Suruhanjaya Siasatan DiRaja MESTI DITUBUHKAN Untuk Menyiasat Skandal Mega DAP Dan PKR Serta Terowong Dasar Laut


Oleh rmf

12742715_1134841049882437_5997762072969203296_n

Dalam satu kenyatan akhbar yang telah dibuat oleh Lim Guan Eng untuk menutup kesalahannya dalam isu berhubung kait dengan  kegagalan kerajaan Pulau Pinang membina  terowong  dasar laut  setelah  banyak wang rakyat dihanguskan.

Untuk menutup kesalahn tersebut pelbagai alasan yang tidak logic akal diberikan dalam kentaan akhbar yang telah dibuat beberapa hari yang lalu.  Pembohongan tetap juga dilakukan keatas rakyat . Ini lag DAP yang sentiasa mencari kesalahan pihak lain untuk menutup kesalahan dan kelemahan sendiri.

Jambatan ketiga adalah dicadangkan  untuk menutup kelemahan dari perancangan yang tidak ada kajian dilakukan oleh DAP-  Terowong dasar laut atu lebih dikenali sebagai “Skandal terowong dasar laut” adalah satu projek yang menunjukkan keangkuhan  Guan Eng.

Projek ini telah mendapat tentangan dari pelbagai pihak , namun segala tentangan dilakukan oleh pihak tertentu tidak diendahkan oleh  Guan eng. Guan Eng pada masa yang sama telah mengistiharkan bahawa projek tersebut telah disebut dalam satu tender “terbuka”.

Tender yang kononnya dibuat secara terbuka juga telah dianugerahkan kepada kontraktor perunding yang terpilih.. Kontraktor yang berjaya memenangi bidaan adalah Zenith Konsotium Sdn Bhd dgn kerjasama beberapa syarikat lain termasuk dari China.

Projek pembinaan terowong ini merupakan satu daripada 4 fasa yang telah diumumkan oleh kerajaan negeri sebagai pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yg kronik di Pulau Pinang dengan kos keseluruhan mencecah RM6.3 billion.

Zenith Konsortium Sdn Bhd bakal menerima bayaran dari kerajaan negeri bukan dalam bentuk tunai seperti kelaziman, tetapi dalam bentuk hak milik tanah dan konsesi tol bagi satu tempoh yang panjang dan mereka menggunakan alasan Perjanjian Tanjung Pinang yang dimeterai sewaktu kerajaan Bn memerintah Pulau Pinang untuk membenarkan kaedah ini.

Kerajaan negeri telah mengumumkan dalam sidang DUN satu jumlah yang besar sebagai bayaran kepada pihak kontraktor di atas kerja2 penilaian projek merangkumi alam sekitar, geologi dan sosioekonomi… jumlah tersebut dianggap tidak munasabah jika dibandingkan dgn kerja yg diumumkan, dan ianya telah pun dijelaskan kepada pihak kontraktor, juga dengan kaedah pembayaran milikan tanah

Perlu diingatkan bahawa pada awal perkiraan kos pembinaan terowong dasar laut ini telah mencecah RM4.08 billion, Namun akibat kesalahan  excel  dan penipuan  Lim Guan Eng ialah kerana “typing error” dan telah menyebabkan kos  projek terowong dasar laut telah miningkat RM6.3 billion. .

Lebihan nilai sebanyak yang dikira tersebut tidak pernah disiasat  oleh pihak berkuasa termasuk SPRM. Wang rakyat dibelanjakan tanpa ada sekatan yang mengawalnya. Pada kali ini ianya melibatkan berbillion wang rakyat dan tanah rakyat telah digadaikan oleh Guan Eng untuk projek terowong dasar laut.

Percubaan Guan Eng  untuk membohongi rakyat tentang kelulusan projek terowong dasar laut  telah dikantoikan oleh  Menteri Kerja  raya yang mana telah membuat penafaian ada pernah berbincang atau menolak projek mega yang banyak skandal oleh Guan Eng tersebut

Guan eng dalam pembohongannya , konon pihak kerajaan Pulau Pinang sebagai tiada pilihan selain terpaksa membina laluan terowong berkenaan.

Ini kerana pembinaan jambatan ketiga antara bahagian pulau itu dan Seberang Perai selepas Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Syah memerlukan kebenaran daripada Kerajaan Persekutuan.

Tetapi yang sebenarnya tiada satu pun permohonan bertulis yang dimajukan kepada kerajaan berhubung dengan  cadangan untuk membina jambatan ketiga.

Untuk menutup skandal wang rakyat dan pengadaian tanah kepada sebuah syarikat berhubung dengan projek  terowong dasar laut itu, Guan eng cuba menutupnya dengan cara  agar projek jambatan ketiga diluluskan oleh kerajaan.

Persoalannya bagaimana dengan penyelewengan wang rakyat yang banyak telah dilaburkan. Seharusnya  satu siasatan menyeluruh dilakukan  untuk memastikan penggunaan wang rakyat  dilakukan dengan cara yang betul.

Pulau Pinang sanggup membatalkan cadangan projek terowong dasar laut tersebut jika pihak Kerajaan Persekutuan membenarkan projek jambatan ketiga itu dibina. Nampak bukan.

Sudah terang lagi bersuluh, Guan Eng dalam pembohongannya telah dinafikan oleh Fadillah dalam kenyataan media lewat Jumaat berkata, pihaknya telah membuat penelitian dan mendapati langsung tiada permohonan seumpama itu mahupun perundingan dengan kementerian bagi membina jambatan tersebut.

