SPAD Melangkah Kehadapan Dalam Memajukan Sistem Pengangkutan Awam


oleh rmf

Untitled

Kejayaan pembangunan di Malaysia dapat dibanggakan dengan bermulanya sebagai negara berasaskan pertanian, seterusnya berkembang menjadi sebuah negara yang dinamik dengan kepelbagaian ekonomi.

Negara kita kini berada dalam keadaan kritikal kerana persekitaran ekonomi global yang tidak menentu. Oleh itu, Malaysia perlu menyusun strategi baharu untuk terus maju.

Penyediaan sistem pengangkutan awam darat kelas pertama yang berkesan merupakan tunjang utama dalam menyokong aspirasi ini, seperti menyediakan pergerakan kepada rakyat dan barangan, membolehkan akses kepada pekerjaan, pendidikan dan hiburan dan menghubungkan kawasan bandar dan luar bandar.

Elemen-elemen ini bukan sahaja penting dalam pertumbuhan ekonomi, malah perkongsian manfaat ekonomi yang menyeluruh. Kemajuan penyediaan pengangkutan awam darat penting untuk diambil kira kerana kepentingan pengangkutan awam darat secara keseluruhan dalam agenda pembangunan negara.

Pembangunan infrastruktur telah menyumbangkan peningkatan yang kukuh kepada penumpang serta menawarkan penyelesaian pengangkutan awam darat berimpak tinggi.

Hal ini terbukti dengan adanya peningkatan kecanggihan rangkaian dan perkhidmatan pengangkutan awam darat serta peningkatan kesalinghubungan antara pusat bandar melalui penyediaan perkhidmatan rel Transit Aliran Ringan (LRT), Monorel, KTM Komuter dan bas henti-henti.

Selain itu, terdapat juga peningkatan kesalinghubungan pengangkutan awam darat antara wilayah yang berbeza di seluruh negara

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui transformasi pengangkutan awam darat di Malaysia, supaya ia menjadi mod pengangkutan pilihan rakyat.

Cabaran paling mendesak sekali adalah peningkatan bilangan kenderaan persendirian sebanyak 300 peratus iaitu daripada 4.7 juta pada tahun 1990 kepada 18.6 juta pada tahun 2010. Pada masa yang sama, jumlah permintaan perjalanan meningkat dari 12 juta perjalanan pada tahun 1991 kepada 40 juta pada tahun 2010.

Malaysia, kini sedang bergerak ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Justeru, SPAD diamanahkan untuk menyediakan sistem pengangkutan awam darat yang dapat menampung keperluan negara secara selamat, boleh diharap, responsif, mudah diakses, terancang, bersepadu, mampu dibayar dan mampan untuk menyokong pertumbuhan sosial dan ekonomi negara yang berterusan.

SPAD telah melaksanakan mandat yang dipertanggungjawabkan melalui penyelidikan meluas, perancangan teliti dan bekerjasama dan berinteraksi dengan pelbagai pihak dan agensi kerajaan bagi mencapai matlamat memperkenalkan RIPAD Negara yang menggariskan visi dan hala tuju pengangkutan awam darat Malaysia.

Memandangkan pengangkutan awam merupakan sektor yang kompleks dengan penglibatan banyak pihak berkepentingan termasuk agensi-agensi kerajaan di semua peringkat, dengan itu terdapat keperluan dari semua pihak, awam dan agensi swasta bagi menggunakan prinsip yang sama bagi memastikan ada penyelarasan bersepadu untuk menjamin negara mengoptimumkan sumber yang diperlukan untuk pengangkutan awam.

Adalah diharapkan RIPAD Negara dapat memainkan peranan utama bagi mencapai matlamat dan tujuan tersebut. RIPAD mengandungi hala tuju strategik dan garis panduan, yang boleh diguna pakai oleh semua pihak dalam menyediakan pelan pelaksanaan tempatan, bagi meningkat dan menjamin penyampaian perkhidmatan pengangkutan awam darat kepada kumpulan sasaran.

Pada masa yang sama, ia bertujuan untuk memberi gambaran jelas tentang dasar-dasar dan prinsip-prinsip kerajaan dalam sektor ini kepada kumpulan-kumpulan berkepentingan, seperti pengendali dan pengguna pengangkutan awam darat serta orang awam.

