAP.

Pada PRU13 kita agak tersentap dengan rakyat Malaysia berbangsa Cina yang mana selama ini tidak pernah pulang untuk mengundi. Kita dapat melihat bagaimana semangat patriotik yang ditunjukkan oleh mereka, yang sebahagiannya terpaksa datang dari jauh, berkongsi kereta dan menumpang di rumah rakan-rakan semata-mata untuk datang mengundi.

Perancangan serta slogan “ini Kalilah” yang sangat tersusun dalam memastikan  undi mereka hanya untuk cina atau DAP.  Disni kita dapat melihat bagaimana DAP telah merekrut pemikiran anak muda cina bahawa suvaival bangsa mereka harus di lindungi melalui pilihanraya.

Disni kita dapati bahawa kesedaran kepentingan politik  jauh lebih bijak dari bangsa Melayu   yang mana  hanya bersandarkan jawatan dan bukan untuk memastikan segala usaha survival bangsa Melayu dilindungi.

Hakikatnya, ramai di kalangan orang Cina Malaysia yang lebih celik politik dan menjadikan politik sebagai salah satu jalan ke arah memastikan survival bangsa Cina di Malaysia. Jika dibandingkan dengan orang Melayu yang seolah-olah beriman dengan satu-satu parti,

Dalam masyrakat kita, momokan untuk menukar tampok pemerintahan telah dicanangkan oleh DAP hanya untuk memecah belahkan kesatuan parti Melayu sedia ada. Mereka menggunakan berbagai ayat  untuk mencabar parti parti yang bertunjangkan Melayu.

Dalam parti politik dalam masyarakat cina cuma menjadi salah satu alat atau wadah dalam memperjuangkan survival mereka mereka boleh berlainan parti  dan secara jelasnya mereka mempunyai impian yang sama dalam survival bangsa mereka.

Mereka akan bersatu dan berjuang dalam apa juga isu yang menidakkan pegangan, tradisi serta adat  kebudayaan mereka dicabar terutama dalam bahasa dan  pendidikan. Sikap ini amat berlainan dengan parti yang menjadi pegangan diantara Melayu.

Parti yang berteraskan Melayu terus diasak oleh DAP dengan isu perkauman dan diasak agar memusuhi diantara satu dengan yang lain bagi memudahkan  DAP memecah belahkan perpaduan yang bertunjangkan Melayu Islam.

Dalam masyarakat cina, di sana ada Persatuan-persatuan Cina, Dewan-dewan perniagaan, dan pelbagai lagi NGO, baik yang bersifat perkumpulan professional, persatuan berasaskan industri tertentu, kumpulan berasaskan dialek, tempat asal, dan suku kaum.

Sesetengah persatuan ini sebenarnya lebih berpengaruh dalam masyarakat Cina berbanding dengan parti-parti politik. Persatuan-persatuan inilah yang menentukan hala tuju politik kaum Cina, bahkan menentukan calon mana dan parti mana yang bakal di sokong oleh kebanyakan orang Cina dalam pilihanraya.

Kita dapat melihat bagaimana parti-parti politik Cina dimanipulasi untuk kepentingan kaum Cina secara keseluruhannya. Contohnya, apabila DAP melaungkan sesuatu tuntutan sebagai parti pembangkang, maka MCA akan menjadikan tuntutan DAP sebagai satu alasan untuk berunding dengan UMNO di dalam BN

Perkara yang sama berlaku dalam PR, apabila MCA seolah-olah menakut-nakutkan orang Cina dengan hudud, maka DAP akan menjadikannya sebagai modal, sekiranya PAS tidak membunag hudud daripada manifesto, maka undi cina tidak akan diperolehi oleh PR.

Dalam kedua-dua keadaan, kaum Cina secara umumnya mendapat habuan yang dalam masa yang sama sedikit demi sedikit menggadaikan kepentingan kaum lain. Hal ini dapat dilihat dalam pelbagai isu baik yang telah lepas atau yang sedang berlaku, contohnya isu meritokrasi, penaiktarafan IPTS kepada university, ‘bible’ dalam bahasa melayu, liberalisasi ekonomi dalam beberapa sektor, pengiktirafan UEC dan banyak lagi.

MCA telah menjalankan tugasnya untuk menjamin survival ekonomi kaum Cina sejak merdeka sehingga sekarang. Dalam formula pembahagian kuasa dalam BN, sektor ekonomi juga dibahagikan berasaskan kaum. Untuk suatu jangka masa, formula ini seolah-oleh berhasil.

Namun, ada kegusaran bahawa apa yang telah diperolehi dalam bentuk habuan ekonomi adalah tidak mencukupi dan kaum cina memerlukan lebih dari itu. MCA digambarkan seolah-olah terlalu tunduk kepada UMNO lalu menjadi satu limitasi kepada kaum cina.

Dalam masa yang sama Pakatan Rakyat kelihatan lebih terbuka dan lebih banyak perkara yang masih boleh dirundingkan. Maka kita dapat lihat bagaimana dalam PRU 2008, undi orang-orang Cina lebih berpihak kepada DAP, yang mana MCA cuma menang 19 daripada 40 kerusi Parlimen, kebanyakannya kepada DAP.

Setelah kemenangan lima buah negeri pada PRU 12, 2008 dan mendapat lebihan kerusi pada PRU13, 2013, DAP kelihatan agak lebih agreasif dalam memperkemaskan kuasa di Pulau Pinang. PAS dikecam dan dihina hanya bertujuan untuk  menyingkirkan dengan cara terhormat.

Akhirnya PAS kecundang ditangan DAP yang diagongkan satu ketika dahulu. Tetapi apa kan daya kekesalan meyokong DAP telah menyebabkan  malapetaka  di terima oleh bangsa Melayu di Pulau Pinang sekarang.

Menurut maklumat yang diterima  bahawa 80% pengundi cina akan mendapat sokongan  Pakatan Rakyat pada PRU 14 akan datang  jika tidak berlaku  kemelut dalaman . Bagi mereka PRU 14  inilah peluang terbaik untuk merungkaikan segala limitasi ke atas kaum Cina dan membebaskan mereka daripada menjadi ‘bangsa tertindas’ di Malaysia, sebagaimana yang dikatakan oleh Lim Kit Siang.

Jadi untuk UMNO, PAS dan PKR, berperang lah sesame bangsa dan agama  untuk memudahkan DAP menyelusur jalan jalan penjajahan  alaf baru yang dibenarkan oleh demokrasi. Bergaduh lah sepuasnya untuk merebutkan jawatan dan projek.

Bergaduh lah hanya kerana tidak mendapat sekampir beras, bergaduhlah hanya tidak mendapat bantuan anak ayam sedangkan DAP terus mengecilkan semangat orang Melayu agar tidak terus bersatu sehingga PRU14.

Melayu yang semakin mengecil mungkin tidak akan memberi impak sebesar ini pada masa akan datang. DAP akan terus memijak Melayu atas nama demokrasi dan kuasa perintah yang ada pada mereka.

Tanpa perlu memikirkan bahawa  setiap bangsa berhak mempertahankan survival Melayu berganyang lah dengan sepenuh hati, Sememangnya Melayu tidak pernah sedar dan mahu belajar  daripada politik orang Cina yang tidak mengambil kira parti apa pun, yang penting kepentingan bangsa mereka terjaga.

 

Image | This entry was posted in Agenda PRU14 DAP- Lumpuhkan Bangsa dan Sokongan Melayu Kepada Kerajaan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s