“Selain itu, tiada sebarang rekod mengenai permohonan atau perbincangan mengenai projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang memerlukan kelulusan kementerian saya sebelum ia dibina atau dibuka kepada laluan trafik.

Apa yang harus dilakukan oleh rakyat Pulau Pinang sekarang  dan keseluruhan rakyat Malaysia,  rakyat Pulau Pinang mesti menuntut jawapan sebenar Guan Eng berhubung isu terowong dasar laut dan kenapa kerajaan negeri sedia membayar sebuah syarikat melalui tanah milik kerajaan negeri bernilai RM305 juta.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberikan Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd sebanyak 9 ekar tanah di Seri Tanjung Pinang 1 (STP1) yang bernilai RM305 juta untuk membiayai kos kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci projek terowong dasar laut Pulau Pinang termasuk perincian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

 Secara logiknya, bukankah kajian ini sepatutnya dilaksanakan terlebih dahulu sebelum menyerahkan projek ini kepada Consortium Zenith BUCG ini?

Sekarang kita telah nampak jelas bagaimana terdapatnya keragussn dalam penggunaan wang rakyat oleh Guan Eng yang mana dilihat seakan mempunyai kepentingan. Apakah rakyat mahi perkara ini dibiarkan begitu sahaja?

Keraguan kedua yang paling nyata ialah sebagaimana telah dikaji dan ditulis oleh saorang pensyarah  seperti dibawah ini.

Memetik tulisan Ong Eu Soon dalam The Ant Daily bertarikh 25 Ogos 2014 yang mendedahkan bahawa tidak wujud tender terbuka dalam pemberian projek terowong dasar laut ini sebaliknya ia adalah apa yang dikenali sebagai Request for Proposal (RFP) sahaja.

Menurutnya, China Railway Construction Ltd (CRCL) bersama IJM Corporation Bhd membida tender terbuka itu tetapi hanya mencadangkan pembinaan jalan raya sepanjang 4.2 km antara Gurney Drive dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Sementara itu, VST Cemerlang bersama-sama dengan China State Corporation turut mengemukakan cadangan empat projek pembinaan dan diikuti oleh kontraktor pembinaan iaitu WCT Berhad bersama syarikat gergasi pembinaan Korea, Daewoo Engineering and Construction membida projek jalan raya berkembar Teluk Bahang dan Tanjung Bungah dan projek pintasan pantai Gurney Drive.

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah meminta Consortium Zenith BUCG yang merupakan syarikat khas (SPV) untuk menjadi kontraktor utama projek ini dan bergabung dengan syarikat-syarikat kontraktor lain. Maka, ini sudah terang lagi bersuluh bahawa keseluruhan proses ini bukanlah proses tender terbuka sebaliknya RFP kerana kesemua pembida ini tidak bertanding atas terma dan syarat yang sama.

Malah menurut Ong Eu Soon lagi dalam kenyataannya yang dipetik daripada The Malaysian Insider bertarikh 6 Oktober 2013 yang mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri dalam menganugerahkan projek ini kepada Consortium Zenith BUCG yang menurutnya hanya didaftarkan pada Julai 2012 sedangkan tarikh tutup untuk mengemukakan kertas cadangan untuk projek jalan dan terowong ini ialah pada Jun 2012. Bagaimana mungkin Consortium Zenith BUCG ini boleh dianugerahkan tender tersebut apabila ketika itu (Jun 2012) syarikat berkenaan tidak berdaftar lagi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia?

Sekiranya projek terowong ini telah dianugerahkan kepada Consortium Zenith BUCG melalui tender terbuka maka adalah menjadi tanggungjawab moral kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mendedahkan nama syarikat-syarikat yang telah membida tender tersebut, jumlah pembida dan harga tawaran yang kalah dalam pembidaan projek ini.

Garis panduan “Open Tender” oleh Bank Dunia juga menyeru supaya semua tawaran perlu dibuka untuk penelitian orang awam tetapi memandangkan keseluruhan isu pemberian tender ini dirahsiakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan orang awam terutamanya rakyat Pulau Pinang tidak mengetahui siapa pembidanya serta tawarannya maka ini secara langsung menjurus kepada apa yang dipanggil sebagai ‘managed tender’.( Edwin Michael merupakan Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman.)

Jika sebelum ini kerajaan negeri DAP Pulau Pinang terkenal dengan skandal penjualan tanah negeri semata-mata untuk menguruskan ekonomi negeri maka kini skandal projek terowong dasar laut ini pula memalit integriti, ketelusan serta akauntabiliti kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng ini.

Mengandaikan bahawa masalah kesesakan lalu lintas akan berakhir sepenuhnya dengan pelaksanaan projek ini adalah sesuatu yang amat meragukan malah persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh NGO sivil masyarakat seperti CAP dan SAM adalah petanda betapa projek ini cukup berbahaya dan malapetaka sedang menanti rakyat Pulau Pinang.

Satu siasatan menyeluruh seharusnya dijalankan secara terperinci  untuk memastikan bahawa tiada penyelewengan  wang rakyat dilakukan dan penipuan  penipuan yang melibatkan kepentingan rakyat dilakukan oleh Guan Eng.

Image | This entry was posted in Suruhanjaya Siasatan DiRaja MESTI DITUBUHKAN Untuk Menyiasat Skandal Mega DAP Dan PKR Serta Terowong Dasar Laut and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s