Ia juga akan menjadi panduan yang berguna kepada agensiagensi pembuat dasar dalam bidang lain seperti pembangunan bandar, luar bandar dan wilayah, di mana pengangkutan awam pasti berperanan memberi kesan terhadap pembangunan

Dalam pada masa yang sama, SPAD juga telah memastikan RIPAD ini mematuhi objektif kerajaan seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, bahawa sistem pengangkutan awam hendaklah berteraskan rakyat, yang mana ianya mengimbangkan keperluan mobiliti di samping mengekalkan dan meningkatkan kualiti hidup di bandar-bandar dan pinggir bandar. Untuk tujuan itu, tidak seperti perancangan pengangkutan biasa,

 RIPAD Pengangkutan Awam Darat Negara memberi tumpuan kepada pergerakan orang dan barangan, berbanding pergerakan kenderaan. Bagi mencapai objektif tersebut, RIPAD Negara menumpukan perhatian kepada langkah untuk meningkatkan kesalinghubungan, tahap perkhidmatan dan keselesaan, memendekkan tempoh perjalanan, serta memastikan kemampanan sistem pengangkutan awam darat.

Pengangkutan awam darat merupakan komoditi yang penting. Oleh itu, tahap perkhidmatan yang dialami oleh penumpang merupakan satu komponen yang utama dalam pembangunan sistem pengangkutan awam darat.

Seiring dengan pembangunan yang berorientasikan rakyat, tumpuan harus diberikan terhadap peningkatan kualiti perkhidmatan, keselamatan dan keselesaan bagi menambah baik pengalaman penumpang menggunakan pengangkutan awam darat.

 Hal ini dapat dimulakan dengan meningkatkan pengawalseliaan terhadap sistem pengangkutan awam darat dan pemanduan yang cekap dan berkesan.

Bagi merealisasikan visi untuk menjadikan pengangkutan awam darat sebagai pilihan mobiliti rakyat, pengangkutan awam mestilah selamat dari segi fizikal dan visual. Dengan mengambil langkah yang mantap dan dapat dilihat untuk mengurangkan kadar kemalangan dan insiden jenayah, hal ini mampu memberikan keyakinan kepada pengguna pengangkutan awam darat.

Bagi menilai langkah keselamatan sedia ada khususnya yang berkaitan dengan pengangkutan awam darat, hal ini memerlukan keperluan yang menyeluruh. Langkah khusus, seperti pelesenan, latihan untuk pemandu dan kebolehpercayaan terhadap kenderaan perlu ditingkatkan.

Tindakan ini perlu disokong oleh prosedur penguatkuasaan yang ketat bagi memastikan pematuhan kepada peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

Oleh itu, sistem pengangkutan awam darat mestilah direka bentuk bukan semata-mata untuk meningkatkan perkongsian mod, tetapi juga untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat.

Kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi akan membebankan infrastruktur jalan raya dan mengehadkan keupayaan untuk membina jalan raya baharu. Sebagai penyelesaian perkhidmatan rel akan menjadi mod pengangkutan yang lebih cekap dan berkesan untuk melengkapi rangkaian bas.

Bagi memastikan sistem operasi rel yang mampan, sistem tersebut hendaklah menepati tahap minimum permintaan perjalanan. Sebagai contoh, perkhidmatan rel sistem MRT memerlukan lebih kurang 20,000 penumpang setiap jam setiap arah (per hour per direction) bagi memastikan kebolehlaksanaannya.

Skim rel bandar lebih sesuai bagi bandar-bandar utama. Di Kuala Lumpur dan Lembah Klang, terdapat rancangan bagi penyambungan rangkaian rel dengan penambahan rangkaian MRT dan LRT.

Tambahan pula, infrastruktur dan pengendalian pengangkutan awam darat juga perlu lebih bersifat mesra alam dengan mengguna pakai teknologi hijau dalam pelaksanaan perkhidmatan.

RIPAD Negara menjadi instrumen dasar strategik yang memandu pihak berkuasa persekutuan, negeri dan tempatan yang membentuk landskap perancangan dan perundangan pengangkutan awam darat.

Sebagai penggubal undang-undang pada peringkat negara, SPAD menjadi peneraju pelaksanaan RIPAD Negara – bekerjasama dengan agensi pada peringkat persekutuan dan negeri. SPAD akan memandu pelaksanaan dengan pendekatan, garis panduan dan penyelesaian dalam RIPAD Negara supaya matlamat untuk mengutamakan rakyat tidak diabaikan.

spad.gov.my

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s